Memaparkan catatan dengan label pembunuhan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pembunuhan. Papar semua catatan
Jumaat, 1 Oktober 2010
GANGGUAN 'MAKHLUK HALUS' DI TEMPAT PEMBUNUHAN DATO SOSILAWATI!!
Lari sikit pada politik, nampaknya siri tragedi yang tragis dan ngeri ini berterusan. Kesannya boleh dirasai oleh Polis-polis yang bertugas. Baca laporan dari Utusan.
KUALA LUMPUR Sept. - Ladang Gadong di Kuala Langat, Selangor yang menyimpan kisah tragis melibatkan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga individu lain, kini mula menerima gangguan suara misteri.
Beberapa anggota polis yang bertugas mengawal lokasi pembunuhan kejam itu mendakwa mendengar 'suara-suara' meminta tolong hampir setiap malam.
Ekoran itu, polis dikatakan terpaksa menambah bilangan anggota yang berkawal daripada dua kepada lima hingga enam orang mengikut syif setiap hari.
"Pada mulanya, hanya dua anggota bertugas namun bilangannya terpaksa ditambah kerana ada yang mengalami gangguan-gangguan ketika bertugas.
"Mereka diganggu 'suara-suara' itu yang sayup-sayup kedengaran meminta tolong," kata sumber sambil memberitahu salah seorang suspek kes itu juga mengakui 'didatangi' lembaga.
Menurutnya, 'suara-suara' itu biasanya muncul dari dalam ladang kelapa sawit terbabit di waktu tengah malam semasa anggota-anggota sedang berehat di pondok kecil yang dibina mereka tidak jauh dari tali air.
Katanya, anggota-anggota terbabit juga tidak dapat memastikan dari arah mana 'suara-suara' itu kerana keadaan ladang yang amat gelap selain ia hanya sayup-sayup kedengaran.
Katanya lagi, bagi langkah berjaga-jaga anggota tidak melakukan rondaan seorang diri sebaliknya dijalankan secara berkawan pada setiap jam. Sambung baca sini.
Sememangnya menyeramkan... naik bulu roma..
P/s: Tak tahu nak kata apa.. cuma kita doakan roh mereka ditempatkan ditempat orang yang beriman 'baik-baik' dan tenang.
Mctheory:
Sedekahkan Al-Fatihah.
Sabtu, 25 September 2010
PANASSS!! PEGUAMBELA SUSPEK PEMBUNUHAN SOSILAWATI ADALAH PELAKON LUCAH!!
Ravi Nekoo and D.P Vijandran
Semalam, kes pembunuhan Datuk Sosilawati agak panas apabila peguam suspek pembunuhan iaitu Peguam D P Vijandran bersama peguam Ravi Nekoo telah membuat kenyataan bahawa anak guaman mereka tidak bersalah.
Kedua-dua peguam ini juga membuat dakwaan bahawa suspek telah dipukul dan dipaksa mengaku oleh pihak Polis sewaktu didalam tahanan.
Pada, pendapat saya, tindakan kedua-dua peguam ini dilakukan hanya bertujuan untuk meraih simpati dari masyarakat khususnya masyarakat india dan juga untuk memburukkan imej pihak Polis negara ini sepertimana kes A Kugan terdahulu.
Siapakah sebenarnya peguam yang mewakili suspek pembunuhan Datuk Sosilawati ini sehingga mereka begitu berani menyatakan anak guamnya tak bersalah dan mendahului siasatan yang masih berlangsung.
Masyarakat cuma tahu bahawa kedua-dua peguam ini adalah dari pihak yang pro pembangkang. Ramai yang tak tahu bahawa salah seorang peguam ini adalah merupakan penentang kuat Samy Vellu pada penghujung tahun 80an.
D P Vijandran juga pernah dikaitkan dengan 2,000 keping gambar dan negatif serta sebelas video tape lucah! Malah, "pelakon wanita" didalam video tersebut telah mati akibat membunuh diri!
Selain itu...., akibat dari rasa ketidakpercayaan terhadap peguam D P Vijandran ini..., Majlis Peguam pernah menolak permohonannya mendapatkan sijil amalan guaman untuk membolehkannya terus menjadi peguam bela dan peguam cara. Namun ia dapat diselesaikan setelah peguam tersebut merayu beberapa kali di Mahkamah Rayuan.
Saya tak mempertikaikan kebolehan yang dimiliki oleh peguam tersebut didalam mengendalikan perbicaraan di mahkamah.
Cuma apa yang dipersoalkan disini ialah, bagaimana seorang yang mempunyai moral yang rendah dan tak boleh dipercayai seperti peguam aktor lucah ini boleh menuduh serta membuat kenyataan sesuka hati yang mempertikaikan kemampuan serta kebijaksanaan pihak berkuasa Polis melakukan siasatan?
Apakah ini satu tindakan terdesak untuk peguam ini mempopularkan diri ataupun ianya sengaja diatur pihak pembangkang supaya kredibiliti pihak Polis terjejas didalam kes pembunuhan melayu/islam seperti Datuk Sosilawati?
Pita video lucah Vijandran muncul setelah rumah Timbalan Speaker Dewan Rakyat, D.P Vinjandran dimasuki pencuri pada 8 Ogos 1988 . Pencuri tersebut telah mencuri 11 pita video dipercayai aksi lucah D.P Vijandran yang tersimpan dalam sebuah peti besi . Ibu dan anak saudaranya yang berada di dalam rumah itu turut diugut.
Dua bulan kemudian , Datuk Megat Junid Megat Ayub selaku Timbalan Menteri Dalam Negeri mengumumkan bahawa 4 orang lelaki telah ditahan dan sedang disiasat oleh pihak polis PDRM kerana memiliki pita video tersebut.
Pada 6 Disember 1989 , Karpal Singh seorang peguam dan ahli parlimen Jelutong , Pulau Pinang telah membangkitkan isu pita video lucah tersebut.
Pada 11 Disember 1989 beliau menamakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, D.P Vijandran sebagai lelaki dalam video tersebut. D.P Vijandran segera menafikan hal itu dan menutup suis pembesar suara Karpal Singh dan mengarahkan Karpal Singh keluar dari Dewan Rakyat.
Tetapi Karpal Singh terus membuat dakwaan di luar parlimen dan mendesak V.P Vijandran meletak jawatan . Lalu D.P Vijandran membuat saman malu terhadapnya.
Datuk Zaman Khan selaku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah , PDRM menjelaskan bahawa Polis Bukit Aman akan menyerahkan laporan penuh kepada Kementerian Dalam Negeri.
Sumber Media Permatang Pauh
P/s: Takde peguam lain ke nak ambil?? Pelakon lucah jugak dia nak. Ini pelakon lucah kelas paling rendah ke? he he he..
MctHeory:
Pelakon lucahkan pandai berkhayal lebih, sebab tu dia ambil kot.
Sabtu, 18 September 2010
PEMBUNUHAN KES SOSILAWATI: KEJAM DI PUKUL DENGAN KAYU KRIKET
KUALA LUMPUR: Polis buat pertama kali semalam mendedahkan cara pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya yang diikat, sebelum dipukul dan ditikam berkali-kali hingga mati sebelum mayat mereka dibakar.
POLIS JUGA MENGESAHKAN SUSPEK UTAMA TIDAK PERNAH DIKURNIAKAN DATUK!
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin pada sidang medianya, berkata abu mayat semua mangsa kemudian dibuang ke beberapa sungai sekitar Tanjung Sepat, Morib di Banting bersama barang peribadi mangsa untuk menghapuskan bukti.
Beliau berkata, pengakuan itu dibuat oleh empat pekerja ladang persendirian milik seorang peguam dan ahli perniagaan yang mendakwa dirinya ‘Datuk’ yang kini menjadi suspek utama pembunuhan kejam yang dirancang rapi itu.
Keempat-empat pekerja terbabit dikatakan terlalu taksub kepada suspek utama hingga sanggup membunuh pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages itu bersama pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44; peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan perunding kewangan CIMB Bank, Noorhisham Mohamad, 38.
Mohd Bakri juga mengesahkan pemeriksaan polis mendapati suspek utama tidak pernah dikurniakan gelaran Datuk oleh mana-mana negeri.
Setakat ini katanya, polis sudah menemui bat (kayu pemukul) kriket dan sebilah pisau di beberapa lokasi berhampiran tempat kejadian, dipercayai digunakan untuk membunuh ahli perniagaan terbabit dan tiga rakannya.
“Berdasarkan pengakuan pekerja berkenaan, beberapa barangan peribadi milik mangsa turut ditemui di sekitar tempat kejadian.
“Ini termasuk barang kemas, jam tangan dan telefon yang boleh membantu siasatan kes. Penemuan dua kereta mewah jenis BMW, masing-masing milik Sosilawati dan peguamnya juga adalah petunjuk untuk mengheret suspek ke muka pengadilan. Kita yakin mempunyai bukti kukuh bagi mengaitkan suspek utama dengan kes ini,” katanya.
Bagaimanapun Mohd Bakri menafikan keempat-empat mangsa disembelih, selain dakwaan suspek utama memelihara anjing pembunuh di ladang persendirian miliknya dan menganggap perkara itu boleh mengganggu kelancaran proses siasatan.
“Dakwaan kononnya mangsa disembelih, suspek sudah bunuh 17 mangsa, mangsa diumpan cek tertunda, sungai dipenuhi tulang (manusia), anjing pembunuh dan beberapa dakwaan lain menggunakan sumber adalah spekulasi semata-mata. Ini langsung tidak menggambarkan kejadian sebenar.
“Yang pasti, soal siasat yang dijalankan ke atas suspek, semua mangsa dibunuh dengan diikat sebelum dipukul dan ditikam hingga mati, kemudian dibakar dan abu mereka dibuang ke sungai. Jangan suka-suka buat andaian hingga mengganggu kelancaran proses siasatan,” katanya.
Hadir sama Timbalan Pengarah JSJ (Penyiasatan/Perundangan) Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah; Timbalan Pengarah JSJ (Risikan/Operasi) Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah dan Ketua JSJ Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas apabila ditanya sama ada mayat keempat-empat mangsa dikerat sebelum dibakar, selain terdapat senjata tertentu, termasuk parang digunakan untuk mengerat semua mayat berkenaan.
“Itu sedang kita siasat,” katanya.
Beliau turut mengesahkan hanya lapan suspek ditahan setakat ini dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti jika ada suspek lain terbabit dalam kes itu.
“Aset suspek utama turut dibekukan untuk proses siasatan. Suspek juga disahkan tidak meminta apa-apa wang tebusan daripada keluarga mangsa sebelum ini," katanya.
Katanya, perintah reman tiga daripada lapan suspek akan tamat esok, manakala lima lagi termasuk peguam terbabit disambung sehingga 23 September bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
“Orang ramai perlu faham bahawa proses pendakwaan kes itu adalah dalam bidang kuasa Peguam Negara dan menjatuhkan hukuman sama ada suspek bersalah atau tidak adalah kuasa mahkamah, bukannya polis,” katanya. - BhOnline
P/s: Masyallahh.. kejamnya.. manusia ka apa ni??..
MctHeory:
Cilaka tu patut di seksa dulu, sebelum dihukum bunuh!
Khamis, 16 September 2010
SUSPEK UTAMA MEMPUNYAI KEKAYAAN MELAMPAU!
SUBANG JAYA – Peguam bergelar Datuk yang juga suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik dan tiga individu lagi, dipercayai memiliki banyak aset berharga, antaranya kenderaan mewah, rumah, firma guaman dan ladang di sekitar Selangor.
Lelaki berusia 41 tahun itu difahamkan memiliki, antaranya dua unit rumah semi-D di Banting, unit apartmen di Taman Kinrara yang dipercayai nilainya mencecah ratusan ribu ringgit.
Dia juga mengusahakan ladang ternakan ayam, lembu dan kambing di Batu Laut, Morib.
Tinjauan Sinar Harian di rumah suspek, termasuk yang disewakan di Taman Cempaka, Banting, kelmarin, mendapati tempat itu tidak ada penghuni.
Dalam tinjauan semalam, Sinar Harian dapati sebuah lagi rumah milik suspek utama itu, iaitu di apartmen Palm Ville, Taman Kinrara, juga kosong serta berkunci.
Tinjauan di luar rumah itu, mendapati hanya terdapat rak kasut dan meja alat tulis, manakala pintu jerijinya dimangga.
Menurut seorang jiran berusia 50-an rumah tersebut hanya dihuni oleh isteri suspek utama bersama dua anak lelaki berusia antara 10 dan 11 tahun serta seorang pembantu rumah.
Katanya, suami wanita itu yang tinggal di Banting, hanya datang sekali sekala pada hujung minggu untuk menjenguk anak-anak dan isterinya.
“Saya dan keluarga tidak kenal rapat dengannya (isteri suspek utama) tetapi jika terserempak, dia sering menegur kami dan tidak lokek dengan senyuman.
“Kami tidak pernah berbual panjang tetapi mengenali siapa suaminya (suspek utama),” katanya semalam.
Beliau berkata, isteri suspek utama itu juga jarang berada di rumah tersebut dan hanya pulang pada hari tertentu berikutan kedua-dua anaknya bersekolah di sebuah sekolah antarabangsa di daerah terbabit.
“Saya hanya melihat kelibatnya kira-kira jam 3 petang kelmarin ketika dia menjemput anaknya pulang dari sekolah. Selepas itu, sehingga petang tadi (semalam), dia tidak pulang lagi,” katanya. - sinar
Mctheory:
Fuhh kaya dengan bunuh orang ja ke??
Rabu, 15 September 2010
KES SOSILAWATI! LAGI BUKTI BARU!! BEBERAPA OBJEK DITEMUI!
BANTING 15 Sept — Unit Forensik Polis hari ini menemui beberapa lagi objek yang dipercayai bahan bukti kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi lelaki lain di Sungai Panchau di sini.
Polis yang memulakan operasi pada pukul 3.30 petang ini dilihat membawa beberapa objek termasuk satu bungkusan yang kelihatan seperti tulang di dalamnya.
Usaha pihak media untuk menghampiri kawasan itu bagi melihat dengan lebih jelas operasi itu gagal berikutan kawalan ketat dan media hanya dibenar berada kira-kira 100 meter dari kawasan itu. Operasi itu berakhir pada pukulpukul 5.30 petang.
Selain itu, polis juga memasang kain kanvas di tempat mereka beroperasi dan tindakan itu menyukarkan pihak media untuk melihat dengan jelas apa yang mereka lakukan dan objek yang dibawa naik dari sungai itu.
Turut kelihatan berada di lokasi operasi ialah Pengarah Jabatan Forensik Polis Diraja Malaysia, Datuk Abdul Malek Harun. — Bernama
MctHeory:
Nampaknya polis masih mengumpul bukti. Penantian sungguh menyeksakan.
KES SOSILAWATI! LAGI BUKTI BARU DITEMUI!
![]() |
| ANGGOTA polis mengawal ketat peguam bergelar Datuk, suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik, Sosilawati Lawiya ketika dibawa ke pejabatnya di Banting, Kuala Langat, semalam. |
KUALA LUMPUR Sept. – Empat daripada lapan suspek kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain turut disyaki terlibat dengan pembunuhan seorang kakitangan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada 8 Mac lalu.
Sehubungan itu, empat suspek tersebut yang ditahan oleh Polis Bukit Aman diserahkan kepada Polis Daerah Gombak untuk disoal siasat dalam kes pembunuhan K. Celladuran, 50, yang bekerja di Unit Perancangan Setinggan MPS.
Celladuran mati ditembak oleh dua lelaki pada kira-kira pukul 7.20 pagi ketika keluar dari rumahnya di Jalan 40, Selayang Baru dekat sini untuk ke pejabat.
Polis dalam kenyataan sebelum ini juga tidak menolak kemungkinan suspek yang menembak Celladuran adalah individu sama terlibat dalam kes tembak seorang lelaki di Jalan Puchong berdekatan IOI Mall dekat sini pada 4 Mac lalu.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, keempat-empat suspek itu diserahkan kepada pihaknya semalam.
“Sama ada benar mereka adalah suspek yang dikehendaki dalam kes bunuh Celladuran belum dapat dipastikan kerana kita masih jalankan siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Pada 11 Mac lalu, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan tidak menolak kemungkinan suspek yang menembak Celladuran adalah individu sama terlibat dalam kes tembak seorang lelaki di Jalan Puchong.
Menurutnya, kemungkinan itu wujud berdasarkan modus operandi pembunuhan yang sama dalam kedua-dua kejadian tersebut.
Berikutan itu, kata Khalid, polis telah menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat secara terperinci dua kes pembunuhan itu.
Katanya, sebanyak 15 keterangan telah diambil daripada saksi-saksi kes pertama di Jalan Puchong manakala 10 keterangan diambil bagi kes Celladuran.
Dalam pada itu, kelapan-lapan suspek tersebut termasuk seorang peguam bergelar Datuk berusia 41 tahun dan adiknya turut dikaitkan dengan kes kehilangan empat lagi mangsa lain.
Empat mangsa lain yang dilaporkan hilang dan dipercayai dibunuh menggunakan modus operandi yang sama dengan pembunuhan Sosilawati ialah seorang gadis berusia 19 tahun; ahli perniagaan dari Chennai, India, S. Usharani, 24; dan dua ahli perniagaan berketurunan Melayu dari Kuala Lumpur.
Sosilawati, 47, bersama pembantu peribadinya, Kamaruddin Shamsudin, 44; peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, dan pegawai Bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu.
Kelmarin, polis mengesahkan berdasarkan pengakuan empat suspek, keempat-empat mangsa telah dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berhampiran Ladang Gadong, Banting di Selangor. - utusan
MctHeory:
Kejadian ini akan membongkar banyak lagi misteri kehilangan individu. Ini bukan kali pertama barua hindraf ni melakukan kerja sebegini. Difahamkan banyak lagi mangsanya, mungkin semuanya akan didedahkan sedikit masa lagi.. ishh.. dahsyat..dahsyat.. Apa pun tahniah kepada PDRM kerana cekap dalam mengendalikan kes berprofil tinggi ni.
Selasa, 14 September 2010
APABILA KEBODOHAN MR BEAN PAS SUDAH SAMPAI KEMUNCAKNYA!!!!
Mc nak mengulas sikit pasal Mr Bean Pas yang kita sedia maklum memang suka buat benda bodoh dan banggang tahap longkang. Kenyataan demi kenyataan yang dia buat, hanya untuk cukupkan bukti bahawa dia ni langsung tidak mempunyai otak. Sebelum ni Mc ingat dia ada otak, walaupun gram untuk otaknya tidak cukup. Bila muncul pula kes pembunuhan Datuk Sosilawati, dan baca kenyataan dari Mr Mahfuz Bean, Mc rasa cukup yakin bahawa Mahfuz Bean ni langsung 'tidak' mempunyai otak.
Kebodohannya sudah sampai kemuncak. Kata orang 'bodoh tahap klimaks' mungkin semasa kecil 'madula oblagatanya sudah tersumbat disebabkan terhantuk hingga menyebabkan kecacatan dan keterencatan kekal. Sebab itu dia tidak dapat berfikir dengan waras dan rasional. Atau mungkin juga dia pernah terhantuk kedinding disebabkan tergelincir akibat jatuh basikal. Dia jatuh basikal kerana mukanya tertutup dengan 'bendera BN' sebab itulah hingga sekarang, apa saja jadi di Malaysia ni walaupun tiada kaitan dengan BN dia akan cari punca dan menuduh yang bukan-bukan terhadap BN.
Kebodohan tahap klimaksnya ini juga boleh menyebabkan halunisasi, kesannya sama seperti 'penagih syabu' yang akan menyebabkan mangsa berkhayal dan 'kick' bercakapnya lebih. Sebab itu apabila dia bercakap, seolah-olah dia tidak mempunyai otak, kerana dia bukan 'seolah-olah tidak mempunyai otak', sebenarnya dia memang tidak mempunyai otak. Kalau ada pun sudah 'tidak dapat digunakan' lagi. Baik digantikan saja dengan otak lembu.
Hari baik bulan baik ni, kita bermaaf-maafan dan sucikan dosa. Dia ni tak, dia suka menambahkan dosa fitnah. Jika zaman sekarang manusia jadi kejam dan zalim semata-mata kerana wang. Si Mahfuz Bean ni pula, jadi bebal dan bodoh semata-mata untuk mendapat nama. Kononnya bila dia buat kenyataan yang semacam ni, dia akan dijulang sebagai hero la. Dia tak sedar, dia hanya mengurangkan lagi maruah dirinya dikhalayak ramai.
Bak kata orang, Bila kita bodoh, baik kita diam dari bercakap. Bila kita banyak bercakap, kita kan nampak lebih bodoh dari biasa.
Kesian pada parti cap bulan pernama ni. Macam mana la korang boleh angkat si bebal ni jadi Naib Presiden? Tak rasa macam malu ke ada manusia macam ni dalam parti korang?
Mc terbitkan artikel ni disebabkan kenyataan Mahfuz mengenai kes pembunuhan Datuk Sosilawati yang amat 'tidak bertanggungjawab dan bodoh' nak baca klik sini.
MctHeory:
Janganlah kita 'politikkan' tragedi ini. Kesianlah pada keluarga si mangsa.
PEMBUNUHAN KES SOSILAWATI DAN HASUTAN JAHAT PUAK PAKATAN HARAM!
Kes pembunuhan Sosilawati adalah kes diantara yang paling kejam selepas kes Dato Mazlan yang dikerat lapan belas oleh Mona Fendey satu ketika dulu. Cara kerjanya juga hampir serupa, dan tujuan pembunuhannya juga hampir sama iaitu memperdayakan mangsa untuk mendapatkan sejumlah wang. Mc sendiri pun terperanjat, apabila dapat tahu bahawa Datuk Sosilawati dibunuh dengan begitu kejam sekali.
Tapi apa yang paling menyedihkan Mc, apabila ada pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab cuba mempolitikkan isu ini menjadi isu politik dan mengaitkannya dengan kes politik yang lainnya. Pakatan Haram Jadah cuba membandingkan kematian Datuk Sosilawati dengan kes pembunuhan Altantuya. Cuba baca tulisan yang Mc ambil dari rakan blogger Rajah Mas.

Cuba perhatikan artikel tranungkite.com dan blog yang di’pastekan’ di bawah. Nampaknya sudah kelihatan bibit-bibit mengaitkan pembunuhan Dato’Sosilawati dengan orang kenamaan (yang pastinya pemimpin BN) dan juga pihak polis.
Inilah kepakaran PR dalam membuat analisis fitnah seperti di bawah..
Apa kaitan rentetan yang saya paparkan di atas? Apa kaitannya antara satu kenyataan dengan kenyataan yang lain? Jadi atas dasar ketelusan dan integriti,saya menyeru KPN yang baru agar siasatan yang telus dilakukan,jangan biarkan campurtangan pihak ketiga mengganggu siasatan polis.Ingatlah tentang AMANAH yang anda pikul yang kelak akan di soal ALLAH di akhirat kelak.Kembalikan dan pulihkan kewibawaan PDRM!Dedahkan siapa orang kenamaan yang mendalangi kegiatan jenayah tersebut.Jangan takut dan gentar kerana ALLAH sentiasa di pihak orang-orang yang benar.
dipetik daripada: TranungKite
Dzulfikar Mashoor JOHOR BAHRU, 12 Sept: PAS menganggap kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga rakannya sebagai kedua paling dasyat di Malaysia selepas kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Sharibuu.

PAS UCAP TAKZIAH
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengesahan pihak polis bahawa Sosilawati, 47, dan pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, telah dibunuh.Mayat mereka juga dibakar, manakala abunya dibuang ke dalam sebuah sungai dekat Ladang Gadong, di Tanjung Sepat, Banting.
"Kalau Polis masih enggan mendedahkan siapakah peguam bergelar 'Datuk' yang dimaksudkan, mungkin rakyat selepas ini akan anggap pembunuh Sosilawati ini mungkin ahli politik yang berprofil tinggi, seperti kes Altantuya," ujarnya sambil mendesak Polis menjelaskan motif di sebalik kenyataan media tanpa laporan forensik yang dibuat Mohd Bakri petang tadi.
Seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang dihubungi kemudian mengecam pihak yang terbabit yang sanggup membunuh lalu membangkar keempat-empat mangsa sebelum dihanyutkan dalam sungai berdekatan Ladang Gadong di Tanjong Sepat, Banting."Sekiranya benar apa yang diumumkan oleh Datuk Mohd Bakri dalam sidang media tadi, PAS mengecam pembunuhan dahsyat itu," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.
Beliau turut menasihatkan pasukan Mohd Bakri membuat pengesahan lanjut beserta laporan rasmi dari Jabatan Forensik. Ini kerana, katanya laporan itu boleh mengurangkan rasa gelisah rakyat terhadap tahap keselamatan mereka masing-masing.
Beliau, mewakili PAS turut merakamkan takziah kepada keluarga mangsa sambil mengajar rakyat membantu Polis supaya kes dasyat seperti itu tidak berulang lagi di tanah air kelak."Mewakili PAS, takziah...saya harap keluarga mangsa bersabar." "Saya seru seluruh rakyat Malaysia sama-sama membantu Polis agar kes sebegini tidak berulang," ujarnya.
Sumber Rajah Mas
MctHeory:
Puak Pakatan Haram ni takdak kerja lain dah. Kes macam ni pun korang nak politikkan. Korang memang haram jadah la.
Tapi apa yang paling menyedihkan Mc, apabila ada pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab cuba mempolitikkan isu ini menjadi isu politik dan mengaitkannya dengan kes politik yang lainnya. Pakatan Haram Jadah cuba membandingkan kematian Datuk Sosilawati dengan kes pembunuhan Altantuya. Cuba baca tulisan yang Mc ambil dari rakan blogger Rajah Mas.
Cuba perhatikan artikel tranungkite.com dan blog yang di’pastekan’ di bawah. Nampaknya sudah kelihatan bibit-bibit mengaitkan pembunuhan Dato’Sosilawati dengan orang kenamaan (yang pastinya pemimpin BN) dan juga pihak polis.
Inilah kepakaran PR dalam membuat analisis fitnah seperti di bawah..
Oleh: Ashrain
"
PERHATIKAN DENGAN TELITI KRONOLOGI PERISTIWA INI !! Ketua Polis Negara Tan Seri Musa Hassan mendedahkan dalam sidang media Di Bukit Aman pada 7hb September 2010 bahawa wujud campurtangan pihak ketiga yang dirujuknya pihak KDN sehingga mengganggu siasatan.Campurtangan yang dimaksudkannya adalah bermotifkan kepentingan peribadi, politik dan agenda sendiri.
Laporan Berita Harian 11hb September 2010- Kehilangan jutawan kosmetik dikatakan didalangi oleh seorang ahli perniagaan bergelar Datuk.Beliau dikatakan mahir dalam menghilangkan pelanggannya.Walaupun laporan polis telah dibuat namun beliau sering terlepas daripada tindakan undang-undang kerana mempunyai hubungan istimewa dengan orang kenamaan, selain mahir dalam bidang perundangan. 3. Datuk Seri Bakri Zinin,Pengarah Siasatan Jenayah PDRM mengesahkan dalam sidang media di IPD Kuala Langat pada 12hb September 2010, bahawa suspek iaitu seorang peguam bergelar DATUK yang ditangkap mengaku menggunakan modus operandi yang sama dengan merujuk kes kehilangan 4 orang yang dilaporkan sejak setahun yang lalu. "
PERHATIKAN DENGAN TELITI KRONOLOGI PERISTIWA INI !! Ketua Polis Negara Tan Seri Musa Hassan mendedahkan dalam sidang media Di Bukit Aman pada 7hb September 2010 bahawa wujud campurtangan pihak ketiga yang dirujuknya pihak KDN sehingga mengganggu siasatan.Campurtangan yang dimaksudkannya adalah bermotifkan kepentingan peribadi, politik dan agenda sendiri.Apa kaitan rentetan yang saya paparkan di atas? Apa kaitannya antara satu kenyataan dengan kenyataan yang lain? Jadi atas dasar ketelusan dan integriti,saya menyeru KPN yang baru agar siasatan yang telus dilakukan,jangan biarkan campurtangan pihak ketiga mengganggu siasatan polis.Ingatlah tentang AMANAH yang anda pikul yang kelak akan di soal ALLAH di akhirat kelak.Kembalikan dan pulihkan kewibawaan PDRM!Dedahkan siapa orang kenamaan yang mendalangi kegiatan jenayah tersebut.Jangan takut dan gentar kerana ALLAH sentiasa di pihak orang-orang yang benar.
dipetik daripada: TranungKite
Dzulfikar Mashoor JOHOR BAHRU, 12 Sept: PAS menganggap kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga rakannya sebagai kedua paling dasyat di Malaysia selepas kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Sharibuu.

PAS UCAP TAKZIAH
Dzulfikar Mashoor JOHOR BAHRU, 12 Sept: PAS menganggap kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga rakannya sebagai kedua paling dasyat di Malaysia selepas kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Sharibuu.
Menurut Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar, kes pembunuhan mendiang Altantuyaa Sharibuu sebelum ini menggemparkan negara apabila dibom dengan C4 di Bukit Raja, Shah Alam pada 19 Oktober empat tahun lalu.
"Kematian al-Marhumah Sosilawati dan tiga yang lain adalah kes kedua paling dahsyat selepas kematian mendiang Altantuya," ujarnya petang tadi ketika dihubungi Harakahdaily. Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengesahan pihak polis bahawa Sosilawati, 47, dan pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, telah dibunuh.Mayat mereka juga dibakar, manakala abunya dibuang ke dalam sebuah sungai dekat Ladang Gadong, di Tanjung Sepat, Banting.
Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu lagi, sepatutnya Polis sudah boleh mengesan suspek pembunuh lebih awal memandangkan saspek yang juga seorang peguam bergelar 'Datuk' turut dikaitkan dengan kehilangan empat individu setahun yang lalu.
"Selepas empat individu yang menjadi perhatian rakyat dilaporkan mati menjadi abu, baru Polis boleh mengaitkan saspek dengan kes empat orang yang hilang tahun lepas," ujarnya sambil menasihatkan bakal Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar supaya memperbaiki sistem siasatan kepolisan tanah air.Beliau turut tidak menolak kemungkinan bahawa kes tersebut turut membabitkan pemimpin negara yang berprofil tinggi sebagaimana kes pembunuhan Altantuya. "Kalau Polis masih enggan mendedahkan siapakah peguam bergelar 'Datuk' yang dimaksudkan, mungkin rakyat selepas ini akan anggap pembunuh Sosilawati ini mungkin ahli politik yang berprofil tinggi, seperti kes Altantuya," ujarnya sambil mendesak Polis menjelaskan motif di sebalik kenyataan media tanpa laporan forensik yang dibuat Mohd Bakri petang tadi.
Seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang dihubungi kemudian mengecam pihak yang terbabit yang sanggup membunuh lalu membangkar keempat-empat mangsa sebelum dihanyutkan dalam sungai berdekatan Ladang Gadong di Tanjong Sepat, Banting."Sekiranya benar apa yang diumumkan oleh Datuk Mohd Bakri dalam sidang media tadi, PAS mengecam pembunuhan dahsyat itu," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.
Beliau turut menasihatkan pasukan Mohd Bakri membuat pengesahan lanjut beserta laporan rasmi dari Jabatan Forensik. Ini kerana, katanya laporan itu boleh mengurangkan rasa gelisah rakyat terhadap tahap keselamatan mereka masing-masing.
Beliau, mewakili PAS turut merakamkan takziah kepada keluarga mangsa sambil mengajar rakyat membantu Polis supaya kes dasyat seperti itu tidak berulang lagi di tanah air kelak."Mewakili PAS, takziah...saya harap keluarga mangsa bersabar." "Saya seru seluruh rakyat Malaysia sama-sama membantu Polis agar kes sebegini tidak berulang," ujarnya.
Mudahkanlah cerita… Katakan sahaja Dato’Sosilawati dibunuh oleh polis dan pemimpin BN. Tak perlu pening kepala pusing cerita kalau niat memang nak buat fitnah..
Hari ini kematian Jutawan Melayu dan 3 bersamanya itu disamakan dengan pembunuhan Altantuya. Mungkin besok ada pihak yang kata Pathmanabhan dipaksa mengaku pembunuhan dan dikambing hitamkan seperti Razak Baginda bagi melindungi pesalah sebenar.
Kita hairan penyokong Pakatan Rakyat sering mempersoalkan kredibiliti pihak polis supaya kerajaan BN dipandang lemah. Tidak kurang juga ada yang melampau sehingga menuduh pihak polis hanya aktif menyekat ceramah haram tetapi tidak mampu membendung kes-kes jenayah seperti kes bunuh.
Wahai Pakatan Rakyat, sedarlah.. kerap sangat kalian memburukkan pasukan keselamatan kita. Bila anggota polis kita terbunuh ketika sedang dalam bertugas, tiada pembelaan daripada pihak kalian. Apabila ada kes melibatkan golongan berpangkat Dato’, kalian cenderung nak libatkan kes profile tinggi dengan mengatakan itu semua ‘cover-up’ polis dan pemimpin negara.
Ingatlah Pakatan Rakyat.. orang berpangkat Dato’ dan Dato’ Seri ada yang dah menjadi penderhaka kepada sultan. Ada juga yang buat kerja meliwat, wallahualam. Ada yang jadi sebesar-besar pembohong terutama selepas menggunakan banner buat promosi diri di Johor! Samalah juga dengan Mursyidul Am PAS yang kata Tuhan mencarut…
Jenayah tidak mengira sesiapa? Tak sesiapa pun kalangan BN pernah persoalkan reputasi pemimpin PR walaupun partinya dipimpin oleh bekas-bekas banduan. Bila hari pilihanraya kalian persoalkan keputusan UNDI POS, kononnya pihak keselamatan seperti polis telah dipaksa untuk mengundi BN. Fikirkanlah balik betul-betul, kalian hanya bermulut manis bila perlukan UNDI, tapi menikam belakang bila dah tak memerlukan lagi.
Inilah sifat kalian, siapa tak percaya tanyalah pemimpin Konsesus Bebas tu. Malulah sikit wahai PR…
Sumber Rajah Mas
MctHeory:
Puak Pakatan Haram ni takdak kerja lain dah. Kes macam ni pun korang nak politikkan. Korang memang haram jadah la.
Langgan:
Catatan (Atom)






