Sponsor

Memaparkan catatan dengan label pemilihan pkr. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pemilihan pkr. Papar semua catatan

Rabu, 21 Mei 2014

HOT!! Video Anwar Ibrahim Merayu Kepada Pendemo PKR Supaya Pulang! #PemilihanPKR



Malam tadi telah berlakunya satu demo protes di hadapan HQ PKR di Tropicana. Dipercayai dari penyokong PKR yang tidak berpuashati keatas pemilihan PKR yang dikatakan tidak telus dan dipengaruhi oleh tangan ghaib.

Lihat gambar protes tersebut di bawah,











Bila protest semakin kritikal, Anwar Ibrahim akhirnya keluar berhadapan dengan pasukan protes tersebut.

Paling pelik bila hanya Anwar yang berani berhadapan dengan para pendemo protes. Cara Anwar bercakap dan merayu pun, nampak beliau macam kecewa sangat.

Apa boleh buat Anwar, itulah ahli-ahli PKR yang ko ternak dulu. Sekarang ni, rasanya dah makan diri balik la.

Apa orang kata, apa yang ko buat, kini ko dapat balik la hasilnya. he he..

Video rayuan Anwar kepada pendemo semalam..

Sabtu, 17 Mei 2014

HOT!! Gengster PKR Maki Khalid Gagap Depan Anwar Ibrahim!


Perkarangan Ibu Pejabat PKR di sini kecoh apabila calon Timbalan Presiden PKR, Tan Sri Abdul Khalid ‘diserang’ oleh seorang ahli PKR Cabang Kuala Selangor, hari ini.

Abdul Khalid yang baru selesai sidang media berhubung kekecohan pemilihan PKR 2014 bersama Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta dua calon Timbalan Presiden yang lain dihambur dakwaan bahawa beliau tidak telus dalam pemilihan.

Beliau yang kelihatan terpinga-pinga dengan tindakan ahli PKR itu sempat ditenangkan Anwar sebelum bergegas menuju ke keretanya dan meninggalkan premis berkenaan.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita, ahli berkenaan, Zulkifli Abdulllah menegaskan pihaknya telah membuat laporan polis manakala bukti penyelewengan pula sudah diserahkan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP).

“Unsur-unsur gengsterisme ada dalam mesyuarat cabang itu sendiri. Orang yang tak sepatutnya ada dalam dewan pemilihan pun ada. Termasuk salah seorang ahli PKR yang telah dipecat.

“(Mereka disyaki berkempen untuk) Tan Sri Khalid. Ada (bukti) dan kita telah membuat laporan polis serta telah menyerahkan bukti kepada JPP iaitu rakaman suara dan rakaman video mengenai penyerahan wang daripada pihak yang berkempen untuk Tan Sri Khalid,” dakwanya.

Dalam pada itu, menurutnya ahli PKR di Kuala Selangor tidak kisah siapa yang menjadi ketua cabang asalkan individu berkenaan mampu bekerja untuk parti bukannya diri sendiri katanya lagi.

Dibawah dua video yang mempamirkan kekecohan tersebut.



Khamis, 15 Mei 2014

HOT!! Video Cara Pemilihan PKR yang Sungguh Unik dan Hebat!!




Tak sempat nak mainkan video-video ni dah ada isu lain masuk. Walaupun dah lepas, tapi Mc nak buh juga, nak bagi semua orang tengok, betapa hebatnya parti PKR ni.


Parti yang lahir di jalanan, perangai mereka juga macam samseng jalanan. Parti yang melatih ahli-ahlinya bertindak ganas seperti samseng dan kongsi gelap, akhirnya akan dimusnahkan oleh tindakan ahli-ahlinya yang seperti samseng dan ahli kongsi gelap juga. Malangnya yang ramai Melayu. Walaupun ada yang bertudung dan berkopiah, orang Melayu dalam PKR hanyalah Melayu sosialis dan Melayu pluralis yang tiada hala tuju akidah dan perjuangan Islam dan bangsa yang jelas. Hanya sekumpulan samseng dan ahli kongsi gelap yang keliru tentang matlamat akhir perjuangan, iaitu akhirat..


Gila kuasa... akibat selalu berdemo dan merusuh di jalanan, mereka mungkin ingat lupa yang mereka hadir mesyuarat bukan hadir demo jalanan.... macai oh macai..



Kertas undi palsu?



Pengundi Bangla dan Pengundi Hantu?



Tak perlu hadir mesyuarat. Hanya minta 40,000 Pengundi Bangla mengundi di dalam bilik hotel? Wah... senang kerja.. Mungkin ini yang mereka buat sampai boleh menang kawasan Parlimen dan DUN di negeri-negeri PR semasa PRU13?





Sabak Bernam




Nibong Tebal




Sabak Bernam




Sungai Petani




lagi dibawah,




Klang




Kuala Langat




Petaling Jaya Selatan


Fuyooo.. apa dah jadi ni? he he he.. demokratik sungguh la cara pemilihan puak PKR ni. Bagus la pilih macam ni, inilah caranya untuk memilih seorang pendemo dan perusuh terhandal! he he..

Sumber Tunfaisal

Khamis, 8 Mei 2014

HOT! PKR tu kan parti keadilan untuk Anwar saja.. faham ka?



Ayat best ni.. kita dalam parti Keadilan, kita nak kan keadilan. Apa hangpa taktau ka, PKR tu keadilan untuk Anwar saja. Orang lain tak payah. Tu pun tak reti-reti nak faham ka? iskk.. kesian.. nasib ler..

Rabu, 30 April 2014

HOT!! Rafizi Buat Gila Semasa Pemilihan? #PKRgila



Gambar di atas di dakwa tempat pengundian di Pejabat PKR Kemaman di Jalan Jakar, Chukai.

Dimana disini penyandang bagi jawatan Ketua Cabang yang ada ialah Pengarah Strategi PKR, Saudara Rafizi Ramli.

Beliau dan penyokongnya dilaporkan memulakan provokasi lisan dengan mendakwa jawatankuasa pemilihan tidak melakukan tugas dengan betul, selain mengeluarkan kata-kata kesat bila melihat pencabarnya, Mohd Ramlee Hamzah mendapat sokongan kuat daripada pengundi.




Malah cerita ni turut dimainkan oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia, saudara Khairy. Siap perli lagi.. he he..


Beritanya boleh baca kat bawah,

Provokasi calon punca pemilihan Cabang Kemaman dihenti 2 jam

Kuala Terengganu: Provokasi oleh calon bertanding menjadi punca proses pemilihan PKR Cabang Kemaman kelmarin, dihentikan kira-kira dua jam sebelum tempoh pengundian tamat jam 5 petang.

Kekecohan dikatakan berlaku apabila calon bertanding dan penyokong mula menghidu kekalahan sepanjang proses pengundian di Pejabat PKR Kemaman di Jalan Jakar, Chukai berlangsung, lalu mula membuat provokasi termasuk mengoyakkan kertas undi.

Calon Timbalan Ketua Cabang Kemaman, Lee Sheng Lim, berkata kekecohan bermula pada jam 11.30 pagi lagi apabila penyokong penyandang Ketua Cabang, Rafizi Ramli melihat pencabarnya, Mohd Ramlee Hamzah mendapat sokongan kuat daripada pengundi.

Beliau berkata, bermula daripada itu, Rafizi dan penyokongnya memulakan provokasi lisan dengan mendakwa jawatankuasa pemilihan tidak melakukan tugas dengan betul, selain mengeluarkan kata-kata kesat hingga berlaku pertikaman lidah antara dua pihak.

“Rafizi kemudian naik ke tempat pengundian dan marah-marah mengatakan kami tidak pandai bekerja. Selepas itu beliau turun semula ke bawah, sebelum beberapa penyokongnya naik dan mengoyakkan kertas undi.

Cetus suasana panik

“Kejadian itu mengejutkan dan mencetuskan suasana panik dalam kalangan pengundi. Kami tidak mampu berbuat apa-apa selain meminta mereka bertenang. Namun keadaan menjadi semakin kecoh hingga akhirnya proses pemilihan terpaksa dihentikan jam 2.45 petang,” katanya kepada BH.

Pada pemilihan kelmarin, Rafizi yang juga penyandang sejak 2010 ditentang Mohd Ramlee selaku ahli biasa, manakala Sheng Lim, bekas naib ketua cabang Kemaman bertanding jawatan itu buat kali pertama.

"Kejadian ini amat memalukan kerana ia dimulakan oleh pemimpin PKR sendiri. Kalau pemimpin sendiri menunjukkan contoh tidak baik begini, bagaimana parti ini mampu menjadi parti yang baik untuk rakyat.

“Disebabkan masalah ini, pemilihan terpaksa ditangguhkan pada 10 Mei nanti. Kami amat berharap supaya Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) tidak melakukan pengundian semula bagi mereka yang sudah mengundi, sebaliknya hanya menyambung kembali proses pemilihan kepada ahli yang belum menunaikan tanggungjawab mereka,” katanya.

Sumber dalaman PKR yang enggan namanya disiarkan berkata, Mohd Ramlee menjadi saingan hebat Rafizi yang dilihat sebagai calon tidak disenangi rakyat dan didakwa hanya pandai berkata-kata, tetapi tidak pernah turun padang dan cakna masalah rakyat - Berita Harian

HOT!! Video Kungfu Pemilihan PKR Sabak Bernam!


Insiden yang belaku di sekitar sabak bernam dan dilaporkan seorang mangsa diserang, hingga emosinya terganggu!

Butirannya dengan anda menyaksikan video dibawah ini :

Daripada itu dikatakan beberapa individu berbaju kuning (BERSIH) memulakan serangan di bilik pengiraan undi semalam. Seorang makcik menjadi saksi kerakusan dan amukan versi BERSIH+HINDRAF yang bakal dipaktikan semasa himpunan GST pada 01 Mei 2014 di Zoo Negara esok! SUMBER



Inilah PKR.. dalam pemilihan pun kacau bilau, macam mana nak memerintah negara? Patut PKR kena cuci manusia-manusia durjana dalam PKR ni dulu, kemudian baru ada hati nak tegur kerajaan.

Selasa, 22 April 2014

HOT!! Anwar Tarik diri? Konspirasi kroni PKR sudah diatur? #PemilihanPKR

Wayang PKR sudah diketahui.. he he..

Dulu Mc dah bagitau memang ini plan Anwar, boleh rujuk SINI

Kemenangan calon calon PKR sudah diketahui lebih awal.

Presiden Parti - Wan Azizah
Timbalan Presiden - Saifuddin Nasution
Naib Presiden - Nurul Izzah
Naib Presiden - Rafizi Ramli
Naib Presiden - ?
Ketua Wanita PKR - Rodziah Ismail
Ketua AMK - Nik Nazmi

Rata rata mengetahui bahawa Anwar Ibrahim akan merengkok selama 5 tahun di dalam penjara kerana kesalahan Meliwat. Justeru itu jawatan presiden PKR sekali lagi perlu digalas oleh isterinya iaitu Wan Azizah. Namun percaturan kali ini nampaknya lebih menarik apabila Saifuddin Nasution bakal menang kerusi Timbalan Presiden PKR. Saifuddin Nasution dijangka menewaskan Azmin Ali dengan bantuan Khalid Ibrahim yang mana undi Azmin Ali akan susut dan memberikan kelebihan besar buat Saifuddin Nasution yang terang terangan berkempen dan mendapat restu dari Anwar Ibrahim.

Percaturan yang dilakukan Anwar Ibrahim ini adalah kerana mahu menfaatkan kelebihan Saifuddin Nasution yang kita tahu mempunyai hubungan yang amat baik dengan sekutu berpengaruh dari dalam UMNO. Malah Johari Abdul yang merupakan pengerusi Lembaga Disiplin parti PKR juga merupakan sekutu rapat kepada Saifuddin Nasution. Jadi tidak hairanlah kita bila Johari Abdul mengeluarkan kenyataan Azmin Ali dan Saifuddin Nasution bakal berdepan dengan tindakan tatatertib yang mana kita sudah tahu bahawa hanya Azmin Ali seorang sahaja yang akan dikenakan tindakan Tatatertib manakala Saifuddin akan bebas.

"Masa depan bersama" yang dibawa oleh team Anwar Ibrahim ini akan tercapai dengan sokongan dari dalam rumah UMNO. Anwar Ibrahim tidak mahu Azmin Ali untuk menerajui PKR kerana beliau tahu Azmin Ali tidak akan membiarkan Legasi keluarga Anwar Ibrahim terus berada di dalam PKR terutama Nurul Izzah. Malah Azmin Ali pasti akan membiarkan Tubuh batang Anwar Ibrahim merengkok di dalam penjara. Saiffudin Nasution harapan besar buat Anwar Ibrahim dan apa yang pasti semua ini telah pun dibincangkan dan diatur lebih awal tanpa kita sedari bahawa komplot untuk memastikan Kem Anwar Ibrahim terus subur.

Sebab itu kita dapat lihat Saifuddin Nasution bergerak dalam kempennya bersama sama dengan Anwar Ibrahim, Nurul Izzah dan sokongan dari akar umbi PKR juga memperlihatkan matlamat PKR adalah untuk terus membela Anwar Ibrahim menidakkan kenyataan awal Azmin Ali sebelum ini yang menyatakan PKR bukan parti milik Anwar Ibrahim.

Tidak hairanlah pada MAC lalu Saifuddin Nasuttion dan Johari Abdul berkunjung ke rumah sahabat baik mereka yang merupakan pemimpin UMNO yang cukup berpengaruh. Perancangan sudah diatur demi memastikan Anwar Ibrahim terus bebas dan mencapai cita citanya mahu UMNO digulingkan.

Fahami slogan "Masa Depan Bersama"

p/s: Perlembagaan PKR, tertulis Presiden PKR hanya boleh jadi selama 2 penggal. Dalam kes Wan Azizah ni macam mana ya? Di bolehkan ke? he he..


McTheory:
Kesian macai PKR lain semua kena KENCING!!

Ahad, 20 April 2014

HOT!! Ayahanda Tun Dr Mahathir Komen Pertandingan Anwar dan Azizah Hanyalah Sandiwara? #PemilihanPKR



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan pertembungan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bagi merebut jawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai sandiwara politik semata-mata.

Dr. Mahathir berkata, Anwar sentiasa ‘bersandiwara’ dan perkembangan terbaharu itu juga merupakan salah satu daripada sandiwara Ketua Pembangkang itu.

“Semuanya adalah sandiwara, apa yang berbeza agendanya sahaja. Beliau nak jadi Perdana Menteri di atas pentas bolehlah.

“"Saya boleh baca rentak politik beliau. Apa yang saya tahu Anwar ini penipu besar," katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan syarahan bertajuk Leaders in Today's Society: Issues, Challenges and Way Forward di Dewan Canselor, Universiti Teknologi Petronas (UTP), Seri Iskandar dekat sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai pertembungan satu lawan satu bagi jawatan Presiden PKR antara Anwar serta Wan Azizah yang merupakan penyandang jawatan tersebut.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir juga secara sinis menyindir Anwar berhubung kenyataannya mampu menyelesaikan misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 dalam masa satu saat.

“"Saya dengar beliau kata mampu menyelesaikan misteri kehilangan pesawat MH370 dalam masa satu saat sahaja, masih banyak lagi saat yang ada, buatlah," jelas beliau.

Ditanya mengenai langkah Pas untuk membentangkan rang undang-undang hudud di Dewan Rakyat pada Jun ini, menurut Dr. Mahathir, parti tersebut mempunyai hak berbuat demikian.

Begitupun, jelasnya, terserah kepada ahli-ahli Parlimen untuk menyokong rang undang-undang itu atau sebaliknya - UM

Ahad, 13 April 2014

HOT!! Pergaduhan Dalaman Punca Saifudin Nasution Bertanding Timbalan Presiden PKR? #PemilihanPKR


Semalam ada temuramah yang dibuat oleh portal puak PKR sendiri mengenai misteri Saifudin Nasution yang dikatakan tiba-tiba saja masuk bertanding jawatan Timbalan Presiden. Azmin Ali sebelum ini telah memberi komen yang mengatakan Saifudin hanyalah penyebok dalam pertandingan tersebut.

Namun ada sesuatu yang menarik untuk kita baca disebalik kenapa Saifudin tawarkan diri untuk bertanding?

Soalan: Anda cukup berani untuk mengumumkan pakatan anda dengan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan pengarah strategik PKR Rafizi Ramli. Rafizi pun disebut agak ragu kalau-kalau dikatakan mengenai meludah antara Selangor Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali. Adakah anda fikir langkah sedemikian akan mewujudkan permusuhan antara puak ? 
Jawapan: Ya , akan ada permusuhan . Apabila kita mula-mula dirancang ( untuk membentuk pakatan itu , Rafizi dan Izzah ,) termasuk ahli-ahli parti yang lain, menyedari saya pada mulanya saya enggan dicalonkan ( untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR ). Tetapi saya juga tahu bahawa pemimpin parti bosan dengan berbagai masalah yang tidak berkesudahan (yang disebabkan oleh Khalid dan Azmin ). 
Rakyat telah menyaksikan (pembangkang ) di Kedah , di mana Pas gagal menyelesaikan konflik dalaman ( antara bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Phahrolrazi Zawawi ). Masalah ini timbul kerana tidak ada yang telah diselesaikan isu ini (untuk gambar politik yang lebih besar ) dan, pada akhirnya, perkara itu telah diketahui oleh rakyat, yang dihukum dengan pengundi Pas yang dulunya member undi kepada PAS telah memberi undi kepada Barisan Nasional pada pilihan raya umum tahun lepas . 
Satu-satunya perbezaan antara PAS Kedah dan PKR ialah perselisihan dalaman yang melanda bekas Menteri Besar Kedah itu berlaku beberapa bulan sebelum pilihan raya umum, manakala dalam PKR, pertelingkahan (antara Khalid dan Azmin ) telah berterusan , walaupun selepas pilihan raya. Kami perlu berhadapan dengan isu ini sekali dan untuk semua. Sekarang adalah masanya untuk kita untuk melakukannya.

Dari pemahaman yang Mc baca, maknanya Saifudin risau PR Selangor akan menerima nasib seperti Pas Kedah. Disebabkan alasan tersebut, beliau menawarkan diri untuk bertanding dan berjanji akan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Azmin dan Khalid.

Caranya beliau membawa package dari Timbalan Presiden ke Naib Presiden untuk membawa harapan baru dalam PKR.

Nampaknya Saifudin bijak gunakan peluang yang ada. Guna kelemahan lawan, untuk tonjolkan diri sendiri. Bijak-bijak. Malah gabungan diantara beliau bersama Nurul Izzah dan Rafizi juga amat menarik. Kalau ikut package dan kelebihan, Team Saifudin ni nampak lebih berpeluang untuk menang.

Bab membelit ni Saifudin memang hebat. he he..

McTheory:
Cuma kali ni nampak pemilihan PKR agak lembab..

Rabu, 9 April 2014

HOT!! Tian Chua REMBAT Duit PKR RM100 Juta Untuk Bantu Kempen Azmin? #PRselangor #PemilihanPKR


Makin lama makin pelik pulak pemilihan PKR ni, ada yang kita jangka jadi, tapi tak jadi, ada yang kita jangka tak jadi, tapi jadi pulak. Contohnya gabungan Saifudin, Rafizi dan Nurul Izzah. Siapa sangka Saifudin akan muncul bertanding Timbalan Presiden?

Sebelum ni kita cuma lihat drama diantara Azmin dan Khalid, cuma kali ni jalan cerita pemilihan jadi makin menarik. Biasa la, dah ramai pelakon, mesti filem lagi best. betui?

Pelik apabila kita lihat Rafizi boleh berganding bahu bersama Saifudin Nasution. Betul ke Rafizi ni nak bantu Saifudin? Atau ada undang disebalik batu? Dikatakan Rafizi diantara orang yang bertanggung jawab membawa Saifudin bertanding Timbalan Presiden ni.

Untuk apa Rafizi pulun nak suruh Saifudin bertanding ya?


Beralih pula kepada Tian Chua, pada mulanya Mc nampak Tian Chua bersama SUARAM untuk jatuhkan Azmin. Boleh rujuk SINI. Tapi sebenarnya, itu hanya wayang semata, ada info terbaru memberitahu si Tian Chua dan Sivarasa ada main drama pada kali ini, malah ada penyelewengan wang parti dari dana SUARAM yang berjumlah kira kira RM100juta.

Wang yang sepatutnya sampai ke tangan parti, telah di sebat oleh Tian Chua dan Sivarasa. Untuk apa Tian Chua dan Sivarasa sebat duit sebanyak tu?

Tian Chua dikatakan sudah bergabung dengan Team Azmin/Anwar untuk membantu menempatkan Azmin sebagai Timbalan Presiden. Mungkinkah dana 100 juta tersebut akan digunakan dalam kempen Azmin? Disebabkan itu juga, Tian Chua kemungkinan besar menarik diri dari persaingan timbalan presiden.

Kemunculan Saifudin juga sebenarnya mahu membantu Azmin untuk mengalahkan Khalid. Bila terjadi pelanggaran diantara Saifudin dan Khalid, maka Azmin boleh berkempen dan mencapai cita-citanya menjadi Menteri Besar Selangor.

Sebenarnya Anwar sudah pun menjanjikan kerusi MB Selangor pada Azmin, itu pun jika beliau berjaya menjadi Timbalan Presiden PKR. Atas alasan tersebut, Azmin mengunakan segala-gala yang beliau ada untuk pastikan beliau menang pada kali ini.


Jadi, untuk pastikan Azmin menang, sudah tentu ia memerlukan modal yang sangat besar. Apakah wang rm100 juta Tian Chua tu tak cukup besar untuk Azmin guna dalam kempen pada kali ini? he he he..

P/s: Jadi pembaca agaklah kann.. Rafizi tu sebenarnya kem mana ya?

McTheory:
Lu pikir la sendiri.. he he

Ahad, 21 November 2010

PEMILIHAN PKR TERUS HURU-HARA!!


KUALA KUBU BHARU Nov. – Proses memilih ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Dewan Merdeka di sini kecoh apabila lebih 100 ahli parti itu bertindak menghalang proses pengundian.

Beberapa ahli PKR Cabang Hulu Selangor yang berkumpul sejak pukul 9 pagi menghalang sebuah kereta yang membawa kertas undi daripada memasuki pekarangan dewan.

Tindakan mereka itu sebagai bantahan kerana pemilihan peringkat cabang itu yang dibatalkan sebelum ini tidak dibuat serentak dengan pengundian MPP hari ini.

Berlaku insiden tolak-menolak dan pertikaman lidah antara kumpulan itu yang diketuai oleh dua calon jawatan ketua cabang, Zahar Rusuli dan S. M. Poobalan dengan beberapa wakil Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) yang menguruskan pengundian berkenaan.

Sebahagian besar daripada mereka yang dilihat memakai lencana tertera gambar calon jawatan Timbalan Presiden, Mustaffa Kamil Ayub berang apabila seorang wakil JPP bertindak mengarahkan mereka pulang jika tidak berminat untuk mengundi sehingga menyebabkan berlaku insiden cabar-mencabar antara kedua-dua kumpulan. Sambung baca sini.

Apa nak jadi dengan puak PKR ni? Pemilihan nak jadi Ketua Cabang, dibuat umpama macam nak jadi menteri. Sanggup kecoh2 pukul2 bising2. Mana akhlak orang PKR ni? Korang bersungguh2 kata PKR ni parti terbaik, PKR kukuh, PKR itu, PKR ini, tapi.. hakikatnya semua orang nampak, PKR ni parti hutan. Huru-hara..

P/s: Hutan biasa la.. siapa kuat dia menang..

Mctheory:
Ditandingi pulak dengan Beruk2.. tu yang kecoh tu..

Jumaat, 19 November 2010

GEMPAR!! SEORANG LAGI SAMAN PKR!!


Nampaknya lepas seorang, seorang lagi mula membuat kacau memporak perandakan parti PKR. Pernahkah kita fikir, kenapa orang2 seperti ini semakin ramai dan semakin hari semakin ramai yang mahu tinggalkan PKR. Apakah ahlul PKR sendiri tak pernah fikir akan semua ini.

Apakah semua yang berlaku ini hanyalah sebabkan UMNO? Ada otak wehh.. tolong la fikir sendiri.


Bekas Timbalan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), P. S. Jenapala hari ini memfailkan saman pemula bagi memohon perisytiharan mahkamah bahawa pemilihan yang dijalankan bagi jawatan timbalan presiden parti itu adalah tidak sah dan terbatal.


Beliau juga memohon perintah injunksi bagi menghalang PKR daripada mengisytiharkan mana-mana calon yang dipilih dalam pemilihan itu bagi jawatan timbalan presiden.


Saman pemula itu difailkan oleh Jenapala melalui firma guaman, Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini pada pukul 4 petang ini.

Khamis, 18 November 2010

ANWAR TETAP KUDAKAN AZMIN DARI BELAKANG!!


1. Saat artikel ini ditulis, AnWAR dikhabarkan masih berada di Australia, tiada ahli keluarga atau PKR yang mengiringi beliau. Atas biaya apa AnWAR di sana? Apakah melalui Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor? ADUN BN Selangor harus menggunakan sidang DUN sekarang untuk menanyakan soalan ini kepada MB Selangor!

2. Kemelut yang melanda PKR kini langsung tidak diendahkan AnWAR. Beliau membisu seribu bahasa mendepani bantahan ahli-ahli PKR sendiri samada secara terbuka atau senyap terhadap diri beliau dan 'perkongsian' istimewa beliau bersama Azmin Ali. Ibarat orang pekak dan bisu, AnWAR diam seribu bahasa terhadap isu ini.

3. Kasihan Saifuddin Nasution, setiausaha agung yang benar-benar mahu mengambil hati AnWAR dengan melaksana apa jua arahan AnWAR biarpun menyerlahkan kebodohan beliau! Jelas Saifuddin nampak letih menjawab semua persoalan di sebalik keraguan terhadap undi yang diperolehi oleh Azmin. AnWAR tetap lepas tangan.

4. Manakala Azizah kekal menjadi Presiden 'boneka', malahan semakin teruk. Boleh disifatkan Azizah kini adalah presiden 'patung' kerana jika boneka beliau masih boleh bergerak. Kini beliau menjadi patung kerana tidak mampu langsung untuk bersuara mengenai kemelut PKR biarpun AnWAR berada di luar negara meninggalkan Azizah di sini!

Selasa, 16 November 2010

PKR MENERUSKAN 'KEINDAHANNYA' DISETIAP CABANG HARI INI!!






Semua Dusta Palsu. Aku tertipu, akhirnya perletakkan jawatan berlaku secara beramai ramai. Inilah akibatnya jika Parti yang di cipta hanya kerana untuk Anwar Ibrahim semata mata Hancur Rebah bila masaalah yang sama juga menghancurkan parti ini.

Cabang Cabang PKR akan melakukan perletakkan jawatan mereka dalam masa terdekat. Kepercayaan kepada Parti PKR nampaknya semakin menghilang.

Apakah ini semua kerja Jahat UMNO?

Anwar Pembohong

P/s: Mungkin ini 'keindahan' yang pak Nasution katakan kot??

Mctheory:
Masih mencari jawapan.. he he he..

ADUH! SI NASUTION BUAT LAWAK LAGI!!

INDAH tak mukanya ini??

Tak payah la kita komen mengenai Zaid yang mengundurkan diri dari PKR. Walaupun beliau sudah mengumumkan untuk berundur, tapi melihat pada gaya beliau, beliau seakan berat hati untuk meninggalkan PKR, mungkin kerana PKR sebelum ini menjanjikan sandaran besar kepada beliau, akhirnya musnah begitu sahaja.

Tapi apa yang lebih menarik perhatian Mc ialah kata2 hikmat si Pak Nasution, yang mengucapkan selamat tinggal kepada Zaid. Baca petikan dibawah.

Saifuddin berkata, keadaan ini terbukti melalui sokongan rakyat terhadap parti itu dalam tiga pilihan raya umum sebelum ini.


Katanya, pada tahun 1999, parti itu mendapat 789 ribu undi, manakala 2004 memperolehi lebih 400 ribu undi, sementara pada 2008, PKR mendapat 1.5 juta undi.


"(Oleh itu) tanpa atau dengan Datuk Zaid Ibrahim, rekod kita itu menceritakan tentang keindahan parti (ini)...Sila daftar (menjadi) ahli parti kami," kata Saifuddin yang disambut dengan ketawa kecil kira-kira 20 pemberita.


Bercakap kepada pemberita selepas sidang medianya di ibu pejabat parti di Petaling Jaya petang ini, Saifuddin berkata, tindakan Zaid untuk berundur daripada PKR juga tidak akan memberikan impak negatif kepada parti itu.


"Anggota akan terus berjuang dengan PKR. Saya ucapkan selamat berjaya (kepada Zaid). Sambung baca SINI

Ayat yang Mc besarkan dan tulisan yang Mc gariskan itu, amat menarik hati. Sejujurnyan Mc amat tertarik dengan KEINDAHAN parti PKR. Tambahan pula diserikan lagi dengan pemilihan cabang dan pusat dengan penuh KEINDAHAN serta PENIPUAN. Mungkin KEINDAHAN parti PKR ini ditokok tambah dengan kerusi2 terbang, meja2 yang bertaburan membuatkan Zaid teruja lalu meninggalkan parti yang serba INDAH ini.

Sesungguhnya KEINDAHAN parti PKR tidak dapat digambarkan, apabila semakin hari, semakin kurang ahlinya. Jika diambil kira jumlah ahli berdasarkan undian semasa pemilihan, maka sudah tentu undian itu sudah termasuk jumlah pengundi hantu yang sudah dicampurkan bagi kemenangan kroni Anwar.

Sememangnya benar kata Pak Nasution, PKR memang penuh dengan KEINDAHAN. Dari pucuk hingga keakar, semuanya INDAH belaka. Tak terucap KEINDAHAN yang terserlah.

Ya betul! INDAHNYA parti PKR ye....

P/s: Sama INDAH apabila melihat muka Saifudin Nasution! kah kah kah...

Mctheory:
INDAH sampai rasa nak terbang2 ja ni...

Isnin, 15 November 2010

FILEM TAMIL TERPANAS!! Kesian kaum india diperbodohkan!




Pemilihan PKR yang kecoh! Anwar mempergunakan kaum india untuk membuat kecoh bila calon pilihanya tewas dalam permilihan.

Mctheory:
Patutnya korang baling Anwar dengan kerusi tu!!

Jumaat, 12 November 2010

LAAA NAK TUBUH PARTI BARU LA PULAK!!


Baru dua tiga lepas Mc dok perli suruh Zaid bukak parti baru. Tiba2 semalam memang benar dia buat kenyataan kalau dia dipecat dia akan tubuhkan parti baru. he he he.. Parti baru untuk parti Keadilan.. Apa agaknya nama parti tu ye? Parti Keadilan Liberal? Atau Parti Demokrasi Keadilan? he he..tah apa2 la si Zaid ni.

"Kalau mereka pecat saya, maka saya kena buat (parti) Keadilan Baru. Takkanlah saya nak pencen dan balik nak jadi peguam, tua dah tak boleh.


"Saya akan teruskan perjuangan. Saya percaya dapat melakukan transformasi politik dengan cara begini.


"Apa yang saya cuba lakukan mungkin tidak berjaya sepenuhnya, tetapi ia memang menjadi hasrat saya dari awal," katanya pada majlis dialog bersama lebih 100 ahli PKR dari kawasan Kedah Tengah di Pejabat PKR Taman Intan di sini. Sambung baca klik SINI

Dengar kata si Zaid ni nak rancang buat demo untuk bantah Majlis Pemilihan PKR nanti. Bagus la tu Zaid, selalu Anwar ajar orang ber'demo' kali ni ko pulak buat demo nak ajar Anwar. he he he.. Pusing sana. pusing sini.. nanti sama2 pening.

Tak payah ko pedulikan PKR lagi, ko keluar parti, tubuh parti baru, lepas tu, parti baru ko tu, hentam aje PKR 24 jam. Sampai Anwar nak kentot pun tak sempat. Bab nak hentam, ko upah la blogger dua, tiga ketul. Janji ko hentam PKR, Mc percaya mesti ramai yang sokong ko. Termasuk Mc sendiri.. he he he..

P/s: kalau ko nak upah blogger tu, jangan lupa yang disini... ha ha ha...

Mctheory:
Kami sokong siapa saja yang hentam Anwar... ha ha ha... hentam politik, bukan hentam belakang weoo.. he he he..

APABILA ADA HANTU DITANGKAP DALAM PEMILIHAN PKR!!


Di atas ialah bukti penipuan dalam pemilihan PKR yang dikatakan Zaid Ibrahim bahawa berlaku penyelewengan menggunakan pengundi hantu . Syabas kepada blog GAP yang mendedahkan gambar ini bagi menunjukkan pihak yang selalu menuduh kerajaan menggunakan pengundi hantu , sekarang ini digunapakai oleh mereka sendiri.


- modus operandi penipuan yang sama di seluruh negara
- 2 digit IC terakhir pengundi di tukar. contoh 05 kepada 50.
- dengan 2 digit IC Nombor di tukar, maka pengundi hantu akan memangkah 2 kali.

Patut lah Zaid dan Mustafa Kamil serta beberapa cabang mahu JPP menangguhkan pemilihan dalam PKR . Jelas sekali, PKR adalah parti pembohong dan cakap tidak serupa bikin .

Kepada penganjur BERSIH 2.0 ... tunggu apa lagi , pergi lah berdemo depan pejabat PKR dan bantah penipuan dalam pemilihan PKR ini !


Sumber Pejuang Bangsa

Dok kata dah.. puak Anwar ni memang pakar dalam bidang buat pengundi hantu ni. Dulu dia la perancang dan punya pengundi hantu, lani dalam parti sendiri pun dia cuba buat perkara yang sama. Sekarang ni, semua orang dah nampak, apa itu parti PKR. Sendiri mau ingat laaa...

P/s: apa kata, orang2 PKR panggil bomoh penghalau hantu, atau dukun jawa untuk menangkap hantu2 ni. he he he..

Mctheory:
Kepala pun serupa hantu, mau anak buah tak jadi hantu.

Khamis, 11 November 2010

MAHUKAH ANWAR BERTANDING DENGAN ZAID DALAM PEMILIHAN PKR!!


Keadaan makin panas, apabila hari ini Zul Nordin mencabar Anwar untuk bertanding dengan Zaid dalam majlis pimpinan pusat.

Anggota Parlimen Bebas kawasan Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Nordin hari ini mencadangkan supaya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding menentang Datuk Zaid Ibrahim dalam pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu.


Zulkifli berkata, Anwar wajar menyahut cabaran itu sekiranya beliau benar-benar mengamalkan prinsip demokrasi seperti yang sering diperkatakan dan menyerahkannya kepada anggota parti untuk membuat keputusan.


"Dia (Anwar) cakap mengamalkan demokrasi, bertanding tidak tetapi hendak jadi ketua. Sepanjang yang saya kenal dia (Anwar)... dia adalah seorang yang ego dan tidak boleh ditegur.


"Saya cabar Anwar lawan Zaid kalau berani satu lawan satu, kalau anak jantan lawan... kita tengok siapa yang akan menang, tetapi terlebih dulu senarai ahli untuk mengundi perlu dibersihkan daripada sebarang penyelewengan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini.


Zulkifli turut mendakwa Ketua Pembangkang itu tidak mengamalkan prinsip demokrasi kerana memegang jawatan dalam parti tanpa perlu melalui sebarang pemilihan. - Bernama

Mahukah seorang yang pengecut dan hipokrit macam anwar nak bertanding? Dia mahukan demokrasi, tapi parti yang dia perjuangkan pun tak amalkan demokrasi.

Dia melantik dirinya sendiri, tanpa bertanding dalam proses pemilihan.

P/s: apa yang dia perjuangkan sebenarnya?? wujudnya dia hanya tahu menipu.

Mctheory:
PKR tiada makna baginya.. dia hanya nak berkuasa.. itu saja.