Sponsor

Memaparkan catatan dengan label pemuda umno lembik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pemuda umno lembik. Papar semua catatan

Selasa, 27 Ogos 2013

HOT! Pemuda UMNO Sekarang Dah Tak 'Bertelur' Macam Dulu!! @KhairyKJ #PemilihanUMNO

Ada yang layak ke ni?

Walaupun kita dah nak masuk bulan September, tapi Mc tak rasa langsung bahang pemilihan untuk Pemuda UMNO Malaysia. Tak kisah la peringkat mana pun, malah sampai sekarang masih tidak ada orang berani nak cabar KJ. Mc tau KJ sekarang Menteri KBS, dan popularitinya sedang naik.

Tapi dia pun tak sempurna, masih banyak kelemahan pada Pemuda UMNO. Mc tak rasa KJ mampu membaiki kelemahan pada Pemuda UMNO, sebab kalau dia mampu, dah lama KJ buat.

Perkara yang Pemuda UMNO sekarang, tak mampu buat,

Pertama. Untuk tarik sokongan orang muda bersama UMNO. Bukan sebagai ahli parti, tapi sebagai penyokong. Ada ke? Berapa kerat?

Kedua. Menangkan saluran orang muda untuk bantu BN menang pada PRU ke14. Sebab PRU ke 13 kita ditolak!

Ketiga. Pemuda UMNO kalahkan Pemuda Dap untuk mendaftarkan belia sebagai pengundi baru. Sedangkan masih 1 juta belia melayu masih belum daftar. Belia cina, Pemuda Dap sapu bersih!!

Keempat. Pemuda UMNO sekarang masih gagal membawa masuk belia sebagai ahli UMNO. Terlalu banyak sebab dan remeh untuk golongan pemuda profesional sertai UMNO.

Kelima. Tiada seorang pun Pemuda UMNO yang mampu jadi hero bagi menyelesaikan masalah sosial, bila ada masalah melibatkan belia.

Contoh, masalah rempit, pernah tengok Pemuda UMNO turun padang meninjau masalah? Bukan untuk lakukan tugas polis, tapi untuk ambil berat, dengar suara mereka, dengar apa yang mereka nak.

Kalau tak berani turun jumpa budak rempit, Pemuda boleh turun ke shopping mall untuk dekati golongan remaja di sana. Macam-macam masalah ada, dekati dan ambil tahu. Barulah mereka ini akan kenal Pemuda UMNO sebagai satu entiti yang sememangnya mahu menjaga mereka.

Ini tidak, bila jadi Ketua Pemuda UMNO Cawangan atau Bahagian. Kembang dada, dongak muka rasa diri bagus.

Apa layaknya kita sebagai Ketua Pemuda disesuatu kawasan, kalau pemuda-pemuda di kampung tu, kenal dan baik dengan kita pun tak. Ketua Pemuda yang 'syok' sendiri ke?

Setiap tahun akan ada pengundi baru yang layak di daftar. Pemuda Dap tekad mendaftarkan semua belia cina yang akan jadi pengundi baru. Pemuda UMNO tekad apa? Tekad untuk kenyangkan perut atau kayakan poket sendiri?

Maaflah pada yang terasa, bukan semua Pemuda UMNO tak boleh buat kerja. Tapi terlalu ramai yang duduk sebagai Ketua Pemuda UMNO di mana-mana bahagian hanya untuk buat duit saja.

Sikit-sikit cukuplah, ingat tanggung jawab yang diberikan. Seimbangkan diantara 'bussines' dan 'politik' Mc bukan mengajar, tapi itu hakikatnya. Itu pun kalau kita nak UMNO masih jadi kerajaan Malaysia la.. kalau taknak, dan nak rasa jadi pembangkang, teruskan dengan apa yang ada sekarang. Insyallah lagi 10 tahun kita akan jadi pembangkang.

Bukan tak boleh nak berniaga atau cari duit. Tengok macam KJ, zaman Tun Lah jadi PM dulu, dia buat duit sungguh-sungguh, sapu habis. Sekarang ni dah senang, baru buat kerja Ketua Pemuda, walaupun macam berlakon. Lepas tu  di lantik jadi menteri lagi, itu satu contoh yang baik.

Mc cuma nak Ingatkan Pemuda UMNO, sebab kita hanya 'banyak' menang di saluran 1 dan 2 sahaja (saluran warga emas). Tolong buat kerja 'bertelur' sikit untuk bantu UMNO menang di Dun dan Parlimen. Kalau rasa tak mampu, letak jawatan!

Kalau dulu orang dengar nama 'Pemuda UMNO' pun dah ketar lutut. Sekarang ni, orang tertanya-tanya, masih ada ke Pemuda UMNO?


McTheory:
Masih ada.. tapi dah takdak teloq, harimau sarkas!! he he..

Khamis, 10 Mac 2011

Mctheory!! KENAPA ORANG BENCI UMNO?? why? why?



Tajuk yang selalu di utarakan di blog-blog puak pembangkang. Kali ni Mc nak menaip mengikut pengalaman dan fikiran Mc. Pada asalnya UMNO adalah nama yang sangat besar dalam kehidupan orang melayu, nama yang semua melayu akan sanjung hingga menjadi sebati dengan kehidupan. Tapi apabila orang-orang dalam UMNO sendiri yang membusukkan nama UMNO, maka ramai melayu terasa diri mereka dipergunakan, diperbodohkan dan dipermain-mainkan.

Rabu, 22 September 2010

KETUA PEMUDA SELANGOR TIDAK MENGHORMATI DS NAJIB??

Suhaimi Doraemon!! busuk punya orang!!

Isnin malam berlangsung majlis sambutan hari raya Umno Selangor di seksyen 20 Shah Alam.

PM Datuk Seri Najib selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri serta barisan kepimpinan Umno serta BN dan juga wakil-wakil rakyat Selangor dan beberapa pemimpin pusat turut sama meluangkan masanya untuk bersama rakyat Selangor. Yang menjadi persoalan dan buah mulut dikalangan ahli-ahli Umno sekarang ialah ke mana hilangnya Ketua Pemuda Umno negeri dan beberapa lagi ketua pemuda bahagian dalam majlis malam tadi?

Selaku Ketua Pemuda Negeri sepatutnya Suhaimi wajib ada di sana semalam. Ini kerana majlis tersebut adalah majlis peringkat negeri. Jika PM yang sentiasa sibuk 24 jam sehari sanggup meluangkan masanya, mengapa seorang ketua pemuda yang tidak memegang apa-apa jawatan lain selain jawatan tersebut tidak boleh meluangkan masanya.

Ini menunjukan sikap kurang ajar ketua pemuda negeri. Sudah banyak kali manusia yang bernama Suhaimi ini menunjukkan sikap kurang ajarnya. Sebelum ini dia juga sering gagal hadir mesyuarat perhubungan negeri dan juga mesyuarat pengurusan.

Disuruh letak jawatan dia tidak mahu, pegang jawatan dia tidak buat kerja. Semuanya nak menyusahkan kerja-kerja untuk menawan kembali Selangor. Oleh yang demikian kami merasakan jalan terbaik untuk menyingkirkan manusia ini ialah, ahli-ahli Pemuda Umno Selangor harus bangkit dan ‘sembelih’ sahaja manusia ini sebelum dia menyusahkan lebih ramai orang dan juga Umno serta BN. - Selangor Daily

Pemuda UMNO sekarang sudah lebih sudu dari kuah. Pemuda UMNO sekarang dianggap tidak membantu parti langsung. Kalau dulu 'pemuda harapan bangsa' sekarang ni, tema dah tukar, 'pemuda haram nak harap'. Suruh kempen malas, alasan itu, alasan ini. Suruh kerja malas, salah itu salah ini. Apa yang mereka tahu? Habiskan duit rakyat!! Menghabiskan beras!!

Korang dah la tak bekerja apa-apa pun, penganggur, tapi naik kereta besar-besar, mana agaknya dapat duit tu? Korang jangan ingat rakyat tak tahu. Hantarkan aje si Suhaimi, KJ and the geng ni duduk mana-mana pulau, buat semak Malaysia je la.

P/s: Pemuda UMNO sekarang ni dah macam 'puki ayam' tau dak!! Langsung tarak guna!!

MctHeory:
Campak aje vest korang tue dalam longkang!

Selasa, 1 Disember 2009

Pemuda UMNO dalam di lema!

Pemuda UMNO, pada suatu ketika dahulu 1 nama besar yang melambangkan semangat pemuda-pemuda Melayu Islam yang berkobar menuntut kemajuan Islam, kemajuan bangsa dan kemajuan ekonomi bangsa. Setiap pemuda Melayu yang menjadi ahli pemuda UMNO, merasakan diri mereka sebagai wakil pemuda di tempat mereka. Jika ada majlis-majlis kenduri atau kemasyarakatan, ahli-ahli pemuda UMNO inilah yang akan turun membantu, yang akan turun memecah peluh mereka ketanah untuk bergotong royong bersama-sama penduduk. Rukun tetangga, Ajk surau dan ahli jkkk boleh di katakan semuanya terdiri oleh Pemuda-pemuda UMNO. Pemuda UMNO pembela nasib Melayu! pemuda UMNO perisai harapan Melayu dan negara Bangga aku jadi Pemuda UMNO!

tapi kini?

Semua yang di atas dah makin pupus, dah jadi kenangan. walaupun masih ada, tapi yang tinggal hanyalah berapa kerat sahaja. Sekarang menjadi Ahli Pemuda UMNO tidak lagi boleh di banggakan, bukan lagi hero bangsa yang tinggal cuma nama sahaja. Diharap jangan jadi kenangan ataupun sejarah sudahlah. Di Johor, bahagian UMNO, pemuda UMNO dan cawangan-cawangannya masih berfungsi dengan baik. tapi di negeri-negeri lain, kebanyakkannya haru biru. Bukanlah semua, tapi kebanyakkan ok. Ambil peta Malaysia, pejam mata dan tunjuk keatas peta tu pasti ada bahagian dan cawangan UMNO. tapi adakah dia berfungsi? adakah pemudanya buat kerja? siapa yang pantau? kalau ketuanya sibuk buat duit! geng-geng yang di lantik terdiri dari kroni, macamana kerja nak jalan? Kita kat bawah ni buat kerja mati-mati berperang dengan pembangkang, yang ketua kita kat atas dok sibuk duit sana sini. Pada ahli-ahli UMNO yang sedar diri, pada pemuda-pemuda UMNO yang baca blog aku ni, aku minta kita kembalikan zaman kegemilangan pemuda UMNO, zaman kegemilangan UMNO. Terbitkan rasa gerun dan gentar keatas pihak lawan bila dengar nama Pemuda UMNO. bukannya macam sekarang, orang nak ajak buat demo, kena gertak sikit dah melompat, dah menikus, buat malu kaum je. alahailah Pemuda UMNO.