Sponsor

Memaparkan catatan dengan label prkampus uum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label prkampus uum. Papar semua catatan

Rabu, 19 September 2012

GEMPAR!! Kumpulan Penentang Tarik Diri di Pilihanraya Kampus UUM??

Transformasi Mahasiswa UUM harini mengumumkan bahawa
mereka tidak akan menghantar calon untuk PRK kali ini. 
  
Ibarat dalam mimpi, namun apakah motif mereka yang
sebenar? Tidak menghantar calon Transformasi Mahasiswa tetapi mungkinkah atas tiket
calon Pro-Mahasiswa? Nak tumpang populariti atau bagaimana?


Andaian MU, rakan-rakan Transformasi Mahasiswa sudah gentar dengan gelombang Perubahan yang membawa aspirasi mahasiswa di blog Mahasiswa Utara

Benarkan salah satu kumpulan penentang telah menarik diri, atau ia hanya taktik puak Pro-M yang mahu mengalih tumpuan Pro-Aspirasi Mahasiswa dari terus menguasai pelajar dengan Aspirasi mahasiswa sebenar. Bukannya macam Pro-M, yang benar-benar bertindak secara militan pembangkang!

PANASS!! Perjuangan Pro Aspirasi Mahasiswa Menentang Pro-Militan di UUM!! #AspirasiMahasiswa



Mulai dari hari ni, hingga ke 25hb September. Mc akan melaporkan kisah apa yang sedang berlaku di dalam UUM. Tahukah anda, setiap IPTA di Malaysia sedang dilanda demam Pilihanraya Kampus. Persaingan diantara Suara Sebenar Mahasiswa, kumpulan Aspirasi Mahasiswa dan Pro-M, iaitu Pro-Militan Pembangkang yang selalu membawa suara sumbang pembangkang dan membuat kerja kotor bagi pihak puak pembangkang didalam kampus.

Sebenarnya, saingan agak sengit di Universiti-Universiti sekitar Lembah Kelang, seperti UM, UKM, UIA dan UiTM. Malah di UPSI tempat Adam 'mahasewel' Adli belajar pun dijangka sengit dengan tentangan dan campur tangan orang luar.

Sebab itu kali ni Mc dan rakan-rakan yang lain memberi tumpuan khusus untuk Pilihanraya kampus untuk kali ini. Malah Mc lebih memberi tumpuan kepada UUM. Universiti di hujung Utara Malaysia. Mc dapat jangkakan saingan agak sengit. Pemegang kuasa pelajar di UUM sekarang ialah pro Aspirasi Mahasiswa, namun Mc diberitahu, Pro-M telah memulakan gerak lebih awal untuk menghasut pelajar.

Apa akan jadi pada Pilihanraya Kampus kali ini, apakah Aspirasi Mahasiswa dapat mengekalkan penguasaannya terhadap pelajar UUM. Atau Pro-M yang berjaya mengalahkan Aspirasi Mahasiswa buat julung-julungnya pada kali ini. Harap-harap jangan la ya!

Untuk mengikuti perkembangan mengenai Pilihanraya Kampus di UUM, Mc beri anda rujukan, anda boleh lawati blog rasmi Aspirasi Mahasiswa UUM, blog Perubahan UUM dan blog Mahasiswa Utara. Bersama-samalah kita memberi perhatian apa yang berlaku didalam kampus Universiti anak-anak kita. Apakah mereka pergi belajar, atau dijadikan boneka untuk perjuangan orang lain.


McTheory:
Aspirasi Mahasiswa menolak perjuangan keras ala militan pembangkang!!