Memaparkan catatan dengan label sultan kedah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sultan kedah. Papar semua catatan
Ahad, 2 Jun 2013
PANASS!! Rombongan Pemangku Sultan Kedah Di Serang!!
ALOR SETAR: Serangan ke atas seorang anggota rombongan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah di Phuket, Thailand Rabu lepas, bermotifkan rompakan dan bukan ancaman terhadap Tunku Annuar atau anggota rombongan lain.
Ketua Setiausaha Sulit Sultan Kedah Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah berkata, perkara itu dimaklumkan polis Thailand hasil siasatan awal.
"Siasatan awal polis Thailand mendapati insiden ini ada kaitan dengan sindiket mencuri pasport kerana harga pasaran pasport haram adalah tinggi," katanya dalam kenyataan, di sini Sabtu.
"Tunku Annuar yang juga Tunku Bendahara Kedah turut mengesahkan sepanjang percutian ke Phuket mulai 27 hingga 30 Mei lepas tidak menghadapi apa-apa masalah dan berjalan dengan lancar," katanya lagi.
Menurut beliau, pada malam kejadian Pembantu Khas Tunku Annuar, Mohd Sobri Said yang pulang ke biliknya di sebuah hotel mendapati ada empat individu di dalam bilik itu yang kemudian bertindak menyerangnya.
Mereka kemudian merampas pasport Malaysia beliau, telefon bimbit dan dompetnya tetapi tidak mengambil barangan lain, kata Syed Unan.
Media pada Sabtu melaporkan polis Thailand menahan dua lelaki rakyat Malaysia berumur 40-an bagi membantu siasatan kes tersebut.
Turut ditahan isteri mereka serta seorang rakyat Thailand. - BERNAMA
Jumaat, 15 Februari 2013
PANASS!! Anak Sultan Kedah Kena Tangkap?
Ohh, bukan anak Sultan Kedah yang betul, yang kena tangkap ni sebenarnya pemyamar. Gara-gara mendakwa dirinya putera kepada Sultan Kedah, seorang pesawah padi didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas 13 pertuduhan memperdaya seorang pegawai bank tahun lalu.
Bagaimanapun, Mohd. Aszuraidi Abd. Aziz, 31, mengaku tidak bersalah ke atas semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mohd. Azlan Shah Mohd. Alias.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa telah memperdaya seorang pegawai bank, Akbar Mohamad, 53, antara 8 Ogos hingga 27 November tahun lalu di Taman Istimewa Pandan di sini dengan mengaku dirinya anak kepada Sultan Kedah dan mempunyai banyak harta di bawah nama ‘ayahandanya’ itu.
Tertuduh yang berasal dari Alor Setar, Kedah mendakwa mahu membuat urusan penukaran nama harta Sultan Kedah kepada namanya dan memerlukan sejumlah wang untuk tujuan itu.
Dia kemudian berjumpa dengan mangsa dan melakukan penipuan hingga mendorong pegawai bank berkenaan menyerahkan wang kepadanya secara berperingkat-peringkat yang keseluruhannya berjumlah RM1,898.
Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan penjara antara setahun hingga 10 tahun dan sebat serta sebatan bagi setiap pertuduhan.
Mohd. Azlan Shah Mohd. Alias kemudian memerintahkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM30,000.
Bagaimanapun, tertuduh gagal membayar jaminan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd. Afif Ali dan Khazrin Haffiz Khalil manakala tertuduh tidak diwakili peguam dan kes akan disebut semula pada 6 Mac ini.
Termasuk si mamat ni, dah banyak kali orang menyamar jadi anak Sultan Kedah. Kenapa agaknya? Mungkin sebab anak Sultan Kedah orang tak kenal? Sebab tu banyak penyamarnya.
Cuma, untuk hidup senang, manusia sanggup buat apa saja. Termasuklah menipu! Dunia-dunia..
McTheory:
Contoh terbaik, Anwar Ibrahim, menipu untuk berkuasa!
Langgan:
Ulasan (Atom)

