Sponsor

Memaparkan catatan dengan label sultan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sultan. Papar semua catatan

Jumaat, 18 Mac 2011

PANAS!! CERITA ALKISAH TAMPARAN SULTAN JOHOR!! terima atau tolak?


tempat kejadian
 Ceritanya begini, sewaktu Mc sedang bersiar-siar di sebuah kompleks beli-belah yang terbaru di JB (Kompleks KSL). Mc ada melihat kekecohan di pintu utama Kompleks terbabit. Ingat ada kes rompak ke, ragut ke, Mc pun dengan niat yang prihatin bertanyakan kepada seorang pemuda yang kebetulan berada disebelah Mc.

"Assalammualaikum bro, apa cerita ni, macam kecoh je?" dengan muka selamber Mc bertanya.

"Waalaikumsalam, oohh tuu, Pak Guard Myanmar tu, kurang ajar dengan Baginda Sultan, kena penampar tadi". Ujar Pemuda tu sambil menghisap rokok.

"ishh.. Yeke, apa yang dia buat sampai kena tampar" Mc tanya lagi.

"Dia marah dan larang, Baginda Sultan dari parking motor kat area depan tu, Tadi Tuanku Sultan Ibrahim bersama rombongan motor besar tuanku, datang nak parking motor kat depan tu, tapi si Myanmar ni halau, dah terangkan banyak kali kat dia kata, kata yang nak parking ni ialah Sultan Ibrahim iaitu Tuanku Sultan Johor, tapi si mangkuk Myanmar ni masih bising-bising dan berdegil, lalu Tuanku Sultan, murka turun motor dan terus menampar si mangkuk Myanmar tu..he he padan muka, bukan senang nak kena penampar Sultan". Terang Pemuda tadi sambil tersengih-sengih.

"ohh.. patutla kecoh benar jadinya". Sambil Mc mengangguk faham kejadian sebenar.

Pada masa itu, pengurusan KSL masih lagi berada disana untuk memohon maaf kepada wakil Sultan. Sebenarnya semasa Mc tiba tadi, Tuanku Sultan sudah tidak ada lagi disitu, cuma tinggal beberapa orang dan pengurusan KSL saja yang nampak macam sedang berbincang.

Mc terpandang seorang Auntie berbangsa cina, sedang marah-marah. Lalu Mc pun dengan sifat ingin tahu bertanya pula pada auntie tu.

"Sorry Auntie, kenapa ni marah-marah?" Mc bertanya dengan sifat ingin tahu.

Dengan mata sambil terbeliak. Auntie tu jawab. "Itu olang, mana boleh ini mmaciam, tampa olang suka hatie.. lia ingat lia sapa?"

Mc terdiam, lalu Mc cuba bersuara. "Auntie, lu kenal ka itu orang siapa?. Itu Sultan Johor auntie, dia cuba marah Sultan, memang patut pun dia kena tampar". Itu pendapat Mc.

Muka auntie tadi makin merah. "Lu pun, banyak bodoh pun olang, itu olang pun makan nasi punya, lu pun makan nasi punya, lia mana ada hak mau tampa orang sukak-sukak hatie maciam itu". Auntie tadi buat muka tak puas hati.

Mc cuba terangkan lagi. "Auntie, jika budak Myanmar tu, bertanya dengan sopan dan baik-baik, mungkin dia takkan ditampar, tapi dia kurang ajar dengan Sultan, memang patutla dia kena. Lagipun, kita ni berada ditanah Jajahan Sultan Johor, Johor ni Sultan Ibrahim yang punya. Jadi kalau lu tak suka duduk sini, lu boleh pindah Singapore ke atau mana-mana ke".

"Lu olang melayu, banyak kuat sokong kirajaan punya. Kirajaan pun manyak bantu olang melayu, tapi cina, kirajaan takmau tolong, sikit-sikit duit, semua kasi melayu. Sebab itu sikalang, cina sudah takmau sokong ini kirajaan". Terang auntie tu dengan nada yang tak puas hati.

Mc balas balik, "lu ada MCA, ada Gerakan, diorang pun selalu bantu kaum cina, lu tak payah takut, kerajaan bantu semua, lu orang yang salah faham". Kata Mc untuk yakinkan dia.

Auntie tu balas balik, "Itu MCA lan(dan) Gerakan, talak guna punyer..mala ala bantu kite, lia cumer bantu senlili(sendiri) punye olang saje. Itu lua pun sokong kirajaan, talak bantu ciner, bantu bumiputela saja. Sikalang ha, ciner semua sokong Dap, roket punyer, mau kasi buang itu bumiputela, kasi semua sama lata". sambil buat muka bangga. Lalu Mc pun melangkah pergi sambil hangin satu badan.

Aduh! dari kisah Sultan dah masuk politik, Mc pun dah malas nak layan auntie ni, lama-lama layan kang masuk selipar Mc kat dalam mulut auntie ni. Dah tu cara dia bercakap memang betul-betul kurang ajar. Mc dah memang hangin satu badan dah ni.

Mengigil juga badan Mc menahan marah kat auntie tadi, kalau bukan disebabkan auntie tadi dah tua dan dia pulak perempuan, nak aje Mc tampar. Kalau kita cuba terangkan soal perjanjian kontrak ke, perjanjian masa merdeka dulu ke, orang macam ni takkan faham. Mereka tetap dengan pendirian mereka.

Dap dah racun minda mereka dengan mengatakan kerajaan sekarang tak jaga cina, cuma jaga melayu saja. Sebab tu cina yang nak menentang kerajaan dan hapuskan kuota bumiputra akan menyokong Dap, malangnya ada diantara kita kaum melayu yang sanggup jadi barua Dap, semata-mata untuk kuasa politik.

Dap hanya berlakon baik didepan Pas dan Pkr. Berpelukkan sesama mereka bagaikan saudara. Tapi dibelakang Pas dan Pkr, Dap menyucuk kaum-kaum cina supaya membenci kerajaan sekaligus membenci kaum melayu yang menyokong kerajaan. Apakah nasib kita kalau orang seperti ini memerintah? Mampukah Pas dan Pkr menghalang kemaraan Dap selain dari BN dan UMNO?

Selama ini pun Pas dan Pkr hanya jadi pak turut dalam Pakatan, jika mereka ini jadi kerajaan, Mc percaya, Dap yang akan berkuasa, Pas dan Pkr, hanya jadi kuda, tunggangan bagi mereka terus berkuasa. Jika semua ini berlaku, nescaya habisla kita orang Melayu, akan merempat dinegara sendiri.

Berbalik pada cerita Tuanku Sultan Johor, Mc menyokong Tuanku Sultan menampar si Myanmar bodoh tadi, kerana Myanmar tu kurang ajar dan memang patut diajar cara bersopan, lebih-lebih lagi dengan pemerintah kuasa melayu.

Moga kedaulatan Sultan Melayu terus dijaga, DAULAT TUANKU!!

P/s: tak semua cina jahat, tapi ramai yang tamak!!

Mctheory:
Kalau Pakatan Dap memerintah, nescaya Sultan Melayu akan hanya tinggal dalam lipatan sejarah.

Selasa, 12 Oktober 2010

DAHSYAT!! PENYEBARAN CERITA BURUK MENGENAI SULTAN MELAYU!!


Lepas satu cerita, timbul pulak satu cerita. Sebelum ni muncul fitnah terhadap Ds Najib, kini penyebaran fitnah makin dahsyat apabila berani menimbulkan syakwasangka dan rasa benci pada Sultan Melayu di Malaysia. Mc faham, ada puak yang sememangnya tak suka dengan golongan Istana, ada pulak langsung tidak menghormati Sultan-Sultan Melayu ni.

Kalau bangsa lain buat cerita buruk mengenai Sultan dan Raja Raja Melayu, mungkin kita rasa panas, tapi biasalah.. mereka memang kurang menghormati Sultan. Tapi cerita ni dibawa oleh orang melayu sendiri. Pada mulanya ia hanya khabar angin, tapi bila selalu menjadi cakap-cakap orang, berita yang negatif ni mudah dipercayai oleh orang-orang kita. Takut pula ia menjadi fahaman pulak.

Mamat yang menyampai kat Mc ni, memang orang Pas, dia kerja dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri Selangor (bawah kerajaan Selangor), namanya Hanip, kalau nak tangkap atau nak pegang soal siasat tangkap aje mamat ni.

Cerita yang dia bawak memang panas, memang satu fitnah besar. Tapi dia cakap cerita ni dah tersebar dikalangan orang Pas dan orang-orang tertentu.

Dikatakan Raja dan Sultan Melayu di Malaysia ni tidak bersifat Islamik, maknanya gaya dan cara hidup Sultan sekarang, tidak mengikut cara Islam.

Dikatakan juga tiap-tiap Istana Sultan mempunyai Bar (koleksi arak) untuk diminum, bukan hanya didalam Istana, didalam kereta pun ada. Sultan-Sultan ni tak pernah sembahyang, atau jarang sembahyang. Tuduhan dan fitnah yang dibuat ni, kepada semua Tuanku Sultan di Malaysia, tetapi tidak di Kelantan. Kerana difahamkan Tuanku Sultan Kelantan, gaya hidupnya cara Islam dan mendapat nasihat N.ajis.

Mc ada tanya dia, mana dia tahu cerita ni, dia dengan penuh yakin dan berlagak, memberitahu bahawa kawan dia rapat dengan golongan Istana, sebab tu dia tahu semua pasal Istana. Mc cuba ingatkan mamat ni, kalau cerita ni tak betul, atau ini hanya fitnah untuk mengurangkan rasa hormat kaum melayu pada Sultannya macam mana?

Mamat sekor ni jawab, kawan dia tu tak pernah tipu. Alim orangnya, takkan orang alim nak menipu.

Mc tanya lagi, "Sultan yang ko maksudkan ni, termasuk Tuanku Sultan Kedah ke? Kalau ko kata Tuanku Sultan Kedah ada Bar dalam Istananya, ko betul-betul menipu dan ini fitnah besar".

"Mana ko tahu benda ni fitnah??, ko pernah masuk Istana ke?" Mamat sekor ni balas balik.

"Pernah, banyak kali, Istana Anak Bukit la (Istana Sultan Kedah), Istana lain aku tak pernah".

"Ko masuk buat apa"

"Dulu pihak Istana selalu buat jamuan dan ayah aku orang yang terbabit dalam jamuan tu, tak pernah pulak aku nampak bar arak, malahan nenek aku dulu salah seorang daripada tukang masak Istana, Tukang masak Tuanku Sultan Halim, nenek aku selalu memuji-muji Tuanku Sultan sebagai Sultan yang sangat baik hati, tak pernah cerita buruk yang aku dengar, sebab tu aku kata ko menipu dan semua yang ko cerita ni fitnah."

Mc sambung lagi, lain kali bila dengar cerita yang pelik-pelik dan tidak pasti dengan kesahihhannya, jangan mudah percaya. Jika mudah percaya, kita akan anggap cerita ini sebagai berita benar dan sebarkan kepada orang lain pulak. Lama kelamaan, bila sudah ramai yang tahu cerita macam ni, ia akan menerbitkan bibit-bibit kebencian pada Sultan Melayu di Malaysia.

Kalau kita tak percaya, cerita macam ni akan berhenti dengan sendirinya. Orang yang buat cerita ni, memang berniat jahat, kalau boleh tangkap orang yang buat fitnah macam ni, lagi bagus.

Pasal mamat sekor yang Mc ceritakan tadi tu, akhirnya dia akur bahawa cerita pasal Sultan Melayu, tidak betul dan satu pembohongan. Cuma bila Mc tanya pada siapa dia dengar cerita ni, dia tetap taknak beritahu. Kawan katanya. Lantak dia lah.. tu dia punya hal.

Nampaknya tak habis-habis cubaan jahat untuk menjahanamkan imej Sultan. Apa yang mereka dapat bila orang melayu sendiri sudah tidak hormatkan Sultannya?? Mereka nak jadikan Malaysia sebagai negara republik? Ini cita-cita puak jahat Pakatan Haram.

P/s: Kalau tak suka kaum Melayu pun, Janganlah Sultan Melayu pulak difitnahnya...

Mctheory:
Raja Adil Raja Di Sembah!! Daulat Tuanku!!