Sponsor

Memaparkan catatan dengan label tian chua. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tian chua. Papar semua catatan

Rabu, 7 Mei 2014

HOT!! Tian Chua Kecewa Pada Polis?


Ahli Parlimen Batu, Tian Chua meluahkan kekecewaan beliau terhadap tindakan pihak polis dan menuduh pasukan keselamatan itu sebagai berat sebelah dalam menangani kes melibatkan isu jenayah.

Tian Chua menuduh pihak polis tidak memandang serius berhubung kejadian tembak melibatkan aktivis mahupun masyarakat yang tidak menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Saya ingin mengatakan kekecewaan saya terhadap pihak polis apabila melibatkan orang awam atau aktivis-aktivis bukan kerajaan ia seolah-olah tidak di ambil serius. Tetapi apabila laporan polis dibuat oleh pihak yang menyebelahi kerajaan, siasatan akan diambil malah dakwaan di ambil secara cepat. Ini menunjukkan ada pilih kasihnya bila pihak polis menangani sesuatu kes," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam satu sidang media bersama Pengerusi MyWatch R.Sri Sanjeevan di Restoran Media berhampiran Ibupejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR). Hadir sama Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin.

Dalam masa sama Sanjeevan ketika menceritakan kronologi malang yang menimpa dirinya turut berharap agar pihak polis tidak lagi berdolak dalih ketika menjalankan siasatan.

"Saya ditembak 27 Julai tahun lalu dan berada dalam keadaan koma di hospital. Saya percaya ia kerana saya mendedahkan isu jenayah dan sindiket dadah yang didalangi seorang pegawai polis di Negeri Sembilan dan Melaka. Julai tahun lalu Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid berjanji untuk bekerjasama dengan MyWatch namun tiada sebarang tindakan di ambil.

"Dua hari lepas saya terima 3 butir peluru hidup 9mm di peti surat rumah saya di Bahau, saya bersyukur kerana tiada perkara malang berlaku, saya sudah membuat laporan polis dan berharap jangan berdolak dalih lagi.

"Jika kita lihat kejadian sebegini berlaku kepada angggota atau mereka yang menyebelahi BN atau kerajaan, tindakan segera di ambil. Kes tembak yang nyaris meragut nyawa saya tidak disiasat. Malah saya masih tak tahu siapa pegawai penyiasat dalam kes saya. Saya tidak tahu langsung perkembangan di dalam kes saya.

"Kalau nak bukti saya sudah beri bukti seorang pengedar dadah mengaku bahawa beliau mengedar dadah tetapi ia didalangi oleh seorang pegawai kanan polis di Negeri Sembilan, dia (pengedar dadah) mengaku dalam rakaman video yang disiarkan FMT tahun lalu," katanya.

Tengok video dibawah, Tian Chua pertikai polis,



Sementara Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin pula membuat kesimpulan bahawa pasukan polis tidak menjalankan tugas dengan pantas.

"Ini adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. Selepas 6 bulan ia masih dalam siasatan. Saya rasa kita boleh membuat kesimpulan bahawa polis menjalankan tugas dengan lembab sekali. Saya minta polis tidak beri alasan lagi dan buat tangkapan sekarang juga," katanya.


P/s: Rasanya.. siapa agaknya mereka ni yang berani nak mempertikaikan polis? Sendiri pun macam perangai penjenayah kan?

Khamis, 3 November 2011

TERGOLEK !!! TIAN CHUA SUDAH MATI AKAL!!!







Nampaknya pembangkang sudah mati akal untuk menghentam Kerajaan Barisan Nasional dengan membawa usul mahu gaji PM di potong sebanyak RM22,826.65 atau sebulan gaji..mereka juga meminta Ds Najib melepaskan jawatan Menteri kewangan kerana berlakunya ketirisan dan keborosan dalam perbelanjaan negara..

Usul itu dikemukakan Tian Chua (PKR-Batu) kononnya mengambil kira tiga aspek iaitu kegagalan urus tadbir dan ekonomi, kejatuhan imej negara dan budaya fitnah berleluasa yang berlaku di bawah pentadbiran Najib.

Selasa, 24 Mei 2011

TERKEHEL!! KENAPA KERUSI PARLIMEN BATU MASIH BELUM DI UMUMKAN KOSONG??



Ekoran rayuan Chua Tian Chang (Tian Chua) terhadap hukuman mahkamah tinggi pada pertengahan jun tahun lalu ditolak mahkamah, maka statusnya sebagai MP sepatutnya terlucut dengan sendirinya.

Tian chua didenda RM 2,000 atau dua bulan penjara, kerana satu kesalahan menggigit telinga seorang anggota polis pada tahun 2007.

Mengulas mengenai hukuman terhadap Tian Chua itu, Karpal Singh yang juga seorang peguam berkata, kedudukkan Tian Chua akan gugur secara automatik sebagai wakil rakyat, jika tidak merayu dalam tempoh 14 hari selepas hukuman itu dijatuhkan.

Alasan yang diberikan oleh mahkamah rayuan, Tian Chua gagal mengemukan rayuan seperti mana yang dibenarkan undang-undang, iaitu 14 hari. Bacaan selanjutnya boleh baca di sini.

Sepatutnya Tian Chua yang anti Melayu ni sudah terlucut status MPnya. Kenapa pihak SPR masih lagi berdiam diri dan tidak mengumumkan sesuatu. Apakah MP pembangkang mempunyai kekebalan yang maksima sehingga kesalahan yang mereka buat pun pihak berkuasa tidak ambil peduli?

Sudahla kerajaan membiarkan Ketua peliwat memburukkan negara dimerata dunia, kini anak-anak buah peliwat juga sudah mula nak tunjuk kuasa dan naik kepala. Sampai bila keadaan sebegini nak dibiarkan berterusan?

Lama-lama minyak sudah menjadi lemak, maka waktu itu bertambah susah nak membendung lagi. Mc harap, kerajaan berlaku adil dalam penguatkuasaan undang-undang.

Mc bukan nak mengajar kerajaan, tapi kalau ada satu kemusykilan dikalangan rakyat, kerajaan perlu menjelaskan dengan segera.

P/s: Berkhidmat untuk negara.. (FOC)

McTheory:
Jangan biarkan puak ni.. lama-lama naik kepala..