Sponsor

Memaparkan catatan dengan label tukar Kelantan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tukar Kelantan. Papar semua catatan

Ahad, 12 Mei 2013

PANASS!! Rakyat Kelantan MInta BN Jangan Tunaikan Janji! #PRU13



Rakyat di kawasan Parlimen Gua Musang, mahu Kerajaan Persekutuan membatalkan hasrat menunaikan tujuh janji dalam manifesto BN untuk rakyat Kelantan.

Ini kerana secara keseluruhan rakyat negeri itu menolak BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Ahad lalu, dengan mengekalkan Pas di Kelantan.

Sebaliknya, mereka mahu kerajaan menunaikan janji itu di kawasan Parlimen dan Dun yang dimenangi BN sahaja.

Penduduk, Che Ahmad Said, 51, berkata, kawasan BN yang kalah itu menunjukkan pengundinya menolak projek pembangunan, yang dijanjikan kerajaan jika BN dapat memerintah Kelantan.

Beliau berkata, mereka langsung tidak memikirkan keperluan kemudahan asas di kawasannya, dan masih mahu hidup mundur di bawah pemerintahan kerajaan Pas.

"Oleh itu, Kerajaan Persekutuan hendaklah membatalkan hasrat melaksanakan tujuh janji BN termasuk pembinaan Jalan Kota Bharu - Kuala Krai dan beberapa projek lagi.

"Tak ada gunanya kerajaan melaksanakan kemudahan itu jika rakyat di kawasan terbabit menolaknya, dengan tidak memberi kemenangan kepada BN pada PRU13 lalu," katanya.

Hamzah Dol, 76, pula berkata, pengundi di kawasan lain perlu mencontohi Gua Musang, yang masih kekal memberi kemenangan kepada BN pada PRU13 lalu kerana mahukan kemajuan dikawasan berkenaan.

"Pembangunan yang lebih pesat di kawasan Parlimen itu sejak berpuluh tahun lalu, memberi keyakinan kepada rakyat untuk terus menikmati pembaharuan,"katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, bukan sahaja kemudahan jalan, juga kemudahan lain yang boleh meningkatkan taraf ekonomi rakyat yang masih dahagakan kemajuannya.

"Tambahan pula Tengku Razaleigh Hamzah mempunyai banyak pengalaman dalam pentadbiran, sekali gus akan membangunkan lagi kawasan berkenaan," katanya. - Sinar.

Rabu, 10 April 2013

PANASS!! Lagi Projek 'Hantu' yang Bakal Menghantui Pas Kelantan! #TukarKelantan




Setelah majlis pecah tanah dan pelancaran kutipan derma projek Lebuh Raya Rakyat oleh Kerajaan PAS Kelantan, rasa masam mula menggangu kemanisan janji tersebut.

Bermula dengan pendedahan nama akaun syarikat yang memungut derma seperti didedahkan oleh RBF Online, kisah lama yang menghantui PAS dan kutipan derma mula datang kembali. Ketakutan mula wujud kalau-kalau Lebuh Raya ‘Husam’ ini bukan sahaja indah khabar dari rupa seperti gegar gempita projek Takaful Kifalah Warga Emas, projek Jihad Ternak Kambing Jamnapari, projek Depu dan Dinar Emas Kelantan. Itu adalah senarai ‘pet project’ YB Dato’ Husam Musa, Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Perancang Ekonomi dan Kebajikan PAS Kelantan. Habis perasmian, masalah bermula.

Tetapi kemelut ini bukan setakat menjadi identiti Husam bahkan ia juga menjadi jati diri PAS Kelantan yang diterajui ‘ayah politik’ Husam iaitu Nik Aziz sendiri.

Pelbagai projek dirasmikan dan dibuat pecah tanah, tetapi siapnya tidak pernah. Antaranya yang mampu disenaraikan termasuklah projek AFTA City, Projek Bandar Perikanan, Projek Jambatan Palekbang, Projek Petrokimia di Pantai Senok, Projek Stadium Tertutup dan terkini ialah projek stadium Bukit Merbau. Bahkan projek Bandar Baru Tunjong pun jika tidak kerana pembangunan pesat projek-projek Persekutuan di situ, tidak akan ada apa melainkan pokok kelapa dan sawah gersang.


Secara kasar, jika dicampur kesemua kos projek tersebut ianya membawa kepada hampir RM10 Billion. Terkini dicampur pula projek Lebuh Raya Rakyat bernilai RM1.9 Billion.

Tidak ada yang mustahilnya bagi Kerajaan Negeri untuk membina projek-projek bernilai berbillion ringgit. Bahkan Kerajaan Negeri Melaka yang mendapat peruntukan persekutuan yang amat kecil jika dibandingkan dengan Kelantan, mampu melakukan lebih dari yang dapat dibayangkan oleh kebanyakan kita.

YAB Ketua Menteri Melaka, yang dikeji dan dihina oleh pimpinan PAS, sebenarnya jauh lebih mulia dari YAB Menteri Besar PAS Kelantan di dalam menunaikan janjinya kepada rakyat.

Segala kelemahan dan kekurangan PAS ini berpunca dari kelemahan urus tadbir dan ketidakmampuan untuk mengembangkan sumber pendapatan negeri. Akhirnya, pemimpin PAS Kelantan kembali kepada satu benda yang amat mereka pandai lakukannya, iaitu mengutip derma. Setelah puas mengutip derma dari tauke-tauke balak dan dari ahli partinya sendiri, sekarang rakyat Kelantan pula menjadi mangsa kutipan derma PAS.

Selain dari mengutip derma, PAS juga bijak menyalahkan orang lain didalam semua benda dan amat arif dalam strategi benci-membenci. Sudah pasti peristiwa masam Lebuh Raya Rakyat ini akan disabit kesalahannya kepada Barisan Nasional.

Apa yang PAS tidak pernah khabarkan kepada rakyat bahawa, hampir setiap jalan di Negeri Kelantan, tidak kiralah jalan persekutuan ataupun jalan negeri adalah dibuat hasil ‘derma’ Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional. Bahkan projek jalan raya sepanjang 30 kaki untuk masuk ke rumah pimpinan-pimpinan PAS yang diberi kepada kontraktor berkopiah hijau itu juga datangnya dari wang pemberian Barisan Nasional.

Dari tahun 2006 hingga 2011 sahaja, Kerajaan Barisan Nasional telah memperuntukan sejumlah hampir RM500 juta terus kepada Kerajaan PAS Kelantan bagi tujuan penyelenggaraan jalan negeri. Ini tidak termasuk pemberian tahunan untuk penyelenggaraan cerun jalan negeri, bil lampu jalan dan lampu trafik.

Dari 2008 hingga 2011 sahaja, Kerajaan Persekutuan memberi sebanyak lebih RM 22 juta bagi tujuan tersebut terus kepada Kerajaan PAS Kelantan. Data-data ini terdapat didalam Laporan Ketua Audit Negara dan ia juga tercatat setiap tahun di dalam penyata kewangan Kerajaan PAS Kelantan.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan juga menyediakan peruntukan untuk naiktaraf jalan-jalan negeri dibawah pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan. Pada tahun 2011 sahaja, sejumlah hampir RM15 juta diperuntukan kepada 12 PBT di Kelantan.


Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah juga menyediakan peruntukan untuk pembinaan jalan luar bandar dan jalan kampung. Di dalam Rancangan Malaysia Ke 9, KKLW telah membelanjakan hampir RM5 juta untuk tujuan tersebut di dalam negeri Kelantan yang diperintah oleh PAS.

Pimpinan PAS harus sedar, mereka perlu bijak mengurus tadbir negeri dan berusaha menambah sumber pendapatan negeri bagi menjamin segala janji-janji mereka dapat ditunaikan. Pemimpin PAS berceramah dan memaki hamun musuh politik mereka hampir setiap malam tidak akan membawa sebarang hasil kepada rakyat Kelantan. Ia hanya sekadar menambah sumber pungutan derma untuk parti PAS, tuan punya tapak ceramah dan para penceramah.

Rakyat hanya dapat rasa masam dari janji manis.

SUMBER: KICKDEFELLA

Khamis, 28 Februari 2013

PANASS!! Karaoke 'GOYANG GERUDI' Berhampiran Pejabat MB Kelate!! #TukarKelantan


Mari kita tengok ayam dan lembu goyang pinggul di hadapan rumah Nik Aziz....

Blog Tukar Kelate mengemukakan satu bukti rakaman tarian wanita berdangdut tidak jauh dari rumah Menteri Besar Kelantan itu.

“Muzik kuat, pergaulan bebas, wanita dan lelaki tanpa segan-silu menari di khayalak ramai itulah yang berlaku di Pulai Melaka, di mana lokasi tersebut tidak sampai 1 kilometer dari rumah Nik Aziz dan juga Masjid Tok Guru.

“Malah kami juga mempunyai bukti bahawa di Kelantan terdapat sebanyak 17 buah karaoke yang beroperasi sehingga jam 4.00 pagi malah ada yang beroperasi 24 jam.

“Tujuan kami bukanlah untuk mengaibkan atau menutup periuk nasik pihak-pihak terbabit, namun apa yang kami ingin paparkan adalah kegagalan PAS di negeri yang diberi gelaran Serambi Mekah yang mana rakyatnya dikatakan telah diberikan ilmu Islam sejak PAS memegang tampuk pemerintahan negeri tersebut pada tahun 1990,”dedah blog itu.


McTheory:
Celako, celako celako..

Sabtu, 16 Februari 2013

GEMPAR!! Kota Bharu Kacau Bilau Akibat Rakyat Kelantan Tolak Pas?


Mungkin baru tersedar dari janji-janji lama yang ditaburkan. Mungkin juga sudah jemu dengan janji yang tidak ditepati. 10 000 rakyat kelantan kali ini terun untuk menunjukkan sokongan serta semangat ingin melihat kembali tanah kelantan dihujani warna merah dan bukan lagi hijau serta bulan.

Jalanraya  di tengah-tengah ibu kota kelantan sesak akibat Himpunan Tukar Kelantan 2013. Dihadapan perkarangan Bangunan Pembangunan UMNO Kelantan jeritan sesalan kedengaran, laungan TUKAR makin kuat. Rakyat Kelantan yang berada di Kelantan yang merasa kepayahan dan kesusahan yang mereka alami selama 23 tahun berada dibawah pemerintahan Nik Aziz.


Kemungkinan besar gelombang merah ni bakal menghantui setiap seorang ahli parlimen dan dun dalam Kelantan. Rakyat Kelantan sudah puas berada dalam kesusahan!! INI KALILAH!! INI KALILAH!! INI KALILAH kita kasi TUKAR!!Kita lihat perbezaan Kelantan bawah pemerintahan sang bulan dan sang saka bangsa!!!

Sumber Mc ambil dari SINI