Sponsor

Memaparkan catatan dengan label tun faisal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tun faisal. Papar semua catatan

Ahad, 29 September 2013

INFO! Rayuan @TunFaisal Kerana Di Sekat Bertanding! #TFOurHope #TF4MT



Terkilan beliau disekat daripada bertanding MT atas kerana TIDAK PERNAH menjadi AJK Bahagian, seluruh bekas jentera UMB bangkit dari setiap pelusuk bersuara meminta JK Pemilihan mempertimbangkan syarat yang bagi kami tidak masuk akal.

Seorang Exco Pemuda UMNO Malaysia, GAGAL untuk bertanding MT kerana tidak pernah menjadi AJK Bahagian? Pelik tak? Hinggakan disebabkan itu, seluruh cybertroopers dibawah Tun Faisal dulu, bersuara dan #TFOurHope menjadi Malaysia Trending dalam masa beberapa hari ini!

Dahsyat bila UMB, BNYCT dan SISWA4U yang dulu dibawah seliaan Tun Faisal dah berbunyi.

Kita dah baca bloggers, facebookers dan twitterian bersuara, apa kata kita baca rayuan sebenar Tun Faisal mengenai sekatan terhadap beliau untuk bertanding..

Check it Out! Baca SINI

Isnin, 18 Mac 2013

PANASS!! Mahasewel Aju Soalan 'BUNUH' Kepada @TunFaisal!! #Mahasewel


Jom kita tengok seorang pelajar yang mungkin rasa, dialah yang lebih bijak dan advance.

Soalan yang mahasewel ni ajukan kepada Tun Faisal seolah-olah soalan provokasi, antaranya Isu Pembunuhan Altantuya, kemudian kenapa tidak memberi ruang kepada parti pembangkang untuk berhujah di dalam Media Arus Perdana? dan Isu Debat dengan PM Najib Razak dan Anwar Liwat Ibrahim.

Bagaimana seorang pelajar boleh bertanyakan soalan yang jauh dari perbincangan dalam program itu sendiri. Mc tak kata, bertanya soalan tu salah. Tapi soalan yang dia tanya tu, sudah pun dijawab berkali-kali oleh agensi kerajaan, media dan blogger sendiri.

Tidak lain tidak, soalan yang ditanya tidak ikhlas, dan cuba mewujudkan sesuatu yang tidak baik dalam program tersebut.

Tengok video dibawah,



Kenapa tidak bertanyakan soalan hak mahasiswa berpolitik? Tanyakan sesuatu yang mewakili mahasiswa, bukannya tanya pasal ISU POLITIK permainan pembangkang.

Kata mahasiswa cerdik pandai, kenapa sering dipergunakan oleh pembangkang?

Muka-muka macam nilah yang selalu panjat pagar dan guling atas jalanraya untuk hantar memorandum pukul 12 tengah malam.


McTheory:
Ingatkan pandai, rupanya pandir ja pun..

Rabu, 27 Februari 2013

PANASS!! Oit Mahasewel Nak Berpolitik Boleh Tapi Berhemah la, Jangan Jadi 'Haiwan'!! @Tunfaisal


Mahasewel tu panggilan pada mahasiswa yang berpolitik tak guna otak. Pada mahasiswa yang bijak dan terpelajar, jangan terasa.

Transformasi politik yang dibawa kerajaan, antara lain meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) telah meningkatkan kuasa politik mahasiswa menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), kata bekas aktivis mahasiswa, Tun Faisal Ismail Aziz hari ini.

Beliau berkata demikian pada Wacana Sinar Siri 17: Kuasa Politik Mahasiswa di sini.

Menurutnya, dengan pindaan yang dibuat menggambarkan keterbukaan kerajaan untuk memberi kesamarataan dalam sistem demokrasi kepada rakyat termasuk mahasiswa.

Beliau berkata, mahasiswa pada masa kini bebas untuk berpolitik secara terbuka, sekali gus mendapat peluang untuk menjadi calon pada pilihan raya umum ini.

Namun, Tun Faisal berkata, kebebasan yang diberikan perlu diiringi dengan panduan supaya tidak menimbulkan sebarang perkara tidak diingini.

"... kita bagi ruang untuk mereka bebas berpolitik, tapi perlu ada juga yang menjadi panduannya.

“Kita bagi kepercayaan kepada pelajar, ini menjadi medan terbuka kepada mahasiswa untuk memberi sokongan secara terbuka dan menjadi calon PRU13," katanya.

Pada 19 April tahun lepas, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012, yang membenarkan penuntut universiti terbabit dalam politik dan memegang jawatan dalam persatuan serta pertubuhan di luar kampus.

Mengulas lanjut, Tun Faisal yang juga pengasas media Umno berkata, tranformasi politik membabitkan pindaan Auku tidak menghalang kebebasan berpolitik, tetapi memberi panduan dan mengelakkan sifat partisan di kalangan pengajar serta mahasiswa di institut pengajian tinggi.


Tun Faisal juga berkata, parti politik boleh mengambil kesempatan terhadap mahasiswa untuk menjadikan mereka sebagai tonggak dalam pergerakkan parti pada PRU13.

"... transformasi tak menghalang pelajar berpolitik, tapi kita tak mahu ada budaya partisan dalam kampus termasuk pensyarah dan mahasiswa.

“Keterbukaan atau kebebasan ini juga akan memberi peluang kepada parti politik menjadikan mahasiswa sebagai tonggak utama mereka pada pilihan raya kali ini," katanya.

Selain Tun Faisal, barisan panel terdiri daripada Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia, Muammar Ghadafi; Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad; penganalisis politik, Prof Dr Azmi Hassan dan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam (Gamis), Azan Safar.

Bagi pendapat Mc senang saja, mahasiswa nak berpolitik boleh, tetapi haruslah berpolitik cara baik. Bukannya politik kotor yang menyesatkan.

Contohnya seperti Adam Adli yang panjat pagar UPSI, baring dan demo tengah jalan, masuk PWTC turunkan bendera PM, ada mahasiswa yang londeh seluar tunjuk punggung, apakah itu berhemah? Perkara macam tu yang perlu kita kawal.

Kalau setakat nak masuk PKR atau PAS, nak demo cara aman dan mengikut undang-undang. Rasanya takdak masalah kot. Contohnya macam HKR tempohari, berapa ramai mahasewel yang berhimpun, ada kena undang-undang ke?

Itu maksud Tun Faisal, pada pencacai yang lembab, sila faham ok.

Lagi satu, pesanan pada Sinar Harian, lain kali nak buat wacana, pastikan Moderator tu jangan yang berat sebelah. Patutnya dia tenangkan keadaan, tapi dia pula yang lebih-lebih. Selamat kasut tak terbang ke kepala dia semalam! heh..


McTheory:
Nik Nazmi rilek, moderator yang mengelabah bewak!