Sponsor

Memaparkan catatan dengan label umno dan pas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label umno dan pas. Papar semua catatan

Khamis, 12 Jun 2014

HOT!! @MukhrizMahathir Mahukan Pas dan UMNO Kedah Bersatu? #IslamUnited



Umno dan Pas wajar bekerjasama bagi memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat Melayu demi kepentingan politik di negeri ini.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, ia berikutan amalan politiknya tidak keterlaluan seperti negeri lain.

“Kita boleh berbeza pandangan dan pendapat, tetapi cara kita berkomunikasi itu penuh dengan tertib dan saling menghormati.

“Malah, pihak pembangkang juga tidak kutuk kerajaan negeri keterlaluan seperti yang berlaku di Sidang Dun Pulau Pinang sehingga ada wakil rakyat yang mengeluarkan kata-kata kesat,” katanya ketika merasmikan Program Sarana Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Peringkat Parlimen Jerlun, di Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Bonglai, di sini, hari ini.

Menurutnya, keadaan itu menimbulkan kebimbangan pihak lain seolah-olah perpaduan Melayu itu akan menjejaskan kepentingan kaum lain.



“Kalau ada unsur-unsur untuk menyatukan Umno dan Pas, ada pihak yang bimbang seolah-olah perpaduan itu akan menghakis hak dan kepentingan orang bukan Melayu.

“Sebaliknya, Melayu yang majoriti dalam Umno dan Pas jika bersatu akan memberi manfaat kepada semua,” katanya.

Mukhriz berkata, konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh kerajaan juga boleh menyatukan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.

“Mana mungkin rakyat Malaysia boleh bersatu keseluruhannya jika penduduknya yang majoriti Melayu berpecah belah,” katanya.

Menurutnya, tidak salah jika sesuatu parti politik itu mengamalkan politik perkauman asalkan tidak keterlaluan.

“Pada saya, amalan itu bukan satu kesalahan. Tentunya kita cuba mewakili kelompok seharian kita. Sebagai contoh, kalau kita dari kalangan Melayu, tentunya kita akan berjuang untuk kepentingan orang Melayu.

“Begitu juga dengan masyarakat Cina dan India. Ini bukan satu kesalahan. Yang penting ialah bagaimana kita nak menguruskan diri kita dengan pihak lain,” katanya.

Menurutnya, amalan politik perkauman itu dilakukan sebelum merdeka lagi terbukti menjadi formula yang dapat menggerakkan negara ini ke tahap tinggi.

Isnin, 25 Februari 2013

PANASS!! Anak Allahyarham Fadhil Noor Mahu UMNO dan PAS Bersatu Demi ISLAM!

Seorang pendakwah yang merupakan anak bekas presiden PAS, Ahmad Fauwaz Fadzil membangkitkan semula soal kerjasama antara PAS dan Umno demi kepentingan Melayu dan Islam.

Malah, organ kedua-dua parti, Harakah dan Utusan Malaysia juga patut bekerjasama, kata anak bekas presiden PAS Datuk Fadzil Noor itu dalam satu wawancara yang disiarkan Mingguan Malaysia.

"Jika kita sayangkan negara ini, lebih baik kita bersatu dan bekerjasama sesama Islam demi memegang amanah dalam menjaga negara ini," katanya dalam wawancara bersama akhbar milik Umno itu.

Beliau juga berkata PAS dan Umno mempunyai "slogan" tersendiri dalam soal agama Islam, Melayu dan negara kebajikan.

"Tetapi apa apa yang lebih penting adalah kita perlu praktik dan bukan hanya sekadar slogan,"

"Kita perlu melihat perpaduan itu sebagai 'saya sebahagian daripada kamu dan kamu adalah sebahagian daripada saya'," katanya.

Sumber Mc ambil dari blog MPP.

UMNO rasanya lebih terbuka dalam hal ni. UMNO dah OK, cuma Pas masih lagi setia bersama Dap.

McTheory:
Bolehkah UMNO dan Pas bersatu??

Isnin, 26 November 2012

PANASS!! Apabila Pas dan UMNO Bersatu Bersanding!!




Susah kita nak tengok perkara macam ni. Persandingan ini menjadi contoh kepada umat Islam Melayu yang lain. Walaupun ada warna khemah lain-lain, tetapi tetap bersatu hati. bagus betul

Perbezaan ideologi politik tidak menghalang lima pasangan pengantin melangsungkan persandingan secara serentak di Kampung Ketemba Kememeh di sini, semalam.

Pasangan tersebut ialah Khairul Fahmi Abdul Abdul Halim, 25, dan pasangannya Nuradilah Alias, 23; Mohd Hasmizan Hashim, 26, dan Suhada Omar, 23; Mohd Hasrizal Hashim, 24, dan Umi Kalsom Marzuki, 23; Abdul Rahman Ahmad, 27, dan Nurul Aida Aziz, 24; ZulkifliAhmad, 27 dan Nor Sakinah Shaar, 22 tahun.

Kesemua pasangan lelaki berasal dari kampung tersebut manakala pasangan perempuan berasal dari Jengka, Pahang; Teloi Timur, Sik; Parit Panjang, Baling; Tasik Gelugor, Pulau Pinang dan Tiak, Baling.
Bapa kepada Khairul Fahmi, Abdul Halim Hussin, 56, berkata, kelima-lima pasangan pengantin lelaki itu terdiri daripada latar belakang politik yang berbeza.


“Ada yang menyokong kerajaan, ada yang menyokong pembangkang. Namun ia bukan penghalang untuk mereka bersanding sekali.

“Malah, setiap perbelanjaan persandingan ini dikongsi bersama,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Abdul Halim lagi, penduduk di kampung ini tidak pernah melihat kepada perbezaan politik terutama melibatkan soal perkahwinan.

“Kami lebih pentingkan perpaduan dan kerjasama antara satu sama lain. Ideologi politik adalah hak masing-masing," katanya.

Menurutnya, persandingan secara serentak itu dapat meringankan perbelanjaan setiap pengantin.

“Kita telah menumbangkan tiga ekor lembu, selain menyediakan pelbagai jenis lauk pauk. Kosnya tidak melebihi RM20,000 berbanding kebiasaannya yang mencecah RM10,000 bagi setiap pasangan," katanya.

Majlis yang berakhir jam 6 petang itu turut dihadiri pemimpin setempat antaranya penyelaras Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, penyelaras Dun Kupang, Ishak Mat dan Jawatankuasa Umno Bahagian Baling, Noor Azman Ramli.

Rabu, 4 Julai 2012

TUDIAA!! Bulan Purnama (Lambang Pas) Seru Hantu Syaitan?? #Pasrabut



Perbezaan lambang keris dengan bulan purnama!!

Keris..
Biarpun Keris berlekuk-lekuk berbengkang-bengkok..nmun..andai tertusuk..bisanya mampu menamatkan riwayat..menjadi lambang kemegahan bangsa Melayu..simbolik kepada perjuangan bangsa Melayu di Tanah Melayu dulu, kini dan selamanya..

Sedangkan perihal Bulan mengambang?

Bulan Mengambang..
1. Hantu syaitan yang direjam banyak berkeliaran ketika bulan mengambang..
2. Wanita yang datang bulan, bukan saja tak boleh disenggama, tak boleh sembahyang, baca Al- Quran, malah nak masuk ke dalam masjid pun tak boleh..
3. Serigala jadian hanya bertukar rupa ketika bulan mengambang..
4. Ada orang gila yang hanya gila ketika bulan mengambang penuh..terutamanya daripada suku kaum pas..

Dalam Islam, tak penah guna simbol bulan mengambang..sebaliknya mnggunakan simbol bulan sabit..bulan mengambang dikaitkan dgn perkara-perkara yang tidak baik..jadi, antara Keris dan bulan mengambang, yang mana menjadi pilihan hati? Antara 2 darjat..daulat vs jelik.

Nukilan menarik Mc ambil dari FB AUPN


McTheory:
Bulan mengambang lebih banyak buruk dari baik!!