Sponsor

Memaparkan catatan dengan label valentine day. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label valentine day. Papar semua catatan

Ahad, 13 Februari 2011

HANGIT!! VALENTINE DAY DISAMBUT, SALAH SIAPA??!!


Semalam Mc membaca artikel2 yang dikeluarkan oleh Harakahdaily mengenai hari Valentine (hari kekasih). Khusyuk Mc membaca mengenai tindakan Pemuda Pas akan berdakwah pada hari tersebut dengan mengedar risalah. Ok la tu, sekurang2nya ada juga pihak yang berusaha (selain agensi kerajaan) untuk mengekang perkara2 mungkar.

Sebelum terhebohnya perkara2 sebegini, Mc tak pernah nampak Pas berusaha untuk mengatasi masalah moral di kalangan remaja. Tak pernah pun Pas mengadakan ceramah mengenai masalah moral dikalangan remaja, dari dulu sampai sekarang, Pas hanya politik, politik, politik.

Kiranya bila Pemuda Pas sanggup turun padang tu kira bagus la.

Cuma, selepas Mc baca satu lagi artikel mengenai Haram Hari Kekasih, Cukupkah Sekadar Khutbah Mc rasa Pas tidak ikhlas dalam perkara ini, kalau boleh semuanya Pas nak politikkan.

Permulaan artikel berkenaan cukup cantik, mukadimah menceritakan mengenai hari Valentine yang haram disambut oleh orang Islam, kemudian diselitkan dengan sepotong ayat Al-Quran sebagai rujukan. Memang cantik, tapi diakhir artikel terbabit, baru Mc nampak tujuan sebenar artikel itu dibuat. Baca bawah,

"Bagi PAS amanah untuk melaksanakan tugas nahi mungkar ini mestilah diterajui dengan penuh tanggungjawab oleh mereka yang memegang tampuk pemerintahan selain dari menjadi tanggungjawab semua pihak.
Jelasnya Umno telah gagal melunaskan tanggung jawab ini. Umno tidak berminat untuk menyelesaikan masalah kronik ini secara serius serta mengikuti lunas-lunas Islam. Bagi mereka isu-isu ekonomi lebih utama ditangani daripada isu-isu moral. Sikap ini telah membuat mereka tidak jijik dengan jenayah rasuah dan penyelewengan serta penyalahgunaan kuasa."

Benar UMNO sebagai pemerintah harus bertanggung jawab, memang tidak dinafikan, tapi sebagai pemerintah juga, perlu berlaku adil kepada semua Agama dan Bangsa. Dalam kerajaan, bukan hanya UMNO yang berkuasa, MCA, Gerakan, MIC semuanya pemimpin didalam pentadbiran kerajaan, mereka ini yang mahukan hari Valentine disambut.

Malah UMNO tak pernah menyuarakan supaya Hari Valentine disambut dan langsung tidak pernah bagi sokongan seperti puak Pakatan. Lihat Anwar dan konco2nya, malah Kalid Gereja sendiri menyokong hari Valentine hingga sanggup marahkan Nas tantawi kerana mahu mengharamkannya.

Sekurang2nya UMNO sudah usaha apa yang mampu untuk menyedarkan orang Islam di Malaysia, cuma belum guna kuasa VETO untuk mengharamkan terus. Sepatutnya kita pun ada tanggung jawab masing2 untuk menyedarkan anak muda kita dari terpengaruh budaya barat yang tak sihat ini dan bukannya kita terus serahkan kepada kerajaan bulat2. Kena ada usaha juga.

Tidak termasuk tahun ni, apa usaha yang Pas pernah buat?? Tolong habaq mai sat!!

P/s: dah nama kata Pas, apa pun semuanya UMNO yang salah..

Mctheory:
Pas pandai buat bodoh saja la...

Jumaat, 11 Februari 2011

HARI KEKASIH, MEMANG PATUT DIHARAMKAN, MENGALAKKAN PEMBUANGAN BAYI!!


Kenapa la si Kalid Gereja ni marah sangat kat NashaTantawi nak haramkan hari kekasih? Nampak sangat si Kalid Gereja ni baghal tahap teruk. Sememangnya Valentine day patut diharamkan kepada orang Melayu Islam di Malaysia. Kalau boleh, seluruh negara kurangkan sambutan dan promosi terhadap hari kekasih ini.

Bukannya apa, nanti ramai remaja kita yang terpengaruh, bila sudah didikan agamanya kurang, otak pun ada sikit kurang, itu yang selalunya bertindak kurang ajar, jadi bodoh. Soo.. remaja2 macam ni amat mudah terpengaruh dengan benda2 yang berunsur barat ni. Budak2 baru nak naik la katakan.

Bila dah terpengaruh, mula la menjiwai hari kekasih, dari bunga ke meja makan, dari makan ke makan malam, dari makan malam ke hotel murah atau tepi jalan atau dalam semak. Mana2 pun boleh, asal sedap. Kononnya demi menjiwai hari kekasih yang perempuan serah segala yang ada, yang lelaki pulak serah segala air selagi boleh.

Lepas tu, bulan 9, bulan 10.. bertimbun2 bayi dijumpai, tepi longkang, depan surau, depan rumah orang, dalam tandas dan merata2 tempat. Kalau nasib baik hidup. kalau nasib tak baik, dah meninggal baby tu.

Macam mana tak bulan 9 atau 10, sebab pembikinannya pada bulan dua ni la.. tiap2 tahun akan terjadi perkara yang sama. Tiap2 tahun akan berulang2, kalau tak percaya tunggu dan lihat. Kalau tak dicegah, benda yang sama akan berulang dan terus berulang.

Kali ni Mc sokong dengan kenyataan Tantawi, walaupun dia tak ada kuasa, tapi dia sedar apa yang berlaku.

P/s: cegah baik sebelum padah.. kerajaan BN pun patut sedar semua ini..

Mctheory:
Tak sanggup tengok baby dibuang bagaikan sampah!!