Sponsor

Memaparkan catatan dengan label wisma darulaman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label wisma darulaman. Papar semua catatan

Khamis, 13 Jun 2013

PANASS!! Mukhriz Bazirkan Jutaan Ringgit Untuk 'Renovate' Wisma Darulaman!! @MukhrizMahathir #HanyaDiKedah


 Mc ni tak kerja pun di Wisma Darulaman tu, tapi bila ada orang panggil untuk berbual dan beri pendapat, Mc pun pi la. Bila pi sana, Mc tengok takdak sebarang perubahan atau benda besar yang berlaku, kecuali perubahan pimpinan Kerajaan Negeri Kedah.

Selepas pulang ke rumah di Kulim, ada orang tanya Mc, betul ka Wisma Darulaman sedang di 'ubahsuai' atau dalam bahasa melayunya 'renovation' sebab orang melayu lebih suka cakap 'renovate' dari ubahsuai. Maknanya ia telah di melayukan lahh.. he he he..

Mc pun terkejut, lalu Mc tanya la, dari mana hangpa tau semua ni? Depa kata, depa baca dalam blog dan FB puak Pas Kedah. Geleng kepala Mc dengar semua benda mengarut ni. Hinggakan Wisma Darulaman di ubahsuai pun depa boleh tipu, apa punya teruk la.

Kalau orang Kedah yang diluar Alor Setar tu mungkinlah boleh percaya, tapi kalau penduduk Alor Setar sendiri, rasanya boleh datang tengok sendiri kot bangunan Wisma tu sedang diubahsuai atau tidak.

Nak buat cerita pun biarlah logik sikit, Pas tinggalkan hutang rm3 billion kepada kerajaan BN Kedah. Selama 5 tahun Pas perintah, rm2 billion telah ditambah ke katung hutang  Soo macam mana Mukhriz nak bazirkan duit untuk buat perkara yang bukan-bukan?

Dah la dulu duit balak rm80 juta Pas sapu masuk poket sendiri, langsung tak bangunkan Kedah dengan duit tu, lanih dok dengki BN bawa masuk projek untuk majukan Kedah. Memang haprak sungguh puak ni.

Sedang Mukhriz dok sibuk cari duit untuk bawa masuk pelaburan ke Kedah. Pas Kedah dan konco-konconya dok sibuk memfitnah yang bukan-bukan. Jenis menatang nama Pas ni memang payah nak dok diam. Kerja depa asyik dok fitnah.

Mc rasanya dah malas nak layan puak Pas ni, tapi kadang-kadang lawak juga bila baca artikel depa. Tapi paling lawak bila ada orang bodoh yang dok pi percaya baca apa yang depa tulis. Tu lagi bahalol!! he he..


McTheory:
Dari percaya Pas, baik percaya katak puru.. sebab katak paling kuat dia lompat saja pun.. hehe..

Selasa, 11 Jun 2013

PANASS!! Pentadbiran Mukhriz Mahathir Di Serang Penyakit Hantu Hijau!! #HanyaDiKedah


Di Wisma Darulaman, tempat utama pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah, tersembunyi beberapa ekor hantu hijau yang masih tertinggal akibat kesan daripada pentadbiran Pas terdahulu. Kalau orang tanya Mc hantu tu macam mana, Mc pun tak boleh jawab, sebab Mc pun tak kenal.

Tapi apa yang Mc tahu, hantu dalam Wisma ni, lagi jahat pada hantu-hantu diluar sana. Iblis dan Syaitan pun tak jahat macam dia, sebab iblis dan syaitan tak merekacerita, tak fitnah dan tak salurkan maklumat negeri kepada orang luar.

Ini bermakna, hantu dalam Wisma yang karat hijau ni lagi teruk perangai dari hantu biasa.

Kalau nak 'leak' info dari Kerajaan Negeri pun Mc tak kisah, sebab perlu ada ketelusan, tapi apa yang menjadi masalah, bila info yang 'leak' atau bocor tu digaram-gulakan hingga menjadi fitnah.

Contoh macam cerita MB ke luar negara, info leak, siap kata MB guna duit Kerajaan Negeri, sedangkan MB guna duit poket sendiri. Cerita pasal MB kena kawal dengan KCS, cerita MB susun pekerja dari KL. Sedangkan pekerja dari KL tu, sorang saja, Mc pun kenal. Dia memang bagus bekerja, sebab tu MB tetap ambil dia.

Tapi info yang dibocorkan ni, seolah-olah, MB bawa satu team bola sepak turun kerja di Kedah! Punya la teruk fitnah puak karat hijau ni.

Mc nak pesan satu saja ada hantu Wisma ni. Hangpa sebenarnya bodoh dan tak cerdik, sebab mula terlalu awal. Kami ada 4 tahun lagi masa nak 'kesan' hantu hijau ni. Patutnya gunakan untuk salurkan info yang 'sulit' sahaja. Bukan info bodoh-bodoh tu.

Lepas ni Mc pun nak kerap-kerap turun Wisma, nak pi tangkap hantu. Di sebabkan hantu Wisma tu bodoh kerana dapat dikesan terlalu awal, Mc akan dedahkan siapa hantu tu jika dapat tangkap nanti.

Tak kisah la orang tu KCS ka, staff biasa ka, kumpulan sokongan ka, kalau dia jadi hantu hijau, siap la.

McTheory:
Terlalu gelojoh, memang selalu buat salah!