Isnin, 27 September 2010

PANAS GILA! PEMILIHAN PKR YANG KECOH!! Dahsyat betul depa mengamuk!!

KEJADIAN SEBELUM KEKECOHAN!

Jam 10.30 malam. Gomo baru mendapat laporan dari rakan di lokasi Tropicana bahawa sudah mejangkaui 1 ribu orang berkumpul dalam mendengar amanat dan kenyataan yang bakal di keluarkan Oleh Anwar Ibrahim.

Apakah benar Anwar akan mengumumkan semua keputusan Pemilihan Cabang Cabang yang bertanding telah batal atau Anwar akan sanggup membiarkan kawan kawan dan sekutu rapatnya yang tewas terus di abaikan?

Ini lah yang menjadi bukti Anwar Seorang KUKU BESI.

Laporan Lanjut dari Wartawan di Lokasi akan menyusul!!!

Gempar Peguam Peribadi Anwar R.Sivarasa kalah teruk di Subang!!!Terkini dan panas, cabang kota raja 2org cedera parah dipukul dgn senjata tumpul sebentar sahaja tadi...
MP Teluk Kemang kalah mengejut.

Ratu bogel Bkt Lanjan pon kalah.
Eli Wong bantah kekalahannya di PJU
Exco kerajaan Selangor, Elizabeth Wong tewas dalam perebutan jawatan ketua cabang PKR Petaling Jaya Utara (PJU) hari ini.

Bagaimanapun, Elizabeth telah membuat bantahan kepada jawatankuasa pemilihan parti itu kerana mendakwa pemenangnya, Lee Chin Cheh adalah ahli PKR di cabang Petaling Jaya Selatan (PJS).

Dalam pemilihan tersebut, Elizabeth yang juga ADUN Bukit Lanjan, mendapat 161 undi manakala CC Lee mendapat 222.

Perebutan jawatan ketua cabang PJU itu membabitkan pertandingan empat penjuru.

Dua lagi calon, S Kandiah mendapat 110 undi, manakala Quek Chee Hoe mendapat 2 undi.

Seramai 522 ahli mengundi dalam pemilihan hari ini.

Menurut Elizabeth lagi, beliau yakin bantahannya itu akan diterima oleh jawatankuasa pusat.

"Keputusan hari ini bukanlah satu keputusan yang muktamad," katanya ketika dihubungi

Disebabkan banyak orang-orang kuat Anwar kalah. Mungkin Anwar akan batalkan keputusan pemilihan cabang ini. Khabar ini telah menyebabkan ramai ahlul dan penyokong PKR mengamuk!!





Gambar di atas merupakan gambar sekitar pemilihan Cabang Kuala Langat yang telah kecoh sehingga menyebabkan ada kejadian Berparang dan libas melibas.

Jam 10.45 Malam, Waktu ini sumber dalaman kami di Tropicana Memaklumkan sudah hampir 2 ribu orang berkumpul di ikuti dengan beberapa pemimpin PKR yang tewas di cabang masing masing. Antaranya adalah Sivarasa, Eli Wong, MP Teluk Kemang Kamarul bahrain Abas, dan beberapa pemimpin PKR yang lain.

Gomo masih menunggu Gambar terkini di lokasi kejadian oleh Wartawan Bertugas Papa Afiq yang mengikuti secara langsung dari Tropicana. Sebarang maklumat akan di maklumkan dengan seberapa segera yang mungkin.

Apakah Anwar akan mengambil Risiko mengadakan pemilihan semula? Atau Anwar akan mengabaikan rakan rakan nya yang telah tewas?

He he he
Apa yang jelas Anwar Ibrahim memang takut nak bertanding Presiden kerana dia sudah tahu bahawa jika dia bertanding maka dia juga akan di tolak oleh Ahli PKR yang ada ini.

He he he!!!

nantikan berita terkini sebentar lagi!!!
Zassssss

Laporan lanjut baca di Papa Gomo

MctHeory:
Macam ni ka demokrasi sebenar? Perangai buruk orang PKR, masyallah!!

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

biar dorang berperang...kojol semua lagi bagus...aman msia

Tanpa Nama berkata...

Amanat anwar yang terkini ialah ahli PKR di wajibkan makan karipap berinti ky jelly dan password mokhtar.

Tanpa Nama berkata...

hahahaha...hahahahahaha...hahaahhaa..adoi geli hati ku....biar kojol dan relaxlah sambil makan karipap jelly...hahahahahaha...

Tanpa Nama berkata...

well...once upon a time.....

Tanpa Nama berkata...

dulu kutuk polis & rela....skrg tpaksa jilat ludah sindri minta tolong kat polis & rela.. spatutnya PDRM buat donno je (eleh x kan korang x hingat kes tian chua gigit polis sama Gobala - MP pdg serai tampar polis?)

Tanpa Nama berkata...

MP teluk kemang tak bertanding sebarang jawatan pemilihan ni

eli wong tak bertanding ketua cabang pju lawan lee chin cheh

berita x betul ni menunjukkan standard ko punya berita