Sabtu, 9 Oktober 2010

AWAS!! FITNAH TERBARU KEPADA DS NAJIB!!


Ada seorang kawan Mc memberi tahu Mc bahawa dikalangan kakitangan kerajaan sekarang ada fitnah yang tersebar luas. Fitnah yang mengatakan Ds Najib, PM kita sekarang, kaki minum dan mempunyai mini bar didalam kereta dan juga dirumah.

Bila Mc tanya, dari mana dia dengar, dia kata dari kawannya, dikatakan cerita ni sudah tersebar. Ramai orang sudah mengetahuinya. Mc tanya lagi, boleh percaya kalau setakat mendengar cakap2 orang. Ada bukti ke?

''Dia kata, ada orang pernah nampak.''

Siapa orang tu??

''Tak dinyatakan pulak, hanya kata pernah nampak''

Aduhh!!. . boleh pulak ye macam tu.

Buat tuduhan, tapi tak disertakan bukti, main tuduh je. Itu pun ada mangkuk tiga suku yang percaya. Masyarakat kita sekarang ni, mudah percaya dengan cerita buruk macam ni. Ni la orang panggil buat dosa tanpa kering. Menjaja cerita yang tidak tahu kesahihannya kepada orang lain.

Lepas tu Mc balas balik, ''semalam ada orang nampak bapak ko main dengan minah indon kat hotel belakang rumah'' Mc reka cerita.

Mukanya terkejut, ''ko biar betul ni??, siapa nampak??'' nada garang.

''Ala. .cerita ni dah tersebar luas la. . ramai yang dah tahu'' Mc balas lagi.

''ko jangan main2, siapa nampak? Ada gambar, ada bukti?'' nada yang menengking Mc.

Ehh. .pandai pulak ko mintak bukti ye. Bila bapak ko kena fitnah, mengamuk pulak ko ye. Bila masa PM ko kena fitnah, ko percaya bulat2, tanpa usul periksa. Kenapa ko tak percaya je, kata bapak ko 'main' dengan indon tadi?

Dia terus diam, senyap membisu, tapi mukanya masih merah.

Lepas tu dia terus bangun dan berkata ''ok lah aku minta maaf''

Mc jawab, ''ko bukan salah dengan aku, ko salah dengan Ds Najib, pergila minta maaf dengan beliau''. Mc tersengih.

Mamat tadi cuma garu-garu kepala. Pening agaknya.

Mc tambah sikit lagi, jangan suka memfitnah orang, bila ko dah kutuk atau fitnah terhadap seseorang, hanya orang yang kau fitnah tu aje yang dapat mengampunkan dosa kau tadi. Kalau tak, tak menjejak ko dalam syurga, selagi tak diampun.

Alamak, macam mana ni? mamat tadi soal.

Ko fikirlah sendiri. Atau pun ko pergi tanya N.ajis. he he he. .mungkin dia ada solution lain, sebab dia pun mulut boleh tahan jugak.

Mamat tadi terus diam membisu.

P/s: hanya N.ajis aje yang boleh janji syorga, orang lain tak mampu. he he. .

Mctheory:
Kutuk orang pandai, kena batang hidung sendiri, tau pulak mengamuk ye.

8 ulasan:

imam bonjol berkata...

Taangkap dia dan suruh SB soal dalam lockup.
kalau dia kata si A cakap,tangkap si A.
Kalau si A kata si B cakap, tangkap si B.

Lama lama belum sampai si Z, kita akan tahu siapa yg fitnah.

Tanpa Nama berkata...

Biasalah Mc...kakitangan kerajaan pun (naknya org Kelantan) kebanyakannya penyokong pembangkang. Klau kita tak ikut kata dia, kita dibuatnya musuh.Keja dok mempengaruhi org lain sokong pembangkang. Bab kutuk dan fitnah kerajaan ni wah..merekalah org2nya. Meluat tahap gaban dh sy dgn sikap mereka. Tak sedar diri tu keja mkn gaji duit kerajaan. Sy pernah tulis dan mohon diambil tindakan ke atas penyokong pembangkang yg dh terlampau sgt tp xde tindakan.
Sepatutnya kerajaan dh buat pembersihan ke atas perkara2 mcm ni. Diaorg ni pulak bkn org bawahan...yg peringkat tinggi..
Mc tlg le lebarkan perkara2 ni agar kerajaan lebih prihatin. Mereka nilah yg boleh salur maklumat2 kpd pembangkang....

Sudir berkata...

Aku tak sabar nak tunggu cerita panas Papa Gomo. Kalau betul cerita tu, meletup satu Malaya..

Tanpa Nama berkata...

memang macam tu. pada depa semua orang jahat dan ahli neraka. lebih-lebih lagi jika orang UMNO. Tapi jika orang PAS atau PKR semua dengan serta merta baik dan bakal penghuni syurga.

Tanpa Nama berkata...

memang macam tu. pada depa semua orang jahat dan ahli neraka. lebih-lebih lagi jika orang UMNO. Tapi jika orang PAS atau PKR semua dengan serta merta baik dan bakal penghuni syurga.

Tanpa Nama berkata...

setuju dengan tanpa nama 15:17.
setuju sangat2. pembangkang dalam jab kerajaan di pelopori dan dimonopoli oleh orang kelantan. kat pejabat aku sedap2 mulut je kata orang dah tak suka ngan kerajaan. kerja tak buat asyik ngulo kehulu kehilir je. sokong PAS solat tak buat.tu tak sebut lagi yang pelahap duit bawah meja. gang depa gak. hancur PPSMI sebab ramai guru disekolah gang pembangkang. depa ni jenis pemalas. tu yang banyak alasan. saje nak gagalkan apa yang kerajaan buat. seeloknya kerajaan BN basmi je sape2 pembangkang yang masih berada dalam sektor kerajaan. baru depa tau langit tinggi rendah. sebab depa ni bukan tau buat reja. pegang amanah lagi la. yang rahsia semua nak dibocorkan.berskongkol dengan pihak luar untuk mehancurkan majikan sendiri. tak sedaq diri betui. gaji depa sapa yang bayaq. PAS, PKR ka? memang depa ni tak tau di untung.

Tanpa Nama berkata...

Puak puak parti ajaran sesat ni kalau depa pi mesjid depa jadi macam anai anai menghasut pak imam dan ajk mesjid supaya membenci kerajaan dan bila tiba pada amanah masa hariraya korban, kebanyakan lembu lembu yang dikorbankan depa bahagi kat puak puak depa sahaja dan ada orang kalau di cop bukan kalagan depa puak puak parti sesat ni depa tak agihkan langsung padahal nya daging korban tu di beri olih orang UMNO untuk di korbankan. Ini lah dia kata buat kerja kerana Allah tapi dalam hati ikut nafsu syaitan sebab wali syaitan depa lebih suka berkawan dengan syaitan sebab itu depa di sesatkan Allah swt.

Tanpa Nama berkata...

aku nampak Pm kt tv minum tea tarik jer..kalu kata org melayu minum beer..aku percaya...sbb belaku depan mata aku wakakakakaka