Selasa, 12 Oktober 2010

DAHSYAT!! PENYEBARAN CERITA BURUK MENGENAI SULTAN MELAYU!!


Lepas satu cerita, timbul pulak satu cerita. Sebelum ni muncul fitnah terhadap Ds Najib, kini penyebaran fitnah makin dahsyat apabila berani menimbulkan syakwasangka dan rasa benci pada Sultan Melayu di Malaysia. Mc faham, ada puak yang sememangnya tak suka dengan golongan Istana, ada pulak langsung tidak menghormati Sultan-Sultan Melayu ni.

Kalau bangsa lain buat cerita buruk mengenai Sultan dan Raja Raja Melayu, mungkin kita rasa panas, tapi biasalah.. mereka memang kurang menghormati Sultan. Tapi cerita ni dibawa oleh orang melayu sendiri. Pada mulanya ia hanya khabar angin, tapi bila selalu menjadi cakap-cakap orang, berita yang negatif ni mudah dipercayai oleh orang-orang kita. Takut pula ia menjadi fahaman pulak.

Mamat yang menyampai kat Mc ni, memang orang Pas, dia kerja dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri Selangor (bawah kerajaan Selangor), namanya Hanip, kalau nak tangkap atau nak pegang soal siasat tangkap aje mamat ni.

Cerita yang dia bawak memang panas, memang satu fitnah besar. Tapi dia cakap cerita ni dah tersebar dikalangan orang Pas dan orang-orang tertentu.

Dikatakan Raja dan Sultan Melayu di Malaysia ni tidak bersifat Islamik, maknanya gaya dan cara hidup Sultan sekarang, tidak mengikut cara Islam.

Dikatakan juga tiap-tiap Istana Sultan mempunyai Bar (koleksi arak) untuk diminum, bukan hanya didalam Istana, didalam kereta pun ada. Sultan-Sultan ni tak pernah sembahyang, atau jarang sembahyang. Tuduhan dan fitnah yang dibuat ni, kepada semua Tuanku Sultan di Malaysia, tetapi tidak di Kelantan. Kerana difahamkan Tuanku Sultan Kelantan, gaya hidupnya cara Islam dan mendapat nasihat N.ajis.

Mc ada tanya dia, mana dia tahu cerita ni, dia dengan penuh yakin dan berlagak, memberitahu bahawa kawan dia rapat dengan golongan Istana, sebab tu dia tahu semua pasal Istana. Mc cuba ingatkan mamat ni, kalau cerita ni tak betul, atau ini hanya fitnah untuk mengurangkan rasa hormat kaum melayu pada Sultannya macam mana?

Mamat sekor ni jawab, kawan dia tu tak pernah tipu. Alim orangnya, takkan orang alim nak menipu.

Mc tanya lagi, "Sultan yang ko maksudkan ni, termasuk Tuanku Sultan Kedah ke? Kalau ko kata Tuanku Sultan Kedah ada Bar dalam Istananya, ko betul-betul menipu dan ini fitnah besar".

"Mana ko tahu benda ni fitnah??, ko pernah masuk Istana ke?" Mamat sekor ni balas balik.

"Pernah, banyak kali, Istana Anak Bukit la (Istana Sultan Kedah), Istana lain aku tak pernah".

"Ko masuk buat apa"

"Dulu pihak Istana selalu buat jamuan dan ayah aku orang yang terbabit dalam jamuan tu, tak pernah pulak aku nampak bar arak, malahan nenek aku dulu salah seorang daripada tukang masak Istana, Tukang masak Tuanku Sultan Halim, nenek aku selalu memuji-muji Tuanku Sultan sebagai Sultan yang sangat baik hati, tak pernah cerita buruk yang aku dengar, sebab tu aku kata ko menipu dan semua yang ko cerita ni fitnah."

Mc sambung lagi, lain kali bila dengar cerita yang pelik-pelik dan tidak pasti dengan kesahihhannya, jangan mudah percaya. Jika mudah percaya, kita akan anggap cerita ini sebagai berita benar dan sebarkan kepada orang lain pulak. Lama kelamaan, bila sudah ramai yang tahu cerita macam ni, ia akan menerbitkan bibit-bibit kebencian pada Sultan Melayu di Malaysia.

Kalau kita tak percaya, cerita macam ni akan berhenti dengan sendirinya. Orang yang buat cerita ni, memang berniat jahat, kalau boleh tangkap orang yang buat fitnah macam ni, lagi bagus.

Pasal mamat sekor yang Mc ceritakan tadi tu, akhirnya dia akur bahawa cerita pasal Sultan Melayu, tidak betul dan satu pembohongan. Cuma bila Mc tanya pada siapa dia dengar cerita ni, dia tetap taknak beritahu. Kawan katanya. Lantak dia lah.. tu dia punya hal.

Nampaknya tak habis-habis cubaan jahat untuk menjahanamkan imej Sultan. Apa yang mereka dapat bila orang melayu sendiri sudah tidak hormatkan Sultannya?? Mereka nak jadikan Malaysia sebagai negara republik? Ini cita-cita puak jahat Pakatan Haram.

P/s: Kalau tak suka kaum Melayu pun, Janganlah Sultan Melayu pulak difitnahnya...

Mctheory:
Raja Adil Raja Di Sembah!! Daulat Tuanku!!

2 ulasan:

hangkedee berkata...

Puak puak anti melayu sedar tak raja di Malaysia ini ada tak dari se name Chong atau Muthu?

santauangin berkata...

Yang bawa cerita tu pun haram jadah. Tak siasat apa akan kebenaran nya dah mula di jaja kemerata solok rantau. Memang harami si bawa cerit tu. Apa nama nya ? Hanip ? Memang kamjat dan musibatol lah dajal ni.Awat tak reti ke hang nak hormat Raja Raja Melayu ni. Dasar musibat