Selasa, 12 Oktober 2010

PANAS! SIAPA CALON BN UNTUK N.45 DUN GALAS??!!


Teka-teki siapa calon BN menjadi isu besar sekarang. Dengar cerita selepas Perhimpunan Agong UMNO, baru Ds Najib nak umumkan calon BN.

Kalau BN nak menang besar dan menjaminkan kemenangannya. BN boleh mengambil Ku Li sebegai calon BN di galas, tapi ia hanya menjadi penunjuk dan ukur aras jangka masa pendek, kerana kita sudah mengetahui kehebatan Ku Li di kawasan parlimen Gua Musang. Jika BN nak lihat populariti parti itu di kawasan Galas semestinya populariti BN di Kelantan, BN perlu mencuba letak calon baru, semestinya anak tempatan.

Ds Najib sendiri pun belum pasti nak letakkan siapa di Galas, Ts Muhyiddin dah setuju nak letak Ku Li sebagai calon. Apa yang pasti, calon yang UMNO/BN pilih ini perlulah bersih dan disenangi rakyat setempat. Janganlah pilih calon bermasalah, kesian kepada jentera nanti, susah nak kempen.

Calon dulu sememangnya sudah ditolak oleh rakyat Galas, jangan pula BN tersilap langkah hingga membuat kesilapan yang sama.

Yang Dipertua Majlis Veteran Umno Kelantan, Datuk Rozali Isohak berkata dengan sokongan padu semua pihak, tidak mustahil kawasan yang menjadi kubu kuat Umno dan BN Kelantan kembali dikuasai Umno selepas ini.

"Secara tradisinya DUN Galas milik Umno, disebabkan wakil rakyat sebelum ini tidak mengambil tahu masalah rakyat, Umno kalah kepada PAS pada pilihan raya umum lalu," katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau berkata DUN Galas merupakan jantung dan hati kepada Umno Kelantan kerana tidak pernah kalah termasuk pada pilihan raya umum 1990 di mana kerusi Umno dan BN tinggal dua sahaja.

"Tidak mustahil Umno dan BN Boleh menang sekiranya calon yang dikemukakan oleh Ku Li mendapat sokongan semua pihak," katanya. nak baca sambung sini.

Kalau ikut Mc la, Mc lebih suka calon baru diketengahkan, jangan ambil Ku Li, tapi mintak Ku Li yang pilih calon. Beliau lebih arif mengenai kawasan beliau. Kalau letak Ku Li, dah tentu UMNO akan menang, tapi kalau letak calon lain, UMNO/BN boleh menguji sejauh mana populariti dan kekuatan parti. Amacam setuju?

P/s: Ini hanyalah pandangan, cadangan untuk masa depan parti.

Mctheory:
Sokong saja sapa pun..

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mac,
Awak ni dh mcm tuhan pulak dgn statement jika Ku Li calon gerenti BN boleh menang.

Semuanya adalah atas qada & qadar dari Allah swt, kita hambanya hanya merancang, hanya Allah yg menentukan.

- Hanya menasihati sesama Islam -

Tanpa Nama berkata...

ilek la anon kt atas ni..ni kan namenye menganalisa..bukannye nk berlagak seperti tuhan..pape pon, aku sokong kalau letak calon yg menjadi pilihan semua orang, dan calon itu bukan Ku li..sebab kite nk kesan jangka masa panjang, bukan bersorak hanya untuk beberapa tahun..