Khamis, 14 Oktober 2010

SURAT TERBUKA UNTUK YUSMADI YUSUF!


Oleh JEFRI ZACHARIAH/KitaGempur.com

Sudah lama saya mendengar cerita yang tidak enak mengenai saudara selaku Ahli Parlimen Balik Pulau. Semuanya mengenai kegagalan saudara menjalankan tugasan yang efektif di kawasan tersebut, jarang nampak muka, jarang balik kawasan dan sebagainya.

Namun bagi saya ini adalah lumrah menjadi seorang ahli politik, musuh bersepah di sana sini. Jadi kemungkinan semua yang diperkatakan itu cuma satu fitnah politik untuk menjatuhkan saudara sebagai pemimpin kawasan berkenaan.

Apapun saya juga percaya, kalau tiada angin masakan pohon bergoyang. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh takkan orang nak kata.

Melalui luahan masyarakat Balik Pulau, boleh disimpulkan yang saudara cuma hangat-hangat tahi ayam.

Masa awal jadi wakil rakyat kerap saudara turun padang. Tapi kini dah tak nampak muka lagi.

Pegawai khas saudara dilaporkan tak tahan lagi dengan maki hamun rakyat hingga ada yang minta berhenti.

Bila saudara selalu sibuk kat KL tapi Pembantu Khas lah yang jadi galang ganti. Sampai bila Pembantu Khas boleh tahan (sabar kena hamput dengan rakyat).

Janji-janji pilihanraya dulu pun belum lagi ditunaikan?

Dan kini orang Melayu di Balik Pulau semakin 'panas' bila saudara dilihat berdiam diri dengan cadangan kerajaan negeri sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) untuk kaum Cina di situ.

Kerajaan negeri dikatakan telah mewartakan tanah seluas 81 hektar di Pondok Upeh dan Kampung Genting di sini untuk tujuan itu.

Pewartaan itu dibuat mengikut Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 15 Ogos lalu.

Difahamkan, tanah di kedua-dua kawasan terlibat terdiri daripada kebun buahan-buahan yang mempunyai pemilik dan membabitkan kira-kira 10 buah rumah.

Jika ia dilaksanakan, maknanya dalam tempoh 10 tahun lagi, tiada lagi kawasan hijau dan perkampungan Melayu di Balik Pulau.

Persoalannya, sanggupkah saudara sebagai pemimpin Melayu di kawasan tersebut melihat bangsa anda semakin hilang hak dan pegangan di bumi sendiri?

Sudahlah orang Melayu Pulau Pinang kini 'dihalau' secara sistematik dari pulau tersebut, Balik Pulau yang menjadi antara 'kubu terakhir' orang Melayu pun nampaknya semakin hari semakin diancam fenomena yang sama.

Sepatutnya pada saudaralah orang Melayu nak bergantung harap, saudara seorang anak muda, berkelayakan tinggi dan sangat diyakini kepimpinannya, tetapi nampaknya semuanya itu sia-sia sahaja.

Apa yang diharapkan dan apa yang saudara 'tunjukkan' ternyata jauh panggang dari api.

Saudara tidak punya masa. Seeloknya lebih baiklah saudara siapkan beg pakaian dari sekarang kerana PRU-13 sememangnya bukan untuk saudara.

Balik Pulau tidak perlukan seorang pemimpin Melayu yang nampak gah, tapi ternyata bacul dan menjadi duri dalam daging pada bangsa sendiri!

* Yusmadi merupakan Ahli Parlimen Balik Pulau, Pulau Pinang dari Parti Keadilan Rakyat. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional - UMNO, Datuk Dr. Norraesah Mohamad dengan majoriti sebanyak 708 undi. Beliau memperolehi 15,749 undi berbanding lawannya 15,041 undi.

Mctheory:
Sendiri mau ingat laaa...

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bro..ini video khas untuk mu..

http://www.youtube.com/watch?v=FSbbZuJU5tw&feature=related