Sabtu, 3 Disember 2011

KASI PANAS!! APA MASALAH TUN DR MAHATHIR DENGAN DS NAJIB NI??



Sedang Perhimpunan Agung UMNO hangat berlangsung. Tun Dr Mahathir dengan bersemangat memberi komen untuk menyucuk lagi kekuatan dalam UMNO. Pelbagai kontroversi yang dibuat oleh pembangkang untuk menlaga-lagakan Tun Dr Mahathir dan DS Najib namun kesan daripada lagaan itu langsung tidak meruntuhkan UMNO.

Malah kedua-dua negarawan itu membuktikan bahawa UMNO tidak memerlukan tunjuk ajar dari luar untuk menjaga parti. Orang yang mahu merosakkan parti, akan terlebih dahulu disingkirkan. Pujian dan sokongan Tun Dr Mahathir jelas kelihatan


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi satu tip politik yang ringkas dan padat bagi pengundi rakyat Malaysia. 
Sambil memuji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana "membetulkan kesilapan" dalam sistem politik, beliau berkata Najib perlu diberi peluang untuk memimpin negara. 
"Beliau semakin popular, beliau membetulkan kesilapan yang telah dilakukan oleh pengganti saya. "Saya sokong Najib, beliau adalah yang terbaik, beliau layak diberi peluang," kata Dr Mahathir pada sidang akhbar di sini, Jumaat. 
Negarawan yang berumur 86 tahun itu berada di sini untuk menghadiri sidang kemuncak tahunan pemimpin Hindustan Times di mana beliau menyampaikan ucaptama.
Dalam ucapannya, beliau memberi amaran terhadap pemimpin global utuk memerhatikan perubahan besar yang sedang berlaku kegagalan rancangan ekonomi pusat, pengaruh media sosial dan kerancakan orang ramai menyeberangi sempadan. 
"Ini merupakan perubahan radikal yang berlaku dalam abad ke-21. Semua ini akan memberi kesan terhadap apa yang kita lakukan, bidang politik, ekonomi, sosial atau kewangan."Jika kita enggan mengakui perubahan ini, kita tidak akan mampu menghadapi cabaran-cabaran ini," katanya. 
Dalam ucaptamanya bertemakan "Cabaran Perubahan Dalam Abad Ke-21", beliau berkata demokrasi bukan satu sistem yang buruk tetapi bukan satu penyelesaian bagi semua kelemahan politik. 
"Demokrasi merupakan satu bentuk terbaik sesebuah kerajaan, bukan mudah untuk mentadbir kerana rakyat tidak faham mengenai batas-batas demokrasi," katanya lagi.-BERNAMA

Tiada ulasan: