Rabu, 21 Disember 2011

KASI PANAS!! PAS KEDAH SEKSA RAKYAT, KERAJAAN PUSAT BANTU RAKYAT!!


Di sebabkan kegagalan kerajaan negeri Pas Kedah menguruskan permasalahan pengangkutan awam utama di Sungai Petani, (perkhidmatan Bas tempatan), nak baca boleh klik sini. Kerajaan Pusat dengan berbesar hati telah meluluskan peruntukan sebanyak RM400 juta melalui SPAD (suruhanjaya pengangkutan awam darat) untuk membantu syarikat-syarikat pengangkutan awam yang mempunyai masalah, agar dapat syarikat tersebut meneruskan perkhidmatan kepada orang ramai.

Kini penduduk Sungai Petani boleh menarik nafas lega, apabila Kerajaan Pusat yang banyak memainkan peranan dalam kebajikan kepada rakyat, senantiasa membantu apabila diperlukan.


Jika kita bandingkan dengan Pakatan Rakyat yang mengunakan slogan Negara Berkebajikan, kebajikan apa sangat yang puak Pakatan ni buat? Terbandingkah kebajikan mereka dengan kebajikan yang di lakukan oleh Kerajaan Pusat sudah lebih 50 tahun membela rakyat. Kalau hanya pakai slogan kebajikan semata-mata untuk retorik, baik tak payah la. Rakyat bukan boleh makan janji dengan retorik, yang rakyat makan ialah nasik.

Contoh terbaik yang boleh kita lihat ialah masalah Bas di Sungai Petani. Sampai sekarang tak ada tindakan apa-apa pun dari kerajaan negeri Kedah. Exco kerajaan tempatan juga tak pernah turun padang. Muka hidung pun tak pernah nampak, mungkin exco-exco kerajaan negeri Kedah sekarang agak sibuk ke Thai dengan bermain golf masuk lubang.

Mc kata golf masuk lubang, bukan lain.. heh..

Lepas ni tak payah la kita bagi puak Pas ni kuasa jadi kerajaan lagi. Sudah-sudah la percaya dengan apa yang mereka janjikan. Depa dok kutuk UMNO teruk itu dan ini.

Bila depa naik, bukan kata makin elok. Makin buruk ada la..

Kedah Sejahtera! Rakyat Sengsara!

McTheory:
Pas Kedah sudah sampai tarikh luputnya.. patut di tukar..

Tiada ulasan: