Isnin, 16 Januari 2012

TERPANAS!! Benarkah Pas Menyokong Kebebasan Mahasiswa?? Kantoi Puak SMM!

Pelajar KUIN yang digantung..


Pihak pembangkang ruih rendah mahu akta AUKU di hapuskan. Malah mereka mengunakan proksi yang ada  dalam kampus IPT, untuk meracun otak Mahasiswa bagi membuat kacau dan berdemo di sana sini.

Hinggakan pada kejadian terbaru, hero Mahasewel, Adam Adli telah digantung 3 semester oleh pentadbiran UPSI kerana melanggar undang-undang sebagai pelajar.

Pergantungan Adam Adli, dilihat kejam, malah ada yang melihat sebagai pergantungan politik dan salahguna kuasa kerajaan.


Itu kalau kena disebelah kita. Bagaimana pula tindakan dorang, kalau ada pelajar di tempat dorang buat kacau?

Dorang biarkan saja kah?

Bukankah mereka ini melaungkan kebebasan mahasiswa. Takkan mereka melaungkan, mereka tak sokong, betul tak?

Baca berita dibawah.


KUALA LUMPUR, 27 Mei: Dewan Pemuda PAS Pusat mahu pihak pentadbiran Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kedah mengkaji semula tindakan menggantung pengajian lima pelajarnya kelmarin.


Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, Ketuanya Nasruddin Hassan berkata terdapat cara yang lebih baik bagi menyelesaikan perkara itu dan selain hukuman menggantung pengajian.


“Tindakan itu tidak mendatangkan kebaikan kepada pelajar sebaliknya menjejaskan masa depan mereka. Bertindaklah dengan hikmah dan lunak.


“Gantung mahasiswa menjejaskan masa depan pengajian mereka. Mereka perlu didikan dan bimbingan bukan tindakan keras seperti itu,” tambahnya.


Dalam perbicaraan tatatertib pada 25 Mei lalu, enam mahasiswa kolej itu dijatuhkan hukuman gantung pengajian dan seorang darinya dikehendaki membayar denda.


Mohd Faiz Mohd Arshad digantung dua semester manakala Mohd Aiman Che Ab Razab, Zukhilatif Marzukhi, Mohd Azlan Mat Zain dan Ahmad Remi Md Arof, digantung satu semester dan diberi surat amaran.


Seorang lagi, Mohamad Farhan Bin Mohamad Baharin juga diberi surat amaran dan didenda RM100.


Kesemua mereka didakwa di bawah kesalahan Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) kerana menyertai demonstrasi, memberikan ucapan di hadapan orang ramai menggunakan pembesar suara (speaker corner), dan serta mengadakan kenyataan akhbar dan kepada orang awam berhubung bantahan pembukaan Sekolah Insan Bestari menggunakan bangunan tahfiz.


“Saya harap pihak KUIN mengkaji semula tindakan gantung yang diambil ke atas 6 pelajarnya.


“Saya juga merayu agar pihak kerajaan negeri campur tangan menyelesaikan perkara ini dengan baik dan bertemu dengan pelajar," gesa Nasruddin.


Sebelum daripada itu, pada 1 April lalu, sekumpulan pelajar mengadakan demonstrasi selepas solat Jumaat bagi menuntut semula bangunan tahfiz yang akan diguna untuk pembangnan Sekolah Insan Bestari tersebut.


Rentetan itu, Timbalan Dekan Kuliah Al-Quran, Muhammad Idrus Ismail didakwa telah dilucutkan jawatan kerana turut terlibat dalam demonstrasi tersebut.


Selain itu, mereka kemudiannya mengadakan sepaker corner bagi menjelaskan perkara itu namun dihalang pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP).


Mereka kemudiannya bertindak mengeluarkan kenyataan akhbar kepada media menggesa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak campur tangan.


Tidak cukup dengan itu, mereka kemudiaanya menyerahkan satu memorandum ‘selamatkan idealisme mahasiswa' kepada Presiden PAS meminta agar Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menasihati Menteri Besar Kedah untuk menangani isu tersebut secara adil.


Sementara itu, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) juga bercadang untuk membawa isu tersebut ke Muktamar PAS Ke-57 pada 4 dan 5 Jun ini, untuk dibahaskan oleh para perwakilan.


Cadangan tersebut dibuat dengan membawanya menerusi perwakilan untuk membolehkan para pemimpin PAS campurtangan bagi menyelesaikan isu itu yang kini telah menjadi semakin rumit.


Pengerusi SMM, Ahmad Syukri Che Ab Razab menjelaskan, dengan membawa isu tersebut ke muktamar, pihaknya berharap agar ia akan menjadi salah satu isu utama untuk dibahaskan bagi membolehkan semua pihak mendapatkan penjelasan mengenainya.


Menurut beliau, lanjutan dari itu, ia diharap akan membawa kepada satu penyelesaian yang baik terhadap isu tersebut, setelah ia menuju kepada kemuncak tindakan, dengan tindakan tatatertib yang membawa kepada penggantungan pengajian ke atas 6 orang pelajar KUIN - Harakahdaily


Namun sehingga kini, nasib pelajar KUIN itu masih belum terbela. Malah pergantungan 2 semesta dari pembelajaran juga berjalan dan sedang menerima hukuman.

Apakah ini tanda-tanda kerajaan negeri Pas menyokong AUKU dibubarkan?

Di mana hak mahasiswa berdemo ketika di dalam negeri Pakatan?

SMM tak pula berdemo mengegarkan pintu pagar KUIN untuk membela mahasiswa yang telah digantung itu.

Takdak pula geng SMM berguling tidur depan KUIN untuk membantah keputusan mahasiswa digantung akibat berdemo?

Kenapa pendirian SMM berat sebelah?

Kalau benar pejuang kebebasan Mahasiswa, pejuangkanlah nasib si mahasiswa KUIN ini. Kenapa berjuang pun berpilih-pilih?

Atau SMM hanya berjuang untuk memburuk-burukkan kerajaan BN saja?

Pembangkang menyokong kebebasan Mahasiswa.. kes KUIN ini umpama meludah ke langit.. kena ke muka sendiri!



McTheory:
Kebebasan Mahasiswa, atau Mahasiswa pencacai Pakatan haram?

3 ulasan:

Awanama berkata...

Pembangkang mencolek isu Mahasewel bagi dijadikan isu politik murahan.Sial punya pembangkang..

Awanama berkata...

Ahh.. Ini kerja umno ni.. Tipu ni..

Awanama berkata...

kenapa nak pertikaikan apa yang dah tersurat SMM memang memperjuangkan hak2 pelajar KUIN yang digantung?
Guling2 atas jalan, buat salah tak buat salah. Bagi saya, ianya tindakan yang kurang matang. kenapa nak tuduh SMM berat sebelah hanya kerana mereka taknak buat aksi2 kurang matang macam tu?
memang MB sepatutnya beri penjelasan tentang isu ini, yang DIPOLITIKKAN.
Maaf ye, saya berpendapat tulisan anda ni berat sebelah dan lebih menumpukan kepada isu2 sampingan dan agak mengikut hati.
Mungkin boleh ulas isu2 akan datang dengan lebih berhemah?
Terima kasih.