Khamis, 30 Ogos 2012

HOT!! Paris Hilton Masuk Islam?? Biar Betul?

JEDDAH - Arab Saudi - Artis terkenal, Paris Hilton telah menukar agama kepada islam menurut jurucakap beliau, Ian Brinkham melalui media CBS. Dengan menukar agama kepada islam, beliau telah mengambil keputusan untuk meninggalkan cara hidup lama sebagai selebriti dan artis terkenal.

gambar lama

Katanya "saya telah menemui kedamaian dalam hidup saya selepas menganut islam. Sebelum ini, saya lebih dikenali sebagai seorang yang tidak bermoral, rendah akhlak dan sanggup melakukan kerja-kerja kotor, tetapi sekarang semua itu sudah berubah. Pujian hanya kepada Allah".

Paris Hilton telah menukar namanya kepada 'Tahirah' yang bermaksud suci dalam bahasa arab. Beliau akan mula memasuki sekolah agama islam pada julai ini. Tindakan mengejut Paris Hilton ini pastinya akan menjadi igauan buruk bagi selebriti-selebriti terkenal yang lain.

Berita ini benar-benar mengejutkan!!

gambar terbaru..

Kalau yang nakal dan buas macam ni pun boleh insaf.. memang mengejutkan.. namun tak tahulah berita ni sahih atau tidak.. kalau sahih Alhamdullilah..

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

Tak benar sebab article in adalah satu 'satire'.

Ohin berkata...

maaf, tapi berita ni x benar sebab:

1. berita dikeluarkan oleh Dailyquib.co.uk yang mana reka cerita untuk hiburan. & copyright dailysquib.co.uk berbunyi :

"© Copyright 2012 dailysquib.co.uk | The Daily Squib is a curious satirical publication and should therefore be taken fu**ing seriously ;)"

maaf, ini hanya copy paste dari website tersebut.

2. 2-3 gambar paris memakai hijab(tudung) tidak bermakna dia dah masuk islam. princess kate pun pakai hijab ketika lawat masjid di malaysia. itu x bermakna beliau masuk islam...

3. tiada sumber sah yang lain

Tanpa Nama berkata...

http://myummah.co.za/site/2011/02/08/paris-hilton-did-not-convert-to-islam/
copy paste drpd website yg nafikan pasal kes ni