Rabu, 29 Ogos 2012

TUDIAA!! Benarkah Ayahanda Tun Dr Mahathir Kata Kerajaan BN Sama Dengan Syaitan?



Tun M tempohari ada mengeluarkan peribahasa inggeris yang berbunyi 'better the devil you know than the angel you don't'. 

Saya begitu yakin bahawa orang yang tidak biasa menggunakan peribahasa Inggeris seperti Nik Aziz akan mengungkapkan peribahasa tersebut sebagai "lebih baik syaitan yang kamu kenal daripada malaikat yang kamu tidak kenal".

Orang yang tinggi pemikiran seperti Tun M pasti akan menggunakan bahasa Inggeris dan bukannnya bahasa Melayu bagi mengungkapkan peribahasa ini kerana ianya peribahasa Inggeris. Tun M sebenarnya menyindir parti lawan atau pembangkang yang kita lihat sangat baik seperti Malaikat tetapi batiniahnya lebih teruk jika hendak dibandingkan dengan syaitan yang kita sedia tahu jahat.

Sindiran ini juga ibarat menghentam sifat kepura-puaraan pakatan dalam memperjuangkan kebajikan rakyat. Dahulu mereka kata mereka mahu mewujudkan negara Islam tetapi sekarang mereka kata mahu mewujudkan negara berkebajikan kerana tiada dalam Al-Quran menyatakan negara Islam.

Berkenaan Isu Hudud, PAS berlolong mengatakan mereka mahu melaksanakan hukuman Hudud. Persoalannya mampukah mereka melaksanakan sesuatu rang undang-undang tanpa persetujuan majoriti di Dewan Rakyat? sudikah DAP mengorbankan prinsip mereka mahu membenarkan Hudud dilaksanakan di Malaysia? Sebagai Islam saya menyokong hukuman ini dilaksanakan tetapi biarlah ianya berpaksikan Islam dan bukan hanya sandiwara politik.

Berbalik kepada peribahasa Inggeris, peribahasa asal berbunyi'better the devil you know than the devil you don't'. Tun M ternyata telah mengubah perkataan Devil kepada Angel. Itu bukan masalah besar kepada orang yang mindanya celik. Jika kita buka kamus Bahasa Inggeris - Bahasa Melayu. Angel mempunyai banyak maksud selain Malaikat. 


Dalam bahasa Inggeris, perkataan 'angel' mempunyai banyak maksud seperti malaikat, bidadari, baik hati dan menyebelahi pihak yang benar. Namun, agak mengecewakan apabila Seorang Tokoh yang diiktiraf pembangkang hanya berfikiran cetek dengan mengambil maksud angel itu ialah Malaikat. Ini adalah dakwaan yang cuba diputar belitkan dengan bantuan harakah kononnya Tun M rela berbaik dengan Syaitan daripada Malaikat yang sebenar. 


Kalau ada pun individu yang rela berbaik dengan syaitan dengan menerima bantuan syaitan ialah Nik Aziz sendiri seperti rakaman dibawah:


Dari sudut mantik pula, peribahasa tersebut telah menyindir pakatan pembangkang yang membawa maksud lebih baik kita kenal dengan orang yang jahat daripada orang yang munafik. Orang yang jahat kita tahu dia memang jahat tetapi orang yang munafik ini adalah orang yang berpura-pura. Bila berkata dia berdusta, bila berjanji dia mungkir. Salah satu janji pembangkang yang kita tahu mereka dusta ialah impian 16 September merampas kerajaan melalui lompat parti.

Secara jelasnya, Nik Aziz tidak memahami perumpamaan yang diberikan oleh Tun M dan sewajarnya Nik Aziz dan harakah memohon maaf atas kekhilafan mereka menyampaikan maklumat yang "Tepat dari Sumber"

Nukilan Harapan Esok

3 ulasan:

Awanama berkata...

Tun, semakin banyak dia bercakap...semakin banyak kejahilannya tentang Islam terdedah.
Dulu katanya dia hanya baca al-Quran dlm bahasa Inggeris...bila masanya al-Quran tu turun dlm bahasa Inggeris, kalu Bible tuu..confirm lee.. Skrng ni guna plak peribahasa mat saleh yg nampak sangat bercanggah dgn akidah seorang muslim....bila org kritik, ada plak pencacai yg nk backup Tun...macamla dia tau apa yg ada dlm kepala otak tun....

Zizan berkata...

Yang betul ialah: 'better the devil you know than the devil you don't'Bukan --- than the angel!

Awanama berkata...

"Better the devil you know than the devil you don't know - It is better to deal with something bad you know than with something new you don't; the new thing might be even worse. The proverb is of Irish origin and has been traced back to the 1539 Collection of proverbs by R. Taverner. First attested in the United States in 'Dodd Cases' by K. Livingston..." "Random House Dictionary of Popular Proverbs and Sayings" by Gregory Y. Titelman (Random House, New York, 1996).
Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2012/08/kenapa-baghal-sangat-juak-pr-tidak.html#wOirzjQilQvsJjlQ.99