Selasa, 25 Disember 2012

PANASS!! Kalimah Allah, Guan Eng Lagakan Umat Islam dengan penganut Kristian!!


1. Setelah sekian lama isu ini dimatikan, nampaknya Lim Guan Eng dengan beraninya mengeluarkan kenyataan menggesa supaya perkataan Allah dapat diguna pakai untuk penganut agama Kristian bagi merujuk kepada Tuhan mereka.

2. Sekali lagi taktik kotor pembangkang khasnya DAP digunakan supaya menimbulkan kemarahan umat Islam terhadap penganut agama Kristian.

3. Seperti yang dijelaskan di dalam artikel sebelum ini, ternyata pembangkang masih lagi menggunakan taktik yang sama; iaitu mengusik atau 'provoke' khasnya orang Melayu untuk menyerang agama Kristian lalu melabelkan mereka sebagai orang UMNO yang ekstremis.

4. Sengaja perkara ini dibangkitkan pada ambang sambutan perayaan terbesar penganut agama Kristian, Krismas.

5. Ini adalah peluang bagi Lim Guan Eng dan parti pembangkang untuk menggunakan peluang tatkala penganut agama Kristian yang pada waktu ini sedang bergembira dan bersuka ria bersama keluarga supaya dihasut lagi elemen membenci kerajaan.

6. Mesej ini khususnya disasarkan kepada penganut Kristian di Sabah dan Sarawak kerana penganut Kristian di semenanjung kebanyakannya menggunakan bahasa Inggeris di dalam kitab mereka dan tidak sekali-kali merujuk kepada Tuhan mereka sebagai Allah tetapi 'God'.

7. Lim Guan Eng ataupun nama Kristiannya, Joseph Lim semakin lama semakin mirip kepada PAS dengan menggunakan agama sebagai pentas politik mereka.

8. Tidak kurang juga gereja-gereja kini dipenuhi oleh ahli-ahli DAP mengambil kesempatan perhimpinan penganut Kristian di pagi Ahad dengan berpolitik dan bukan berkhutbah untuk membawa kebaikan.

9. Mesej-mesej kebencian telah disampaikan di dalam gereja supaya menolak kerajaan yang sedia ada sama seperti modus operandi PAS yang menggunakan masjid sebagai pentas berpolitik dan menyebarkan fitnah-fitnah jahat.

10. Parti pembangkang yang ada ketika ini terlalu menggilakan kuasa sehingga sanggup menggunakan apa sahaja sumber yang mereka ada untuk memaksimakan kepentingan politik mereka.

11. Saya secara jujurnya tidak melihat perbuatan Joseph Lim Guan Eng adalah untuk membela penganut Kristian tetapi sebaliknya menyimbah petrol kepada api yang sudahpun hampir mati.

12. Tidak mustahil apabila dikatakan bahawa demi kepentingan politik, mereka sanggup menawarkan kepada penganut Kristian untuk menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi negara semata-mata untuk meraih simpati pengundi beragama Kristian. Walaupun pada hakikatnya mustahil untuk mengubah perkara tersebut atas dasar undang-undang dan perlembagaan persekutuan negara kita yang melindungi kedudukan agama Islam.

13. Juga tidak mustahil, demi kepentingan politik juga, pembangkang menyokong usaha supaya orang Melayu dibolehkan untuk murtad.

14. Kesimpulannya mudah sahaja, Lim Guan Eng mahukan supaya orang Melayu menyerang penganut agama Kristian. Pada waktu serangan tersebut, akan ada juga orang Melayu yang agak emotional lalu mengeluarkan kata-kata kesat terhadap penganut agama Kristian yang sedikit sebanyak akan membawa kegeseran antara rakyat.

15, Gunakan Hak Untuk berfikir sebelum Hak Untuk Bersuara.

Truth Vaccine

2 ulasan:

merbah desa sgt berkata...

hanya ISLAM saja yang ALLAH restui kerana ISLAM adalah SATU2NYA UGAMA YANG ALLAH CIPTA.ugama2 lain MANUSIA YANG CIPTA.ALLAH hanya SATU SAJA jadi UGAMANYA PUN SATU JUGA.tiada ugama lain.[sila rujuk dalam surah ALKAFIRUN].dari itu ugama2 lain adalah TIDAK LAYAK DAN TIDAK BOLIH menggunakan namaNYA.ini adalah taktik PR untuk mewujudkan ISLAM LIBERAL di NEGARA ini.WALLAHU'ALLAM.

Awanama berkata...

kuno