Ahad, 16 Disember 2012

PANASS!! PKR Pulaukan Konvensyen Dap?

Dap parti kroni dan anak beranak

Dalam banyak-banyak perkara dalam Konvension Dap ni, Mc cuma tertarik dengan satu perkara saja. Ketidak hadiran pimpinan pusat parti PKR. Blogger CTS, ada menerangkan tentang perkara ini.

Tidak ada perkara yang lebih menarik di dalam Kongres DAP Nasional Ke 16 di Pulau Pinang melainkan ketidakhadiran pemimpin-pemimpin utama PGayR. Di mana Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum, di mana Wan Azizah selaku Presiden parti dan di mana Azmin Ali selaku Timbalan Presiden? Sibukkah Mereka? Sekurang-kurangnya parti PAS mewakilkan Mahfuz "The Bean" Omar selaku Naib Presiden dan Setiausaha Agong, Mustapha Ali. Timbalan Presiden PAS pula, Mat Sabu turut hadir selepas makan tengah hari.

Seolah olah PGayR telah memboikot konvensyen ini. PGayR hanya menghantar pemimpin negeri Dr Mansor Othman yang sebelum ini dilaporkan bertelagah dengan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan Ketua Wanita Zuraidah Kamarudin. Ketidakhadiran pemimpin utama PGayR dalam Kongres Nasional DAP sesuatu yang pelik apabila membayangkan inilah perhimpunan terakhir parti teras Cina itu sebelum pilihanraya umum ke 13.

Apakah ura-ura sebelum ini yang mengatakan parti DAP ingin meminta lebihan kerusi di dalam Konvensyen ini menjadi punca Konvensyen DAP diboikot oleh PGayR? Khabar angin berkenaan nyata terbukti pagi tadi apabila ucapan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menuntut parti tersebut diberikan tambahan kerusi di Semenanjung dalam PRU13. Lim Guan Eng dengan megah dan selamba berucap di hadapan perwakilan DAP.

Apakah PGayR merasa tersinggung dengan tindakan Lim Guan Eng nampaknya tidak lagi menggunakan saluran rasmi Pakatan Haram untuk berunding kerusi antara pembangkang sebaliknya menyuarakan secara terbuka di dalam perhimpunan parti, sehingga menyebabkan tindakan boikot? Ketua Menteri Pulau Pinang itu menuntut tambahan sekurang-kurangnya tiga kerusi parlimen dan 10 kerusi DUN dalam PRU13 dan parti-parti di dalam Pakatan Haram masing masing masih menyembunyikan masalah di antara mereka. Amat lucu sekali!

McTheory:
Dap dan Pas, ada masalah dengan PKR!

Tiada ulasan: