Selasa, 9 April 2013

GEMPAR!! Persidangan Ulamak Pondok Fatwa Undi Pas Haram, Nik Aziz Sesat! #TolakPR



GURUN – Golongan ulama pondok hari ini membuat satu deklarasi bahawa mengundi Pas dan PKR yang menentang Umno pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini adalah haram di sisi Islam.

Pas dan PKR turut bertangungjawab melakukan jenayah paling besar terhadap umat Islam kerana membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam dan menyokong pluralisme agama.

Ketua Penerangan Pondok Minda, Kelantan, Harun Yahya berkata kenyataan bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP kebangsaan, Karpal Singh berkaitan isu itu jelas menunjukkan perjuangan mereka.

“Ini adalah agenda dan strategi Yahudi untuk menghancurkan Islam paling besar berlaku dalam sejarah,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Persidangan Ulama-Ulama bersama Kepimpinan Pondok-Pondok/ Sekolah Agama Rakyat/Tahfiz al-Quran peringkat kebangsaan yang berakhir di sini.

Beliau berkata, deklarasi itu dicapai setelah tiga hari hampir 150 orang tokoh ulama dan kepimpinan tersebut termasuk Penasihat Pondok Minda, Tok Guru Abdullah Sa’amah bersidang bermula Sabtu lepas.

Persidangan bertujuan memperkasa dan mempertahankan agama Islam sebagai agama rasmi dan persekutuan dengan merujuk nas-nas daripada kitab-kitab ulama Ahli Sunnah Waljamaah yang muktabar, katanya.

Menurut Harun parti-parti pembangkang yang memperjuangkan penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam didapati mengemukakan nas-nas tidak betul, bertentangan dengan Islam dan menyesatkan.

“Semua orang tahu ALLAH adalah nama tuhan bagi umat Islam dan al-Quran diturunkan kepada penganutnya. Kalimah ALLAH mengajar dan membawa maksud tiada tuhan melainkan Dia (ALLAH).

“Oleh itu bukan Islam tidak boleh guna nama ALLAH sebagai nama tuhan mereka. Mereka perlu tinggalkan kepercayaan untuk menganut Islam jika mahu menggunakan (kalimah) ALLAH sebagai nama tuhan kerana ini membezakan tuhan orang Islam dan bukan Islam,” kata Harun.

Beliau berkata, membenarkan nama ALLAH digunakan oleh agama lain sebagai nama tuhan mereka memberi kesan bahawa semua agama adalah sama dan diturunkan ALLAH.

“Sekiranya dalam Bible ada nama ALLAH, dalam kita lain pun sama, semua pihak akan beranggapan semua agama adalah sama iaitu agama ALLAH,” katanya.

Beliau menasihatkan umat Islam tidak leka dalam soal ini dan mengesyorkan supaya mengadakan solat hajat bagi memohon pertolongan ALLAH S.W.T. – BERNAMA



P/s: Mereka ini bukan calang-calang Ulamak tok guru pondok. Mereka isytihar perang dengan Pas disebabkan Pas tidak lagi perjuangkan Islam. Nik Aziz pula sudah sesat sejak menjadi Ulamak politik.

McTheory:
Undi Pas dan PKR, anda sesat!

3 ulasan:

Awanama berkata...

Semua nie sptutnye brkhir jika umno mengambil nasihat Nik Aziz untuk menegakkan hukum Allah iaitu hudud, Allahlah yg cipta melayu,cina,india tpe pm kte xkan wat hudud kat malaysia krane kte tidak sesuai bagai mengatakan dye pm lebih bijak dari Allah dengan mengambil hukum selain dari hukum Allah sedangkan Allah maha bijaksana lagi maha mengetahui. na'uzubillah. Najib ble pompuan hulur tngan tuk salam dye slam je, dye xmengerti hukum haram.

Awanama berkata...

Org cerita pasal nik aziz sesat ..kau cerita pasal umno kena dgr nik aziz...kau ni pun dh sesat jg ke?..cuba kau siasat dulu betul ke tak kenyataan ulamak ulamak diatas...adakah seseorang mcm tgna mengatakan allah itu itu samseng,tupai boleh dimakan,nabi muhamad itu sama dgn mamat dkt kg,..bg aku kenyataan mcm ni memang sudah lari dari lunas islam sebenar...jgn biarkan ajaran semacam ini menyesatkan lagi anak cucu kita...jgn hanya pangdang pada pakaian sahaja..ia meliputi semua aspek..perbuatan dan tutur kata..

Awanama berkata...

Allahhuakbar'Allahhuakbar'Allahhuakbar'( hidup pas)