Isnin, 29 April 2013

PANASS!! Amiruddin Exco Pas Paling Gagal! #TukarKedah #SaveKedah


Kerajaan PAS Kedah mengakui gagal menarik pelaburan dalam sektor pembuatan yang menurun dengan drastik pada 2012 berbanding tahun sebelumnya.

Bagaimanapun, Menteri Besarnya, Azizan Abdul Razak enggan memberitahu jumlah pelaburan sektor pembuatan yang direkodkan pada 2012. Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Sains dan Teknologi negeri, Amiruddin Hamzah, pula kata kemasukan pelaburan yang perlahan menyebabkan negeri itu berada di kedudukan kesembilan berbanding kelima pada 2011 dalam sektor pelaburan pembuatan.

Ujar beliau,biasanya Kedah berada di tangga keempat, kelima atau keenam, tetapi untuk 2012 Kedah jatuh ke tangga kesembilan disebabkan pelaburan yang lembap dalam sektor pembuatan.

Ulas beliau lagi, penurunan pelaburan dalam sektor itu berlaku di semua bahagian di Kedah termasuk Taman Teknologi Tinggi Kulim, katanya pada sidang media.

Kedah kehilangan RM1.5 Billion lagi pelaburan apabila STX Corp membuat keputusan melabur di Senai Hi-Tech Park, di Senai Johor.

Industri berbentuk Fabrikasi Wafer dan Solar sepatutnya melabur di Kulim, yang dulunya di terajui bekas CEOnya, Dato' Ahmad Shukri kerana Kulim memang direkabentuk sebagai hab kepada pelaburan mikroelektronik, fabrikasi wafer dan solar.

Namun akibat dari pentadbiran yang tidak cekap dan tiada pengalaman dan kronisma, rakyat Kedah kehilangan lagi pelaburan yang besar. Tidak perlulah lagi dinyatakan berapa besar kerugian dari segi peluang pekerjaan, perniagaan, cukai dan lain-lain kepada negeri dan rakyat Kedah.

Dato' Shukri adalah bekas CEO yang telah disisihkan secara tidak beretika dua tahun lalu bagi memberi laluan kepada anak saudara Ustaz Azizan memimpin Taman Teknologi Tinggi Kulim.

Sebelum ini pun, Kulim telah kehilangan pelaburan juga dalam skala billion RM dalam industri yang sama kepada Senai Hi-Tech Park yang diterajui oleh Ahmad Shukri.

Perbandingan dimana Taman Teknologi Tinggi Kulim yang telah dilengkapkan dengan infrastruktur moden dan berkualiti tinggi, sementara Senai Hi-Tech Park yang masih mentah dan masih belum beroperasi sepenuhnya menimbulkan pertanyaan bagaimana Senai boleh menang dalam perebutan menarik pelabur adalah umpama ular lidi menelan naga.

Apakah kerana pelabur luar tidak yakin akan Kerajaan Negeri Kedah?

Apa pula Kerajaan Negeri Kedah buat untuk yakinkan pelabur? Kalau diteruskan macam ni, Kulim Hi-Tech akan bankrup. Peluang pekerjaan akan tertutup. Inilah yang akan terjadi bila Kerajaan Negeri dan Exco yang dilantik tak pandai nak buat kerja!

Betul tak Amiruddin? he he..



McTheory:
Kalau bagi lagi 5 tahun, bungkuih la Kedah!

2 ulasan:

Awanama berkata...

Comform Pakatan akan tambah 5 tahun lagi Perintah Kedah dan ini KALILAH BN akan terlepas PUTERA JAYA ketangan PAKATAN.

Rakyat Kedah sila bungun dan pastikan PAKATAN terus menguasai KEDAH dan Ambil alih tampuk pemerintahan Negara tercinta ini.

Amin....

Awanama berkata...

sebut Putrajaya pun tak betul.. hahaha