Selasa, 30 April 2013

PANASS!! Tiga Exco Kedah Letak Jawatan Tersisih Dari Parti! #TukarKedah #SaveKedah


Sebenarnya desas desus yang mengatakan 3 exco PKR yang disingkirkan ni akan letak jawatan dah lama tersebar. Cuma Mc menunggu waktu, bila depa ni nak merajuk dan keluar PKR. Ada yang pujuk suruh depa ni keluar lepas PRU. Tapi kalau keluar lepas PRU, 3 orang ni memang jadi sampah la. Takdak sapa nak layan pun. he he..

Tiga Exco Kedah telah mengambil langkah drastic. Manikumar merupakan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Lim Soo Nee (Kulim) dan Tan Chow Kang (Sidam). Ketiga-Tiga Exco Kedah daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini melepaskan semua jawatan dalam parti itu berkuat kuasa serta-merta kerana mendakwa telah dikhianati.

"Kami dikhianati," kata Naib Pengerusi III PKR Kedah Datuk S. Manikumar, mewakili dua lagi Exco, Lim Soo Nee dan Tan Joon Long@Tan Chow Kang. Manikumar ialah Timbalan Ketua PKR Cabang Merbok dan Tan, Naib Pengerusi Perhubungan PKR Kedah, Naib Pengerusi Cabang Sungai Petani serta Ketua Pasukan Keadilan untuk Bangsa Tionghua Kedah serta Perlis, manakala Lim ialah Ketua Biro Aduan PKR Kedah.

Ini adalah kerana mereka tidak dicalonkan semula oleh PKR pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kali ini. Mereka bertiga sebulat suara bersetuju melepaskan semua jawatan yang disandang dalam parti itu kerana mendapati berlaku pengkhianatan terhadap mereka oleh kepimpinan tertentu dalam parti.

"Ini telah membawa kepada situasi "mundar-mandir" dalam politik Kedah di mana 10 kerusi yang ditandingi oleh PKR kali ini telah mengalami penyusutan dalam sokongan keseluruhan.

"Saya adalah penyandang kerusi Dun (Dewan Undangan Negeri) Bukit Selambau, menang pada Pilihan Raya Kecil 2009 dengan majoriti 2,403 undi tetapi tidak diberi semula ruang untuk bertanding," katanya pada sidang media mereka.

Mereka masih kekal sebagai anggota PKR, namun tidak akan mencampuri urusan parti, termasuk menghadiri mesyuarat parti. Kekecewaan kerana mereka tidak mendapat penjelasan daripada pucuk pimpinan tertinggi PKR mengenai mengapa mereka digugurkan daripada senarai calon untuk PRU13 ini.

"Kalau kita tengok hari ini, dalam Majlis Kepimpinan negeri, secara keseluruhannya kami adalah antara lima kepimpinan utama di peringkat negeri.

"Namun, sehingga kini, tidak terdapat satu pun maklum balas atau surat penjelasan daripada PKR pusat, malah Pengerusi PKR negeri Datuk Wan Salleh Wan Isa sendiri tidak mendapat sebarang notis mengenai situasi ini," katanya.

Mereka bertiga adalah antara nama-nama utama dalam Majlis Kepimpinan negeri yang tidak dipilih sebagai calon pada PRU kali ini.

"Kita tak tau bagaimana percaturan politik di peringkat atasan, siapa yang pilih, "tangan-tangan ajaib" mana yang menentukan hala tuju parti PKR secara keseluruhan yang menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini," katanya.

Bagi Mc, PKR bukan parti yang stabil. Walaupun di parlimen, PKR bertanding lebih dari Pas dan Dap. Namun harapan untuk PKR menang adalah tipis. Kalau buat ceramah pun, takdak orang nak pi dengar. Orang Kedah dah tak percaya pada PKR lagi.

Kenapa agaknya tak percaya? Tanyalah 3 orang kat atas tu, adakah depa buat kerja masa jadi exco dulu? he he he...


McTheory:
Makan gaji buta ada la.. biasa la orang PKR memang macam tu..

3 ulasan:

Awanama berkata...

"kami dikhianati" ....dulu ampa mengkhianati kepercayaan rakyat...ingat!!! roda tu bulat..

Awanama berkata...

org suh buat keja, tak buat. kan dah kena!

Awanama berkata...

Manikumar jika dicalonkan semula mesti kalah sebab pengundi-pengundi DUN B.Selambau sudah muak dengannya yang langsung tidak menjalankan tugasnya..sibuk buat duit!!!