Selasa, 28 Mei 2013

PANASS!! Apa Kaitan Mirzan Mahathir dan San Miguel? @MukhrizMahathir #HanyaDiKedah



1. Mirzan Mahathir merupakan seorang anak lelaki sulung pasangan Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah, negarawan yang kita sayangi.

2. Beliau seorang yang bijak dalam perniagaan dan pentadbiran (mungkin faktor keturunan daripada bapanya) sehingga dipilih untuk mengarah beberapa syarikat ternama dunia termasuk IBM Corporation, Solomon Brothers dan dipilih sebagai Presiden Asian Strategy and Leadership Institute (ASLI), sebuah pertubuhan ternama bagi mengendalikan dan membuat kajian mengenai perniagaan .

3. Pada umurnya 37 tahun, beliau telah berjaya “menawan” dan “menyelamatkan” beberapa syarikat yang bermasalah dalam negara dan seterusnya memajukan syarikat berkenaan termasuk syarikat perkapalan dan sebagainya.

4. Pada tahun 2009, San Miguel, sebuah syarikat minuman keras yang berpengkalan di Filifina mempunyai masalah di mana mereka TIDAK LAGI mampu untuk menggunakan MINUMAN KERAS sebagai perniagaan utama mereka atas saingan yang sangat kuat daripada beberapa syarikat minuman keras yang lain.

5. Atas persetujuan Ahli Lembaga Pengarah San Miguel Corp (,http://www.sanmiguel.com.ph/corporate/bod/ )Mirzan Mahathir yang sangat dikenali di dunia korporat berdasarkan sumbangannya dalam syarikat-syarikat sebelum ini dan dalam ASLI dipilih untuk menjadi Pengarah Eksekutif bagi membantu syarikat berkenaan. Perlantikan Mirzan Mahathir sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah San Miguel Corporation adalah sebagai mewakili kepentingan kumpulan pelaburan Q-Tech Alliance Holdings yang telah melabur dalam San Miguel Corporation.

Pelaburan oleh Q-Tech Alliance Holdings dibuat BUKANLAH UNTUK MELABUR di dalam perusahaan minuman beer SEBALIKNYA UNTUK MELABUR dalam bidang INFRASTRUKTUR, UTILITI AWAM dan SEKTOR TENAGA di Filipina. Ini berikutan KEPUTUSAN YANG TELAH DI BUAT oleh PENGURUSAN San Miguel Corporation YANG MAHU MENTRANSFORMASIKAN BENTUK PERNIAGAAN/INDUSTRI San Miguel Corporation daripada hanya tertumpu kepada perusahaan makanan dan minuman (beverages – termasuk beer) KEPADA INFRASTRUKTU R, UTILITI AWAM dan SEKTOR TENAGA, malah dilaporkan juga San Miguel Corporation telah dikatakan berminat untuk memasuki industri telekomunikasi.


6. Dalam masa setahun sahaja, atas kepimpinan Mirzan Mahathir dalam syarikat berkenaan,, San Miguel telah mampu untuk mempunyai rangkaian perniagaan lain BUKAN berasaskan arak iaitu minyak dan gas, infrastruktur, tenaga dan kuasa elektrik, perlombongan, telemunikasi dan perbankan. (sumber : http://www.sanmiguel.com.ph/businesses/) dan tugasnya tamat dengan jayanya pada 2010.

7. Melalui syarikat San Miguel juga, sebuah syarikat PETRON telah berjaya memiliki saham majority dalam Esso Malaysia Berhad tetapi beliau telah pun keluar dari syarikat San Miguel itu selepas berjaya menjalankan tugasnya.

8. “Jadi, adakah salah untuk menukar syarikat arak kepada syarikat bukan arak?”itu merupakan soalan yang pernah dinyatakan Mirzan Mahathir ke dalam sebuah portal pembangkang dan akhirnya penjelasan ini menyebabkan portal berkenaan menarik balik kenyataan sebelum ini.

9. Tetapi, pembangkang masih menggunakan modal ini untuk memperbodohkan masyarakat kampung mengenai “ANAK MAHATHIR TAUKE KILANG ARAK” yang terang-terangan tidak benar sama sekali.

10. Mungkin ada mengaitkan dengan kronisme, tapi macam kata Tun Mahathir “Kalau dia ada rekod yang baik dan mampu untuk memajukan sesuatu apa salahnya? Jika itu anda katakana sebagai kroni, saya tak boleh kata apa lah”

11. Saya teringat kata-kata Tun Mahathir dulu, “Kadang-kadang anak-anak saya ni marah juga, ya lah, saya tak bagi mereka terlibat dalam politik walaupun mereka berminat sangat, tapi kalau dalam perniagaan taka pa lah, asalkan tak ada kena mengena dengan kerajaan”.

Sumber Mc ambil dari SINI. Inilah keterangan sebenar mengenai San Miguel. Tapi potong jari la puak Pas takkan percaya. Jenis buta perut nak tengok kesalahan orang saja. Terangkanlah macam mana pun. depa tetap bebal!


McTheory:
Beliau bukan tauke kilang arak, tapi menukar kilang arak yang bankrup kepada industri pembinaan, patutnya dia dipuji kerana tutup bisnes arak!! Tapi sebaliknya beliau di HINA!

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ooo..itu rupanya cerita san migual. selama ni Pas dok canang satu kedah. storynya mcm lain. rupanya apa pas kata tu fitnah. mcm mana depa nak minta maaf balik nanti? atau mati dalam kekufuran saja?

Tanpa Nama berkata...

Laa PAS kn raja penipu dan fitnah. Mereka mana takut dosa. PAS rasa mereka shj yg reti agama. Org lain semua jahil. Last2 mereka yg masuk longkang dan kangkang DAP.. kafir harbi.. terlebih 'isle' kunun..

Tanpa Nama berkata...

Fitnah akhir zaman!!!Nak sangat ikut dajjal maka pedajal org sajalah kerjanya.

Akram Tajuddin berkata...

Begitulah perangai depa. Serupa macam biawak. Lidah bercabang. Tau jatuhkan orang.

Thanks Kedah ke KL tulis hal sebenar.

Tanpa Nama berkata...

Amat terpuji. Harap beliau dpt membuat atau mengendalikan co.besar yg majoriti Melayu Bumiputera di dlmnya dan memberi tender ke org Melayu. Byk anak anak Melayu yg telah berusaha tetapi begitu byk.halangan.

Org besar dlm co kerajaan pun beri tender kat cina. Anak anak muda Melayu yg bersaing diluar selalu mendpt halangan secara tak lansung dr cina. Penuh permainan. Dah tiba waktu org Melayu berjuang. Semoga beliau boleh membantu.

Harap blogger dan semua org dpt menyebarkan maklumat ini. Harap dpt masuk ke Malaysia kini harakah dll..kerana mereka selalu aje memainkan isu ini.

Tanpa Nama berkata...

memang la dia majukan company tu dgn industri lain...tapi duit yg diguna tu dari mana ?sah2 la dari industri yg dulu (jual arak)...sbb tu dlm islam pun melarang kita "terlibat" dgn benda2 haram mcm arak ni..

Tanpa Nama berkata...

Dia mengubah sebuah syarikat arak menjadi syarikat yang industrinya halal. Itu dah kira bagus..bukan dia terlibat menjual arak.. balik buka buku balik bro..

Tanpa Nama berkata...

TAKE BEER! PAS-PUTAR ALAM SAJA,POMPUAN AND SPENDER!

Tanpa Nama berkata...

Kira kita muallaf kan la co tu rasa bagus kn. Cuba la berfikiran trbuka dn jgn cari salah dan sangka buruk je. Sama la org kafir masok islam, dia d besarkn darah haram contoh dr makan dia dah masok islam darah nye hahal alamualam