Khamis, 26 September 2013

Al-Fatihah, Gambar Terakhir Ustaz Azizan dan Punca Kematian Allahyarham.. #KedahAmanMakmur


Khas kepada pembaca blog Mc.. walaupun kita berlainan politik, tetapi Agama kita sama, kiblat kita sama, tujuan kita hidup tetap sama. Janganlah bezakan diantara kita hanya disebabkan kuasa dan darjat. Kerana kalau kita mati, semua itu tidak ada guna lagi.

Doakan yang baik-baik pada Allahyarham.. Takziah pada keluarga Ustaz Azizan Razak, semoga bersabar hendaknya.

Al-Fatihah..


Penjelasan Doktor Punca Kematian Ustaz Azizan,

ALOR SETAR: Timbalan Pengarah (Perubatan) Hospital Sultanah Bahiyah Dr Noor Zaini Morad berkata bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak meninggal dunia akibat jangkitan darah dan beberapa kegagalan organ untuk berfungsi.

Beliau berkata Azizan, 69, meninggal dunia pada pukul 11.05 pagi, Khamis.

Dr Noor Zaini berkata keadaan Azizan bertambah buruk pada pagi Rabu selepas mengalami serangan jantung.

"Beliau mengalami serangan jantung tetapi kita mampu menstabilkan beliau. Ia bukan disebabkan jangkitan darah semata-mata akibat kaki yang dipotong tetapi disebabkan sistem imunisasi yang lemah," kata beliau.

Beliau berkata Azizan berada dalam keadaan stabil apabila beliau mula dipindahkan ke hospital itu bulan lepas tetapi kerana pelbagai komplikasi kesihatan, keadaannya semakin teruk.

"Azizan mengalami peringkat akhir kegagalan buah pinggang dan juga masalah hati dan matanya. Kami telah memberikan rawatan terbaik kepadanya tetapi antibodi beliau sudah lemah," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapa Ali ketika ditemui berkata kematian Azizan adalah satu kehilangan kepada parti dan juga kepada beliau secara peribadi.

Mustapa, yang berada di Alor Setar sejak Rabu, menyifatkan Azizan sebagai kawan rapat di dalam dan luar parti.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak payahla nak letak Unit Amal tu...

Tanpa Nama berkata...

Macam tentera teracota...

Tanpa Nama berkata...

unit amal tu boleh berambos la...
takdak sapa nak pi bom arwah tu...
org2 umno semua nya masih waras...
klw org Pas aku rasa banyak yg tak waras...

Tanpa Nama berkata...

Al-Fatihah buat Almarhum ust Azizan. Semoga Ruhnya dlm peliharaan Allah SWT.

--------

Unit Amal? berlagak lebih, itulah style PAS, buat2 hebat. Masa Ust Azizan duk hidup hangpa puak PAS laknat MAKI dia macam.. mintak dia mati cepat la, panggil dia 'barua' UMNO la.. tp bila dh mati bkn main buat2 teriak, amik simpati utk PAS.

Tadi, nk Solat jenazah pun, seeloknya buatlah di Masjid Al-Bukhori, lebih dekat dengan rumah Almarhum, tksampai 1 kilometer, lebih besaq ramai org boleh join Solat.

Tp dak.. PAS Kedah pujuk keluarga dia kot.. nuu bawak pi Solat di markaz PAS-depa panggil MASJID Nurul Ehsan.. aku org situ pun puaih jugak nk pikiaq tang mana.. rupanya masjid tu tapak markaz baru dekat Pekan Langgaq..

apa punya ngok sampai dh meninggai pun nk paksa jenazah tu ikut selera parti haram jadah PAS ni jugak. DIa bekas MB, bagilah rakyat tk kira parti apa mudah join..guna masjid2 yg lebih luas dan senang capai, dekat dgn rumah dia. ni sikit2 nk ikut bendera, markaz togut PAS.. meluat aku dgn perangai pencacai PAS.

Sbb tu lah Ust Azizan sedih masa hayat dia, baru kenai siapa pencacai PAS. Ust Azizan pakai songkok pun depa kata jd UMNO dah.. Ust Azizan pi program IM4U di Gunung Keriang dulu puaih berjabu pencaci PAS haram jadah kutuk Ust Azizan..

la bila dh takdak hangpa puaih hati la pencacai oii..

Bg aku Ust Azizan low profile dan sesuai dgn cara org Kedah, dia tk kira parti masa jd MB. Semoga Allah angkat segera kebaikannya dan ampunkan segala dosa dan kesalahan2nya. tempatkan ruhnya di kalangan para solehin.. Aminn


ZulMarn berkata...

SALAM Mc,

mintak maaf banyak2, aku minta jasa baik hang Mc bolehd k hang removekan semua entry negative/ buruk pasai Allahyarham Ustaz Azizan, bkn pa kita hormati pemergiaanya, dn jgn tiru bewak2 PAS, mati 50 taun pun depa duk maki kutuk lagi. Kita jgn ikut style depa.. ikut akhlak mulia.

Mintak lah hang remove entry2 tu termasuk yg kt front page ni pasai KUIN2 tu.. biaqlah Ruh dia tenang di Alam Baqa' yang kita semua ni pun akan pi ikut sama mcm dia jugak tk lama lagi..

Terima kasih Mc

Wsalam

Tanpa Nama berkata...

pikiq la ckit xkan dalam urusan ALLAH pun nak dok pilitik lg kot...aku sbgai warga kedah x bersetuju bila hal2 mcm ni pun nak dipolitikkan...PAS r UMNO kita tetap agama ISLAM jd tlng hormati lah keluarga Arwah Ustz Azizan yg masih ada..salm takziah buat keluarga arwah..sedih aku bila hal mcm ni pun nak politikkan

Tanpa Nama berkata...

Hang yg mula politikkan. .bkn org lain. .biaq p laa depa nk smyg jnazah dy kat na pon. .bkn nya hak ang. .mmg hak fmily dy. .ang taw ap. .ckp bg elok taw. .kerana mulut bdn binasa. .#penyokong tegar parti islam semalaysia [PAS]