Jumaat, 13 September 2013

HOT! Fathul Bari di FITNAH Dr Asri?



Gara-gara mengatakan harga barang naik merupakan ketentuan dari Allah, Ustaz Fathul Bari telah dikecam hebat oleh bekas Mufti Perlis iaitu Dr Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr Maza.

Malah Dr Asri juga mendedahkan didalam laman Twitter beliau kononnya ulamak muda Umno tersebut dibayar sebanyak RM 15 ribu sebulan diatas kesetiaan politik terhadap kerajaan.

Walaupun tidak menamakan dengan jelas siapakah yang dimaksudkan didalam Twitter tersebut, ramai yang mampu meneka individu yang dimaksudkan oleh Dr Asri itu.

Pendedahan oleh Dr Asri ini dilihat mencalarkan imej Ustaz Fathul Bari selaku Ulamak muda didalam Umno yang selama ini dianggap arif didalam bidang keagamaan. Ia sekaligus mampu merendahkan maruah beliau sebagai seorang cendikiawan agama.

Sebelum ini, Ustaz Fathul Bari menulis didalam satu ruangan akhbar tempatan bahawa kenaikan harga barang merupakan ketentuan dari Allah. Maka rakyat tidak seharusnya menyalahkan parti pemerintah semata-mata tanpa sebarang usul periksa. Sumber




Anda Sokong UMNO? Sila LIKE kat Sini!

P/s: Perkasakan UMNO di Alam Maya!

4 ulasan:

Affendi Abdullah berkata...

Menjadi tanggung pemerintah untuk mengekang kenaikan harga barangan terutama yang melibatkan rakyat bawahan..dan bukannya memberi komen2 yang boleh menyakitkan hati yang bakal mengundang perasaan marah rakyat kepada kerajaan

Awanama berkata...

Kalau Dr Asri ni hidup dalam pemerintahan tahun ke-8 hingga tahun ke-14 Nabi Yusuf sebagai raja di Mesir, aku rasa Dr Asri ni pun sanggup kata Nabi Yusuf hanya pentingkan diri sendiri dan tak boleh terima ketentuan dari Allah gamaknya kerana 7 tahun pertama pemerintahan Nabi Yusuf, negeri Mesir dikurniakan dengan rezeki yang melimpah ruah, manakala 7 tahun yang berikutnya Allah menurunkan kemarau yang panjang hingga terdapat catuan makanan untuk penduduknya. Yang tak mahu bersyukur serupalah seperti Dr Asri ni..

Muslim berkata...

Fact or fitnah ?
Please no assumptions, most of assumptions, sins.

Awanama berkata...

Dr Asri ni contoh ular besar dlm semak...