Isnin, 30 September 2013

HOT! Kempen Pas Paling Teruk Dalam Sejarah! - Mat Sabu


buruk tak ??


Memetik wawancara yang dibuat oleh The Malaysian Insider bersama Mohamad Sabu yang mahu mengekalkan jawatannya sebagai Timbalan Presiden Pas.

“Sepanjang 35 tahun saya berada dalam PAS iaitu sejak 1978, inilah kempen paling teruk pernah saya lihat,” katanya yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

Katanya, apa yang berlaku dalam PAS sekarang amat mengejutkan terutama mengenai perubahan minda di kalangan ahli PAS.

“Saya terkejut dan hairan dengan perubahan minda ahli PAS terhadap muktamar dan kepimpinan parti,” katanya.



Mat Sabu berkata demikian sebagai mengulas pendekatan kempen yang dibuat sesetengah ahli dan pemimpin Pas bagi menghadapi Muktamar ke-59 November ini di Shah Alam, Selangor.

Menurutnya, pelbagai kempen dijalankan oleh ahli Pas termasuk dengan cara menyerang dan melabelkan pihak yang tidak dipersetujui oleh masing-masing dengan menjadikan Facebook, sms dan blog sebagai medan utama.

“Untuk menjatuhkan sesaorang pemimpin Pas, pelbagai label diberikan. Paling popular ialah Syiah dan yang kedua liberal,” katanya.

Beliau berkata, tuduhan itu bukan hanya menerusi laman web atau Facebook sahaja tetapi dalam pertemuan yang dinamakan Liqa’ Fikri.

“Saya rasa trend ini kurang sihat dan kami kepimpinan parti sedang memerhatikan perkara ini dan bagaimana langkah hendak diambil bagi mengatasinya,” katanya.

Mat Sabu berkata, ketika beliau dalam Pemuda Pas dahulu, perbezaan pendapat sebegini juga berlaku tetapi tidak seteruk sekarang.

“Saya dahulu berbeza pendapat dengan (Datuk) Abu Bakar Chik dan Halim Arshat tetapi kami boleh duduk bersama dan membuat program menghadapi Umno,” katanya.

Katanya, pertandingan dalam parti sepatutnya untuk dinilai bukan saling menyingkirkan dan melabelkan antara satu sama lain.

“Ini trendnya dan saya hairan bagimana ia muncul. Jika tidak ditangani dengan baik dalam masa terdekat kita bimbang masa depan Pas yang dilihat cemerlang sekarang ini akan kabur di masa depan,” katanya.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Umnuuuu.. budusss..

Tanpa Nama berkata...

Pas cam baboooooon

Tanpa Nama berkata...

PAS pilih pemimpin yg Takdak kelulusan maka rosak jahanamlah parti itu.Rasulallah saw bersabda diakhir zaman nanti manusia akan mengangkat org2 bodoh dn sungguh jadi pemimpin,maka sekarang sudah terbukti...

Tanpa Nama berkata...

yang pasti PAS bodo sebb lantik org syiah jadi timbalan..tak ke bodo tu??