Rabu, 25 September 2013

HOT! Lagi Kisah Exco BN Di Permainkan Oleh Pegawai Pas!! #KedahAmanMakmur



Lagi sekali Mc mendapat email dari 'orang dalam KUIN' yang tidak berpuas hati dengan tindak tanduk Exco Pelajaran mempercayai 'salah orang' untuk membuat perubahan dalam KUIN. Exco terbabit katanya mempercayai 'Bekas orang kuat Jamil' untuk menyusun semula struktur KUIN.

Inilah masalahnya bila Exco yang tak mesra media baru. Sedangkan Mc dan kawan-kawan dah banyak kali dedahkan siapa sebenarnya si Sayuthi Sanusi tu. Gambar dia dah naik banyak kali, antara makhluk perosak yang menjahanamkan KUIN, tapi tetap dipercayai oleh Exco kita ni. Habis la kali ni.. jangan pisang berbuah dua kali sudahhh..

Baca email terbaru..


Oleh Insan Pena

Kerajaan Kedah Wajib Ambil Peduli Pendedahan Ini
Siapa dibelakang isu lantikan Rektor KUIN?

Kenapa bukan calon dari bidang Pengajian Islam yang diletakkan?

Dah lupa pada janji anda untuk memartabatkan program asal KUIN?

Apa peranan Kementerian dalam mengatur Rektor KUIN?

Sejak bila perlu ada panel temuduga untuk jawatan tersebut?

Eh punyalah temuduga tengok-tengok calon yang dipilih tak ada Dr. Tak letak atau memang tak ada?

Rektor adalah bekas orang Kementerian. Temuduga oleh Wakil Kementerian. Tak pelik ke?
 
Apa pula peranan Sayuthi Sanusi dalam perancangan ini? Kenapa beliau ada semasa proses temuduga berlangsung? Kenapa perlu hadiri Sidang Dun sedangkan Jawatan beliau hanya Pengarah Hal Ehwal Akademik? Sepanjang hidup Sayuthi ni pernah ke UNDI BN? Siapa Mak Bapak dia? PAS ke UMNO? 
Dato Tajul terlibat sekali? Apa peranan Dato Tajul? Selalu sangat bersama Sayuthi ni ada apa-apa ke? Tajul ni tak kenal siapa Sayuthi ini. Dia ni pendokong kuat Rektor lama dan Kerajaan lama. Dia ni PAS takok. Sayuthi ini adalah orang yang bertanggungjawab berkaitan Hal Ehwal Akademik dan selalu terlibat dengan pihak Kementerian. Adakah beliau terlibat dalam percaturan Rektor KUIN?

Orang PAS tukar baju UMNO terus tajul percaya. Sebelum PRU ni Tajul tak tahu ke isu KUIN? Jawapan dalam sidang DUN hebat. Terduduk pihak lawan. Tetapi sedarkah anda maklumat yang diperolehi itu dari siapa? Sayuthi hanya menyerahkan kepada anda sedangkan maklumat tersebut telah pun disampaikan kepada MB sebelum itu lagi. 
Anda tak tahu isu KUIN tak perlu tunjuk pandai. Apa peranan Sayuthi dan Tajul dalam isu Fakulti Perubatan KUIN? Kenapa Mahsa diketepikan sedangkan mereka telah pun mendapat surat tawaran rasmi? Siapa dalang dari dalam Kuliah Perubatan KUIN? Kami tahu semuanya. Bersediakah MB Kedah untuk menjawab dan mempertahankan EXCO ini? 
Rektor baru tapi pembantu dan pemandu Rektor tersebut, masih mengekalkan yang lama. Apa permainan politik yang cuba mereka mainkan disini? Bila orang tegur taknak dengar, jangan sampai KUIN rosak buat kali kedua!

McTheory: 
Minta orang dari Pejabat MB tolong maklumkan..jangan sibuk buat benda lain saja..

7 ulasan:

Awanama berkata...

inilah masalah BN yg degil ego tinggi taknak dgr ckp org. taknak dgr suara akar umbi dn prasan terer.

Awanama berkata...

apa pun keadaan dan keputusan, buat hanya yang terbaik untuk kuin.

S.A.Hamid berkata...

Inilah masalahnya. Saya dengar Dt Tajul melantik semula semua staf bekas EXCO yang dulu, katanya kesihan sebab mereka dah kerja lama dan takut mereka tidak ada kerja. Tetapi Dt Tajul tak berfikir bahawa mereka inilah yang akan menikamnya balik dari belakang. Minta Dt Tajul fikir-fikirkan.

Awanama berkata...

Dato Tajul tahu ke masalah dan orang bermasalah dalam kuin? Jangan biarkan sarang PAS berkembang didalam KUIN

Awanama berkata...

Dt Tajul awat hang jadi macam tu,dt tajul,hang ni bodo2..depa nak pelingkup dt oiii...akhirnya nanti dt tajul gulung tikaq jawabnya...

Awanama berkata...

MB DOK KIRA NAK TANDING NP UMNO SAJA,TAK KIRA HAT LAIN DAH, MACAM NI KA MB?

Awanama berkata...

dengaq kata KPT masuk Wisma Darul Aman...dengaq kata lg nak p jumpa MB bincang pasai KUIN laa pasai apa lagi