Rabu, 25 September 2013

INFO! Anggota Polis Maut Kemalangan!

Hiasan..

SLIM RIVER: Seorang anggota polis, Koperal Ramlan Ludin, 37, maut apabila motosikal berkuasa tinggi dinaiki merempuh sebuah kereta Proton Waja di Jalan Slim Lama kira-kira jam 12 tengah malam tadi.

Berdasarkan keterangan saksi, kereta Proton Waja itu keluar simpang dari Taman Malim dan menuju ke lorong pusingan U.

Pada masa sama mangsa yang menaiki motosikal Kawasaki Z800 dari arah Tanjung Malim tidak sempat mengelak dan melanggar bahagian kanan pintu kereta itu.

Akibatnya mangsa tercampak ke seberang jalan sebelum dirempuh pula kereta Proton Saga BML yang datang dari arah bertentangan.

Mangsa bertugas di Balai Polis Hulu Bernam dan berasal dari Lawas, Sarawak.

Jenazah sudah dihantar ke kampung isterinya di Taman Bukit Payung, Marang, Terengganu untuk dikebumikan.

6 ulasan:

Awanama berkata...

Pada Muke mati katak!

Awanama berkata...

Elok la ko ckp mcm tu.. Esok klu ko mati akan ada org ckp mcm tu kat mayat ko nanti. Ingat la sikit Allah tu maha adil. Silap2 nanti cara ko mati lagi teruk dari tu.

Awanama berkata...

Ada juga manusia yg guna lutut utk lahirkan komen atas kesedihan org lain. Ucaplah Innalillah..... Dan takziah kepada keluarga mangsa. Apa anda dpt dgn menyakitkan hati org lain?

Awanama berkata...

Semoga keluarga arwah tetap tabah menghadapi dugaan ini. Kami di Lawas mendoakan yang terbaik buat arwah, isteri dan anak-anak. Kepada yang tidak bersimpati, ingat Allah itu Maha Adil kepada setiap makhlukNya..

Awanama berkata...

Tanpa Nama berkata...

Pada Muke mati katak!
25 September 2013 12:18 PTG



xusah lari ke mana la.. mat !!
suatu hari ko akan binasa jugak...

AKU SUMPAH KO...
AKAN MATI TERGANTUNG !!
samada digantung kerana sabit kesalahan 39B......
atau gantung diri !!!

Awanama berkata...

Aku personally kenal arwah. He was my sister's classmate masa skolah asrama agama dulu. He was a very humble and good guy. Semoga Allah menempatkan arwah dikalangan orang-orang yang beriman. Kepada manusia yang cakap dia mati katak tu, sendiri mau ingat. Nasib kita dan cara kita mati pun belum tau lagi. Ntah2 Allah bagi kita mati dalam keadaan yg lbh tragis. kalau keluarga ko yg kena pun, apa ko rasa kan? bongek!