Selasa, 10 September 2013

HOT! Mukhriz Mahathir Bertanding Naib Presiden UMNO?


 Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir akan menimbang pandangan rakan-rakannya sebelum membuat keputusan bertanding jawatan naib presiden pada perhimpunan parti itu Oktober ini.

"Saya didatangi ramai kawan-kawan yang memberi bermacam pandangan (mengenai pertandingan naib presiden) dan menilainya daripada pelbagai sudut.

"Buat masa ini sukar hendak membuat keputusan," katanya apabila diminta mengulas kajian sebuah blog bahawa beliau mendahului calon lain dengan 85 peratus.

Mukhriz ditemui selepas menyampaikan sumbangan peribadi dan bantuan zakat Jabatan Zakat Negeri Kedah kepada 35 pelajar negeri ini yang akan berlepas ke Jordan Rabu ini untuk melanjutkan pengajian di tiga universiti di negara itu.

Katanya beliau sedar mengenai kajian blog berkenaan namun tidak akan terpengaruh dengan laporannya. Mukhriz berkata beliau masih memberi keutamaan untuk membangunkan Kedah daripada memikirkan untuk bertanding jawatan naib presiden dengan tanggungjawab berat menanti beliau.


Anda Sokong UMNO? Sila LIKE kat Sini!

P/s: Perkasakan UMNO di Alam Maya!




1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

alahai mukhriz , baru sehari dua jadi MB Kedah dah sibuk nak tanding Naib . Buktikan dulu performance dan rekod di Kedah... awak belum buat apa apa pun . Jangan gelojoh dan termakan umpan. Kalau rezeki awak ke naib sampai masa jadi hak awak juga .. buat masa ni adalah lebih baik tumpu pada kedah yg telah banyak dirosakkan oleh Pemerintahan lalu...
nasihat yg sama juga utk ISA samad .. jaga Felda betul betul ...jangan sibuk berpolitik lelebih....FGV pun nampak makin merudum....