Selasa, 3 September 2013

INFO! Bila Minyak Naik Harga, Apa Jadi Pada Ekonomi?



minyak naik 
 
 Kenderaan bersesak-sesak di stesen Petronas Kampung Baru, Kuala Lumpur, berikutan pengumuman kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter. - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR

SHAH ALAM – Pengumuman kenaikan harga diesel dan minyak petrol RON95 sebanyak 20 sen seliter mulai tengah malam tadi memeranjatkan dan dijangka meningkatkan kos terhadap pengusaha serta pengguna di negara ini.

Timbalan Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Abu Samah Bachik berkata, pihaknya tidak dimaklumkan awal mengenai kenaikan itu dan pengumuman tersebut sememangnya sesuatu yang tidak diduga.

“Pada mulanya kami hanya dengar khabar angin dan anggap ia tidak betul. Kami tidak menjangkakan kenaikan yang begitu mendadak dan kadar 20 sen itu memang banyak dan akan membebankan pengusaha stesen minyak kerana kita perlu mengeluarkan modal lebih untuk membeli stok minyak.

“Kos operasi stesen minyak juga akan meningkat akibat kenaikan itu dan sudah pastinya pengguna juga akan terbeban kerana kos sara hidup mereka meningkat,” katanya kerajaan perlu cari mekanisme terbaik membantu rakyat walaupun dalam keadaan ekonomi tidak seimbang sebelum menaikkan harga petrol.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Maamor Osman turut terkejut kerana dalam keadaan ekonomi tidak stabil, pastinya akan memberikan kesan kepada golongan berpendapatan rendah.

"Kerajaan diharapkan jangan hanya tahu menaikkan harga minyak, sebaliknya mesti mencari kaedah lain membantu rakyat,” katanya.

Sehubungan itu katanya, beliau menyarankan kerajaan menggunakan kaedah lain seperti memperkenalkan kad rebat kepada rakyat.

“Saya cadangkan supaya kerajaan berikan kelebihan kepada individu yang menggunakan kereta nasional dan pengguna motosikal supaya mendapat harga berlainan bagi membantu mereka.

“Ini kerana jika diberikan harga murah, semua dapat menikmatinya tidak mengira sama ada golongan kaya atau miskin,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berharap rakyat bijak mengatur perjalanan bagi mengelakkan penggunaan petrol yang tinggi.

“Sebagai pengguna, kita kena bijak dan mencari kaedah untuk mengelakkan pembaziran penggunaan petrol.

“Walaupun kita kecewa, tapi kita tetap tidak boleh membiarkan perkara itu membelenggu hidup, jadi jalan terbaik amalkan kongsi kereta dan kerap gunakan kenderaan awam,” katanya.

4 ulasan:

Fikir Tajam berkata...

Cinabeng akan mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barangan keperluan harian.

Justeru disarankan melayari laman web bbcdrasmi.blogspot.com bagi menggerakkan kesedaran kepenggunaan dalam kalangan masyarakat.

Awanama berkata...

Ini mungkin dasar kerajan pada masa ini, menjimatkan perbelanjaan dalam masa yang sama menambah pendapatan Kerajaan.

Awanama berkata...

sokong Fikir Tajam 100%!!

sebarkan flyer bbcdrasmi diseluruh pelusuk tanahair!

kakotok berkata...

Payah apa! Gomen tingkatkan tahap efficiency sistem pengangkutan awam di bandar & luar bandar utk pengguna. Kalau d kedah molek sgtlah buat. Takkan exco pengangkutan tk boleh pikiq idea ni. Tgk as, sp, kulim. Jaringan pengangkutan awam kalau buat cekap dr segi capaian & ketepatan kompom ramai pengguna beralih ke pengangkutan awam sbg alternatif ke tpt kerja & urusan2 lain. Tk lgsung penggunaan petrol tuk urusan seisi rumah p kerja dll akan berkurangan. Jemat duitt bang. Subsidi 1bil tu bole salur p pojek2 tingkatkn pengangkutan awam. Swasta pn bole gerak jugak income depa. Kalau di kedah, mohonlah peruntukan pusat lebih skit. Buat paper yg ideal melalui kajian2 kes. Bila rkyat mudah buat urusan impaknya kpd politik jugak. Ada jugak lah bukti transformasi yg rkyat nmpak.tambah pulak menjelang setahun kerajaan bn kedah nanti.
Psttt: la ni rkyat tk mau alasan dah. Rkyat nk tindakan berkesan.dah naik tu naiklah nak gebang apa g.