Ahad, 22 September 2013

INFO! Cerita Kelakar Tentang Erti Perjuangan!! #PemilihanUMNO

Ini baru betul pejuang.. he he..

Kelakar bila dengar tentang erti perjuangan..

Cerita benar..

Si yang kononnya pejuang, naik kereta BMW, si yang sisuruh berjuang cuma naik motor cabuk.

Si pejuang ni menyuruh si berjuang berkempen untuknya, kononnya bila dia dah naik pangkat, dia akan memperjuangkan BANGSA dan AGAMA.

Tapi bila si berjuang minta duit untuk bekerja, si pejuang akan marah-marah!

"Macam ni ka pejuang, bila suruh buat kerja sikit minta duit, buat kerja sikit minta duit.. tak ikhlas langsung!"

Pulanglah si berjuang naik motor buruk dengan perasaan hampa. Balik rumah memikirkan nak makan apa bulan ni. Anak nak sekolah, bil letrik, bil itu bil ini. Kesiann si berjuang..

Si Pejuang pula selepas marah si berjuang, terus capai BMW ke hotel untuk makan. Kemudian balik rumah beli HP baru untuk isteri dan anak2.

Rumahnya banglo, berpengawal peribadi, bertukang masak dan bertukang cuci. Duit tersimpan kemas atas hasil 'PERJUANGAN'.

Jika benar ikhlas untuk berjuang, kenapa perlu kejar jawatan? Kenapa perlu kayakan diri sedemikian rupa? Soalan tu patut ditanya pada diri yang menganggap dirinya PEJUANG.

Pejuang sebenar tak perlu berpangkat tinggi, tak perlu populariti, tak perlu muka masuk TV dan tak perlu cari pangkat untuk di daki!

Soalan si Pejuang yang tak sedar diri tanya tadi tu, patut disoal kepada diri sendiri. Bukan pada si berjuang yang nak makan pun bercatu berhari-hari.

Cerita si Pejuang dan si berjuang ni ada dimana-mana, cuma tukar nama tarikh dan tempatnya saja.

Betul ke Tidak?

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

.kami ahli umno hanya akan memilih pemimpin yg mana rasuah kami paling tinggi la..sapa yg bayar lebih dia yg akan dpt undi..kalu setakat ahli umno biasa mcm korang ni mmg xde guna lansung..tak sabar rasanya nak tunggu habuan dr calon2...masyyukkk..