Ahad, 22 September 2013

HOT! Pas sedia bekerjasama dengan UMNO?



Pas nak bekerjasama dengan UMNO bila dijemput? Kenyataan yang kelakar tahap dewa ni. Apa yang Pas mahukan? Tak sudah-sudah spin politik!

PAS sedia bekerjasama dengan Umno termasuk berdialog bagi membincangkan pelbagai isu jika PAS dipelawa, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Katanya, PAS boleh berbincang mengenai apa sahaja isu dan sejarah membuktikan pemimpin-pemimpin PAS dan Umno boleh berada bersama di atas satu pentas.

Beliau berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Presiden PAS Allahyarham Datuk Fadzil Noor pernah bersama dalam satu forum suatu ketika dahulu.

"Dasar kita boleh berbincang apa sahaja isu seperti jenayah, rasuah dan ekonomi. Kalau kita diajak kita boleh pergi, kita boleh bincang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Konvokesyen Kolej Islam Darul Ulum di Pokok Sena, dekat Alor Setar hari ini.

Abdul Hadi berkata jika perbincangan itu melibatkan soal Islam, PAS akan berpegang kepada dasarnya iaitu berlandaskan Al-Quran, hadis, ijmak ulama dan qiyas.

"PAS pernah membuka pintu mengajak Umno bermuzakarah pada 1980-an dengan berdasarkan perkara-perkara berkenaan," katanya.

Baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilapor sebagai berkata kerjasama antara Umno dan PAS untuk menyatukan orang Melayu serta umat Islam di negara ini bukan perkara mustahil.

Mengenai cadangan Dewan Ulama PAS supaya tahaluf siyasi (kerjasama politik) antara parti itu dengan sekutunya dalam pakatan pembangkang dikaji semula, Abdul Hadi berkata Dewan Ulama PAS berhak mengemukakan usul ke muktamar PAS akhir tahun ini yang kemudian akan dibawa ke sebuah jawatankuasa untuk ditapis.

"Terpulang kepada Dewan Ulama PAS, bukan hak kita dan jawatankuasa usul akan melihatnya. Kadang-kadang usul ini tak perlu dibahas tetapi diselesaikan secara peringkat dalaman parti," katanya.

- Bernama

2 ulasan:

Muslim berkata...

Syaitan dan konco konconya tentu marah bila umat Islam berbaik baik.

Tanpa Nama berkata...

PAS parti yg tak pernah lekang dgn sifat flip-flop dan munafik nya...sebelum ni kata boleh bekerjasama dgn umno tapi bersyarat...
lepas tu kata klw ada org umno dtg nak bincang soal perpaduan n.aziz kata dia nak ludah org tu...
skang nih dah kata boleh pulak klw dijemput...
SIAPA Pas nak jemput2 pulak??? jgn perasan umno kebuloq sangat...