Isnin, 23 September 2013

INFO! Dewan Ulamak Pas Tak Khianat Parti?


Dewan Ulama Pas menegaskan kajian semula tahaaluf siyaasi di antara parti itu dan PKR adalah bertujuan untuk memberi amaran supaya perbincangan diadakan terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan.

Ketua Penerangannya, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, Pas mempunyai pendirian yang jelas dalam menjalinkan kerjasama di antara parti itu dengan dua lagi sekutu politiknya.

"Kita guna kaedah tahaaluf siyaasi, apa masalah yang berlaku, DAP senang berbincang dengan kita berbanding PKR sebabnya kita berpegang kepada prinsip Islam apa yang kita cakap ia benar," katanya pada 'Forum Tahaaluf Siyaasi', di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), di sini, malam tadi.

Tegas Nik Zawawi lagi, tahaaluf siyaasi yang dijalin Pas bertunjangkan Islam dan ia tertakluk kepada garis panduan yang sudah pun ditetapkan sehingga ada perkara di mana Pas tidak boleh bertolak ansur.

"Kita jalankan tahaaluf untuk menguntungkan Islam, jika ada ia akan kekal tetapi kalau tidak penuhi syarak kita tegas dan kita sudah beritahu rakan-rakan Pakatan Rakyat yang lain Pas ada prinsip.

"Ada benda yang tak boleh bertolak ansur, yang akan membatalkan perjuangan kita. Ini yang kita nak jaga.

"Kita kaji tahaaluf siyaasi ini bukan kita nak tolak secara total, kita hanya nak bagi sedikit 'warning' kepada rakan tahaaluf siyaasi kita pakati bersama, apa perkara nak buat kena bincang dulu," katanya.

Nik Zawawi yang juga Setiausaha Majlis Syura Ulama bagaimanapun berkata, rakan perikatan DAP dilihat selesa dengan kaedah tahaaluf siayaasi yang digunapakai Pas.

Beliau juga turut memberi jaminan, Pas sama sekali tidak akan mengkhianati PKR dan DAP selagi garis panduan talaaluf siyaasi yang ditekankan parti itu diikuti.

"Saya jamin tahaaluf siyaasi kalau tak merugikan Islam, kita tak akan pernah khianat, jangan bimbang," ujarnya

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau nak pisahkan PAS daripada bersahabat dengan Setan .. nyahkan Nik Aziz, nyahkan Hadi Awang. Angkat Harun Taib jadi Presiden, dan Harun Din jadi Mursidul Am .. insyallah PAS mungkin akan jadi alternatif kepada orang melayu.

Ikhlas drp Ana Muslimah

Tanpa Nama berkata...

Mereka (Yahudi dan Nasara) tidak akan bersenang-senang selagi umat Islam tidak mengikut jejak mereka. Dalam pakatan rakyat, jelas apa yang wujud hanya menguntungkan kafir...

Sedarlah saudara bahawa PAS yang ada sudah jelas terpesong, tidak perlu berdolak-dalih lagi...apa betul PAS berpegang kepada AlQuran, Sunnah dan Ijmak?

Saya sangat bersetuju dengan komen Ana Muslimah di atas. Mungkin sudah sampai masa saf utama di dalam PAS ditukar...Nik Aziz jelas sudah nyanyuk, Haji Hadi pula asyik mengikut jubur Anwar Ibrahim...walaupun ke jalan syaitan...

Bertaubatlah...semoga kita bukan dari golongan yang rugi.

FAQR ILLA RABB

Tanpa Nama berkata...

amat setuju Pas sangat jauh tersasar...