Jumaat, 6 September 2013

INFO! Kedudukan Presiden Pas Hadi Awang di Cabar Ahli Pas?



Ini ada cabaran terbuka dari YDP Padang Serai. Sudah tentu beliau akan dicantas oleh ahli Pas yang lain. Ahli Pas yang kononnya sayangkan presiden Pas dan mahukan kepimpinan Ulamak. Namun tahukah ahli Pas bahawa ada satu lagi kumpulan dalam Pas yang sedang merancang untuk menjatuhkan Presiden Pas tanpa sedar.

Cuba tanya Dr Hatta Ramli, Pengarah Pilihanraya Pas Pusat. Rasanya beliau pun tahu dan kenal siapa yang nak jatuhkan Hadi Awang tu. Kita sibuk dengan isu harga minyak, kongsi gelap dan pemilihan UMNO. Tapi sebenarnya kita lupa, pemilihan Pas kali ni pun cukup panass.. apakah kumpulan Ulamak dalam Pas akan dihabiskan terus, atau kumpulan anwarinas yang diketuai oleh Mat Sabu dan Khalid Samad yang akan tinggalkan organisasi tertinggi Pas.

Ramai ahli Pas berpendapat kegagalan Pas pada PRU kali ni berpunca dari pimpinan yang lemah dan tidak konsisten. Ada pula yang kata, Melayu Islam di Malaysia sudah tidak yakin pada Pas dan mengundi UMNO yang dilihat lebih membela Islam.

Disebabkan itu, ahli Pas meminta pimpinan tertinggi Pas melakukan sesuatu perubahan yang drastik jika mahu menagih sokongan dari Melayu Islam di Malaysia semula. Apakah kali ni kepimpinan Ulamak akan kembali memenuhi ruang organisasi Pas Pusat?

Atau

Campur tangan Anwar yang mahu melihat 'orangnya' seperti Mat Sabu dan Mahfuz kekal dalam organisasi tertinggi Pas. Bila ada orang-orang macam ni, senang sikit Pas nak dengar cakap Anwar dan Dap. Sebab Presiden Pas pun umpama pak turut. Mana yang lebih kuat, dia akan ikut.

Tengoklah apa jadi pada isu kalimah Allah dan bible melayu. Pas langsung tidak menentang, malah menyokong kedua-duanya digunakan oleh orang bukan Islam. Macam tu parti Islam? Buat malu saja la..

Jika tidak ada perubahan pada kepimpinan tertinggi Pas, maknanya Pas jadi kuli PKR dan Dap la sampai mati!!

McTheory:
Nik Aziz pun dah 'lemau' rasanya akan ada perubahan..

Tiada ulasan: