Khamis, 10 Oktober 2013

HOT! Kaum Cina Panas Dengan Mukhriz Mahathir? #KedahAmanMakmur


Keratan akhbar Berita Harian 10 Oktober 2013


Bila kita hanya bercakap dan mempertahankan tentang hak asasi Melayu dan Islam, adalah pihak yang mula terasa hati dan menuduhnya rasis. Tetapi apabila puak chauvinist memperlekehkan hak Melayu, Islam dan Raja-Raja Melayu mereka mendakwa itu hak asasi mereka untuk bersuara.

Kami ingin ingatkan Mukhriz dan juga pemimpin-pemimpin Melayu yang lain tak kira dari UMNO, PAS mahupun PKR di seluruh negara bahawa orang Melayu-Islam dan Bumiputera merangkumi 67.4% penduduk di negara ini. Menjelang tahun 2015 penduduk Melayu-Islam dan Bumiputera akan meningkat kepada 70%. Di Kedah saja Melayu-Islam dan Bumiputera melebihi 90% komposisi penduduk Negeri. Maka sewajarnya hak-hak Melayu-Bumiputera (dan juga masyarakat India dan Siam) dipertahankan dan pengagihan perlu mengikut merit majoriti.

Betul kata Mukhriz, kalau usaha mengutamakan Melayu dilihat sebagai bersifat perkauman, maka cara pengundian dibuat oleh kaum-kaum tertentu pada PRU 13 lepas juga boleh dilihat sebagai perkauman.

Dah banyak pengorbanan dilakukan oleh Kerajaan BN dan juga UMNO kepada kaum-kaum tertentu tetapi mereka jenis tak sedar diri, tikam dari belakang malah sentiasa angkuh mempersoalkan hak-hak orang lain. Macamlah banyak sangat cukai yang mereka bayar pada negara ini!

Pemerintahan PAS Kedah dahulupun cuba membantu Melayu tetapi sekutu mereka dari sebuah parti chauvinist hebat membantah hinggakan arwah Menteri Besar terpaksa membatalkan beberapa peraturan dan dasar yang pro Melayu dan Islam hanya kerana sekor dua chauvinist yang menentang.

Kini bila UMNO nak bantu Melayu dan kaum minoriti lain yang susah, puak-puak chauvinist bertopengkan hak asasi ini bersama-sama senada membantah usaha tersebut. Apakah selama ini puak-puak itu terpaksa hidup di dalam longkang dan di bawah kolong jembatan serta meminta sedekah sana sini kerana kerajaan Melayu (PAS atau UMNO) zalim?

Khabarnya Anwar meroyan nak bentangkan Bajet Pakatan Pembangkang pada 21 Oktober ini. Maka bolehlah 'puak-puak itu' meminta Anwar memberi apa saja yang mereka mahu dengan menggunakan dana-dana Yahudi dan dana-dana hasil kegiatan kongsi gelap dan tipu menipu dalam bisnis yang mereka kumpulkan selama ini.

Maaf Mymassa bukan rasis tetapi kami menjunjung prinsip keadilan dan kebebasan bersuara di sebuah negara demokrasi yang merdeka selaras dengan undang-undang dan konvensyen antarabangsa.

Negara Kita Tanggungjawab Kita, Tak suka boleh blah di mana-mana saja pintu keluar di seluruh negara ini. - MyMassa

Tiada ulasan: