Jumaat, 1 November 2013

HOT! Bantahan Keras Penyokong Pas Sungai Limau Terhadap Kedatangan Anwar Ibrahim! #PrkSgLimau



Sentimen penolakan Anwar di Sungai Limau semakin menjadi-menjadi apabila malam tadi Mc ternampak sekurang-kurangnya 3 banner protes Anwar ke sini telah dinaikkan oleh penyokong Pas Sungai Limau. Itu yang Mc perasan la, sebab kat tempat lain mungkin ada lagi banner seperti itu dinaikkan.

Ini bermakna penyokong Pas di Sungai Limau menolakan kedatangan Anwar untuk berkempen disini. Anwar Ibrahim dijangka datang hari ini dengan membuat ceramah di Dulang Kechil salah sebuah kubu kuat BN di Sungai Limau.




Tidak sepatutnya Anwar Ibrahim jejak kaki untuk datang berkempen di Sungai Limau. Musuh ketat atau individu yang paling tidak disukai oleh Allahyarham Ustaz itu pernah beberapa kali membuat arahan dengan kuasa ketua umum untuk menjatuhkan pentadbiran Allahyarham.

Contohnya macam kes PEMANDU dari Pas Pusat yang dihantar oleh Presiden Pas ke Kedah, semata-mata untuk mengawal pentadbiran Allahyarham Ustaz. Semua orang tahu itu arahan dari Anwar untuk mengawal pentadbiran Allahyarham.

Tiba-tiba sekarang ni dengar cerita Anwar Ibrahim dah ada planning nak bagi ceramah menipu rakyat Sg Limau menjelang dua hari sebelum hari membuang undi pada 4 hb ni. Tak malu ke nak jejak kaki ke sini?

Seluruh rakyat Sg Limau harus tahu bahawa Allahyarham Ustaz Azizan memang tidak menyukai Anwar Ibrahim. Malahan ketika Allahyarham Ustaz Azizan menjadi Menteri Besar Kedah, Anwar orang yang selalu hentam beliau bukan sahaja secara terus, siap letak proksi lagi untuk lawan Ustaz Azizan.

Dari dahulu lagi Allahyarham Ustaz Azizan tidak suka untuk bekerjasama dengan Anwar Ibrahim sebab itu kita jarang lihat Anwar hadir ke program di Kedah ketika PAS menjadi pemerintah.

Bagi Anwar pula dia sememangnya tidak layak untuk memijak bumi Sg Limau kerana dia lah orang yang bertindak mahu menjatuhkan Ustaz Azizan dan mahu menaikkan proksinya sebagai MB jika Pakatan masih menang di Kedah tempohari.

Kat bawah ni Mc ada video Tan Sri Zam bercerita mengenai Allahyarham Ustaz yang benci kepada Anwar.



McTheory:
Kedatangan Anwar membawa rebah?

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalau arwah masih hidup,sahih anwar takkan boleh mai ke sg limau!

Tanpa Nama berkata...

Encik MC, anda berpihak kepada siapa?

Tanpa Nama berkata...

Msa Almarhum Ust Azizan ada, Anwar brahi tikam belakang dr jauh jer.. xbrani masuk Kedah.. peralat budak2 KUIN buat demo.. ala BERSHIT...

Tanpa Nama berkata...

Eh...betul la MC. Penyokong PAS dh tolak DSAI (mengikut info banner yg MC nmpak tu laa). Tpi yg ramai org pi dgr ceramah DSAI smlm smua penyokong UMNO ka... Haa..jwb mai..

Tanpa Nama berkata...

Mc nii mesti baru hidup.stakat banner camtu um no boleh buat gantung penuh SG limau