Ahad, 18 Mei 2014

HOT!! Bila Ulamak dan Umarak bersama dan bermesra.. @MukhrizMahathir #MBmesraRakyat #HanyaDiKedah



Program Mesra Rakyat di Padang Terap bersambung lagi. Kali ini pendekatan Dato Seri Mukhriz Mahathir lebih kearah membantu rakyat yang benar-benar dalam kesusahan. Walaupun sebelum ini sudah ada agensi seperti JKM membantu, namun sentuhan dari pemimpin besar Kedah ini sudah tentu mendapat tempat di hati rakyat Kedah.

Dato Seri Mukhriz memulakan harinya dengan berjemaah bersama penduduk dan pelajar sekitar Pondok Tok Guru Pak Teh Mat. Beliau juga bersarapan pagi bersama mereka dan bermesra dengan penduduk kampung.

Untuk pengetahuan semua, Tok Guru Pak Teh Mat ni adalah seorang Ulamak terkenal di utara tanah air. Namun sentuhan dan layanan yang diberikan amat istimewa kepada pemimpin muda seperti Dato Seri Mukhriz.


Bila Ulamak dan Umarak bersatu, Dato Seri Mukhriz Mahathir bersama dan bermesra dengan Tok Guru Pak Teh Mat di Padang Terap.

Kemudian beliau ke Sekolah Menengah Syed Ahmad untuk menyambut hari guru disana,


Sambutan hari guru di Sekolah Menengah Syed Ahmad. Sungguh meriah, malah para guru dan pelajar memberi sambutan yang menakjubkan terhadap Dato Seri Mukhriz Mahathir.

Hinggakan beliau terharu..pelbagai gimik dibuat..malah beliau tak sangka beliau akan disambut demikian rupa.

Terbaik dari Guru dan Pelajar SMK Syed Ahmad, Padang Terap!

Selepas itu beliau ke Pejabat Daerah Padang Terap untuk bertemu dengan pegawai dan kakitangan disana,


Beliau berjumpa dengan kakitangan pegawai Daerah Padang Terap. Sambil mengenal pasti masalah yang timbul di kawasan berkenaan.

Kemudian beliau ke rumah seorang nenek yang berumur 100 tahun bersama anaknya yang mengalami masalah kesihatan.

Di sana beliau bersama Dato Seri Mahawangsa Mahadzir Khalid juga ditemai oleh YB-YB Exco seperti Dato Tajudin dan Badrol Hisham. Turut sama-sama membantu dan meringankan beban mereka yang memerlukan.


Program Mesra Rakyat tak habis disini.. nanti Mc sambung ke program seterusnya..

3 ulasan:

Awanama berkata...

Alhamdulillah.. syabas Dato Mukriz.. semoga terus diberkati berkerja untuk Negeri Kedah ini.!

Awanama berkata...

Rakyat kedah ni lain sikit...
bukan mcm kelantan.gedebe membabi buta..
Rakyat kedah cukup sopan walau berlain parti
ada la dua tiga kerat yg gedebe khususnya dlm pas... tapi tak kemana pun..

Awanama berkata...

Setuju.. org Kedah xmau duk bising2 tp habuk pun tadak. Ckp bab Isle bkn main hebat tp merompak diesel di Kelantan tu mcm dh jd mcm makan minum mereka.. haram pd mereka tak nampak.. tp pd org lain bkn main

Jgnlah kita tiru sikap mereka. Insya Allah Kedah maju diberkati dikurniakan MB yg berakhlak dan mahu dekati rakyat. Alhamdulillah. Aminn!