Isnin, 19 Mei 2014

HOT!! Sampai Bila Nak Biar Jentera Cyber BN Terus di Rundung Masalah? #PrkTelukIntan @NajibRazak @TengkuAdnanReal



Mc bukan nak tembak sesiapa, Mc bukan nak tunjuk pandai atau ada kepentingan. Takdak, apa pun takdak. Cuma ini nasihat daripada seorang aktivis media sosial yang bergiat sejak dari zaman mIRC lagi.

Bila sekali jadi, orang panggil tersilap, atau tak sengaja. Tapi bila dah dah jadi 2,3 kali. Benda tu dah jadi lain macam. Dari terus teruk, baik kita cuit sikit.

Dari PRK Kajang hingga PRK Teluk Intan. Pelbagai masalah timbul dalam pengurusan Jentera Media Sosial BN. Apa yang susah sangat nak urus jentera cyber ni? Berilah pada orang yang layak, orang yang berpengalaman, benda ni bukan main-main.

Kumpulan baru ada, kumpulan lama pun ada, tak campur sekali takpa, janji boleh selaras. Jangan pinggirkan yang lama. Masing-masing boleh bantu-membantu. Permainan media sosial sekarang, banyak mempengaruhi game politik di atas padang buat masa kini. Benda penting jangan ambil mudah.

Utamakan parti.. utamakan jalan kerja dan strategi untuk menang. Bukan untuk macam mana nak jadi kenyang.

Buat 2 atau 3 kumpulan berbeza utk satu PRK. Sebab ada sesetengah pihak tak boleh mengikut ketua yang tak sesuai dgn cara mereka. Tapi dalam 3 kumpulan, lantik penyelaras dari negeri PRK untuk selaraskan isu. Kemudian hantar laporan dan kajian kepada penyelaras utk penilaian setakat mana keberkesanan antara ketiga2 jentera tadi,

Minta senarai bloggers, dicampur dengan penilaian dan kajian. Kemudian baru buat keputusan akhir untuk tentukan kumpulan mana yg lebih berkesan. Bukan nak buang yang lain, tetap guna, tapi sekurang-kurangnya, kita patut guna jentera yg terbaik utk berperang.

Kalau dah rasa berperang utk kalah, baik BN suruh saja semua jentera PRK balik awal-awal. Jimat duit perbelanjaan parti utk jentera disana.

Sepatutnya kita masuk berperang utk menang. Turunkan yang terbaik dan rancang plan utk porak perandakan sebelah sana. Tapi sekarang jadi sebaliknya, berperang sesama sendiri.

Apa nak jadi ni? Kalau jentera media sosial pun tak boleh kawal, jangan mimpi nak kawal negara. Pemimpin BN pusat perlu ambil berat hal ini. Jangan pilih bulu sangat, utamakan parti dulu!!

Bila agaknya UMNO ni nak berubah?


P/s: Mc tegur bukan sebab Mc tak boleh pi.. Mc dijemput, tapi Mc berikan peluang pada sahabat-sahabat yang tiada pengalaman PRK lagi. Bagi depa rasa sama. Asyik kita saja bolot.. mana adil betui dak?

McTheory:
Minta UMNO pusat tolonglah selesaikan masalah jentera PRK ni.. benda kecik macam ni pun tak boleh settle ka?

7 ulasan:

maae berkata...

Takut hendak berubah. Rekrut muka baru, bersemangat. Ini tidak, jentera buat kerja, ketua minum teh bersembang, bersantai.

Kena ubah cara. Kena menjalani latihan. Semua kos mesti Umno tanggung.

Buat cara pro. Baru tersusun dan berkesan
Ini tidak. Dalam kepala hanya ingat duit. Perhatikan jentera PR. Tang sini dioran bagus.

Awanama berkata...

hai..tak kan sekarang baru tahu ke..benda macam ni dah basi bagi bos bos BN..janji aku kenyang bolih sapu peruntukan..orang lain nak mampus ke, nak lingkup ke..ada aku kesah...itu la sikap dlm Umno sekarang...minta lingkup cepat cepat lagi bagus..dah muak dgn permainan UMNO ni.

Terbey berkata...

Tuan,
Mohon linkkan blog saya dengan blog tuan. terima Kasih

Awanama berkata...

Sabar tuan..bagi muka smntra mereka memerintah,2penggal ja lagi insyaallah...lepas ni,kuasa rakyat akan betul2 dilihat..

Awanama berkata...

Kuasa rakyat apa kejadahnya... Kuasa keluarga dan saudara mara adalah.. Anaur dan keluraganya.. Kit sIang dengan keluarganya... Karpal Singh dengan keluarganya...

Rakayat yang lain tak layak memimpin ke???

Awanama berkata...

Rakyat yg lain pun layak juga memimpin. Masalahnya kalau semua pemimpin asyik dok gasak penuhkan tembolok masing-masing mampuih la rakyat. Zaman la mana ada lagi pemimpin yg pentingkan rakyat. Semua ada kepentingan sendiri. Ni la bahana nya bila bagi kepimpinan di pegang oleh org-org kaki berniaga. Yg depa dok ingat duit saja.. Kemajuan yg terlampau pun tak guna jugak kalau akhlak pemimpin dan rakyat rosak. mencari kekayaan sampai lupa mati dan halal haram. Sampai penjawat awam pun terikut-ikut cara pemimpin. Sedangkan mereka itu patut utamakan perkhidmatan kepada rakyat bukan tumpang sekaki mencari kekayaan dgn cara salah... Melayu pasti lingkup jika keadaan begini berterusan.... Baka melayu akan datang akan dipenuhi dgn baka kaki putaq alam dan rasuah...tengok lah nanti

Awanama berkata...

Msalah nya Tuan, jentera cyber kita macam partti kita, berpuak puak.Lepas tu ada peruntukan baru nak buat kerja. Tapi time mesyuarat mana yg kaki cakap, dia punya labun kalah PM. Mana yg senyap, macam tikus kena siram air, tapi lepas mesyuarat dia lah orang, pot pet pot pet.