Jumaat, 16 Mei 2014

HOT!! Hati-hati Jemput Khatib Luar Bagi Khutbah di Solat Jumaat!


YAN – Jawatankuasa kariah masjid diminta lebih berwaspada ketika menjemput khatib dari luar untuk membaca khutbah Jumaat di masjid dalam kawasan mereka.

Menurut Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir, mereka perlu memastikan khatib berkenaan mengikut setiap syarat yang ditetapkan Jabatan Agama Islam Negeri Kedah dan tidak boleh menyampaikan khutbah sesuka hati mereka.

“Kita faham, kadang kala bukan imam masjid yang membacakan khutbah disebabkan faktor keuzuran dan apabila khatib jemputan dipanggil, mula berlaku masalah apabila khutbah disampaikan menyentuh isu politik.

“Isu politik tidak sesuai disampaikan dalam khutbah Jumaat, sebaliknya khutbah itu perlu lebih menjurus kepada memupuk perpaduan dalam kalangan ummah, bukan mewujudkan rasa tidak puas hati dan marah pada mana-mana pihak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Multaqa Ulama dan Umarak di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan, di sini.

Beliau menjelaskan, perbincangan mengenai isu politik boleh dibuat di tempat bersesuaian dan bukannya di dalam masjid kerana menjaga kesucian rumah Allah.

“Kita pernah terima laporan ada jemaah bangun merampas alat pembesar suara dan kejadian ini menjadi tidak pelik di negeri ini.

“Setakat ini tidak lebih dari 10 laporan yang diterima berhubung khatib menyampaikan khutbah menyentuh isu politik,” ujarnya.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Zaman pemerintahan PAS..khutbah raya pun ada unsur politik...mencaci plak tur.. kalau dan taksub itu la jadinya tak tau bezakan agama dgn politik

mae berkata...

Bukan tak tau bezakan tapi memang pegangan mereka politik tu sebahagian dari agama. Nik Aziz sendiri kata setiap ayat Quran adalah politik semata-mata.

Tanpa Nama berkata...

Betul la tu politik tu sebahagian dari agama...cuma jangan disebabkan pahaman politik perkara yang lebih penting dalam agama diketepikan..

hotwheel berkata...

Dah bgitau kat pihak berkenaan tapi x ada tindakan....habis tu nak buat mcmana kena dengar jugak...klu x percaya sila mai surau tmb mutiara sg Kob kulim..

Tanpa Nama berkata...

Kecelaruan fatwa pas..politik dan parti..politik itu kita sepakat sbg daripada islam,namun parti ia cuma wasilah (perantara) untuk capai kepada maksud politik itu..pas celaru memahami istilah2,sbb itu kesannya hukum bercelaru..

Tanpa Nama berkata...

Dato Nik Aziz seorang yang punyai pengetahuan ttg agama,ttp bukan seorang yg dilihat alim dalam bidang fiqh dan ifta (fatwa)...seharusnya alim2 dalam pas yg faham ttg fatwa,syarat dll..perlu menegur kecelaruan fatwanya..bkn bersama dgn alasan "janji umno jatuh"..ia bkn isu umno jatuh atau bangkit..ia isu menyalahi method ilmu yg benar..

Tanpa Nama berkata...

bercakap rentang BER1M ,BERCAKAP tentang politik menyokong umno di bolihkan bercakap tentag 1 malaysia,bercakap tentanng apa saja asl kan jgn condong kepada pembakang d bolehkan,

Tanpa Nama berkata...

bercakap rentang BER1M ,BERCAKAP tentang politik menyokong umno di bolihkan bercakap tentag 1 malaysia,bercakap tentanng apa saja asl kan jgn condong kepada pembakang d bolehkan,