Khamis, 22 Mei 2014

INFO!! Cina Dap Teluk Intan Tolak Calon Melayu? #PrkTelukIntan


Langkah DAP meletakkan calon muda, Dyana Sofya Mohd Yusof sebagai calon di pilihan raya kecil Teluk Intan menarik perhatian ramai.

Walaupun momentum kempen memihak pada DAP, perkembangan yang berlaku dalam parti itu menunjukkan perkara sebaliknya.

Ia mungkin menjadi pertandingan sengit buat Dyana Sofya, selepas tempoh awal kempennya berakhir.

Kalau mengikut blog Mymassa, pencalonan Dyana, yang diputuskan oleh jawatankuasa pusat, merupakan satu kompromi untuk meredakan ketegangan di antara dua kem DAP di Perak.

Dua fraksi terbabit merujuk kepada kem yang diketuai pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming dan kumpulan yang diketuai MP Ipoh Barat M Kulasegaran.

Perkembangan tersebut menyebabkan ramai di kalangan akar umbi perti yang tidak begitu berminat untuk menjalankan jentera kempen.

Penyandang kerusi Teluk Intan, mendiang Seah Leong Peng setia dengan fraksi anti-Nga dan balu mendiang, Kee Siu Lian turut menggesa agar calon pengganti Seah dipilih dari kem sama.

Kee dilaporkan sebagai berkata, beliau tidak akan berkempen untuk DAP jika ADUN Jalong, Leong Mee Meng atau bekas ketua publisiti pilihan raya DAP Hew Kuan Yew tidak dipilih sebagai calon untuk menggantikan mendiang suaminya.


Perasaan tidak puas hati di kalangan penyokong Seah kononnya berpunca daripada beberapa pertikaian dengan fraksi Nga, terutamanya apabila Kee mendakwa pengikut Nga menggesa Seah meletak jawatan ketika terlantar sakit akibat kanser.

Sumber parti juga mendakwa kem Nga mengesyorkan Dyana, yang merupakan setiausaha politik Lim Kit Siang, untuk menjadi calon sebagai satu kompromi untuk menghalang Hew daripada bertanding.

Tidak hairanlah, perasaan kecewa di kalangan pemimpin akar umbi tersebut semakin parah apabila mereka tidak muncul semasa hari pencalonan.

Timbalan ketua publisiti DAP kebangsaan Teo Nie Ching mengesahkan perkara itu, namun menegaskan ia tidak akan menjadi sabotaj kerana pemimpin DAP di negeri itu masih setia kepada parti.

Begitupun, Malaysiakini memerhatikan bahawa pemimpin akar umbi jarang sekali dilihat di acara kempen Dyana.

Hanya pemimpin tertingginya, seperti Teo, ketua publisiti DAP Tony Pua dan setiausaha DAP Perak Wong Kah Woh, yang juga mengetuai kempen pilihan raya, yang sering dilihat di lapangan.


Tiada ulasan: