Sabtu, 17 Januari 2015

Apahal ni FAM Cakap Tak Serupa Bikin!! #DiaBuatDiaLanggar



Nampaknya FAM memutuskan Gary Robbart hak FAM bukan hak Kedah. Sedangkan FAM pernah mengeluarkan surat yang menyatakan Gary hak Kedah.

Jika dilihat balik latarbelakang bola sepak Gary yang asal dari Kulim, beliau membina karier bola sepaknya semasa beliau bersekolah di SMK Al-Bukhary Alor Setar. SMK Al-Bukhary diantara sekolah yg sering melahirkan bintang bola sepak Kedah diantaranya Helmi Eliza, Amirul dan beberapa orang lagi.

SMK Bukhary juga merupakan sekolah yang dahulunya terkenal dengan kuasa bola sepak Kedah, selain dari Kolej Sultan Abdul Hamid dan SMK Syed Omar.

Kiranya Gary bermula di Kedah kemudian baru dihantar ke Sekolah sukan bwh FAM.

Penyokong Kedah bukan kelapaq sangat dgn Gary tu.. tapi kami nak FAM menghormati pasukan negeri. Terma dan syarat yang korang buat, patut ikut la.

Apa kejadah kalau sendiri buat terma, sendiri langgar. Sendiri kata betui, sendiri menang!!

Hangpa syok sendiri ka apa?

Kedah takdak masalah dengan JDT.. yang masalahnya Gary dan FAM! Sampai tak hormat persatuan negeri langsung!!

Kalau ini keputusan FAM diharap Gary berbahagialah di JDT! Tak perlu bagi apa-apa pampasan pun takpa, sebab Kedah tak kebuloq duit aihh..

Kita harap perkara ni tak berulang lagi.. ianya amat menyedihkan kerana ini mengambarkan bola sepak Malaysia masih tidak capai tahap profesional.

Bukan kerana duit atau nama tapi kerana maruah, sebab itu ia perlu dipertahankan mengikut undang-undang dan hak persatuan negeri.

Surat ni boleh buat bungkus nasik lemak ler gayanya..

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

FAM Bangang

Mat Umno Pendang

Tanpa Nama berkata...

Hak FAM ok jugak. Asal jgn jd hak lanun. Ingat duit banyak boleh senang2 sambar player. Baru setahub jagung dlm dunia bolasepak dah nak tanding jawatan Presiden FAM.... FAM lantik jugak naik Penasihat FAM. Nak nasihat kebendanya... stkt guna duit berguni2 utk bentuk pasukan apa cerita ?

Tanpa Nama berkata...

Loya tekak tgk muks depan utusan
Penjuru atas sblh kanan...

Pd team Kedah.. berbanggalah..
Kita x guna duit bertimbun2 utk jadi pasukan terbaik... kita dah hasilkan permata.. biarlah dirampas lanun...
Kita boleh hasilkan lg !!!