Isnin, 27 April 2015

Calon BN anak muda yang membawa kebaikan pada rakyat! - @MukhrizMahathir


Poster calon BN Permatang Pauh.

Calon BN Permatang Pauh seorang anak muda yang lama berkecimpung dalam bidang politik. Orang tempatan Kenal dan mendapat sokongan kuat dari jentera parti .

Kepada pengundi, buat satu perubahan. Fikir tentang diri sendiri dan pilih calon yang boleh memberi kebaikan untuk rakyat.

- YAB Dato' Seri Hj. Mukhriz Tun Dr Mahathir

Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Kedah

1 ulasan:

Awanama berkata...

Memang mengharap calon Barisan Nasional menang, tapi bila mengenangkan isu 1MDB, isu kepimpinan atasan UMNO dan Barisan Nasional yang lemah dan tak boleh diharap.

Sangat berbelah bahagi sekarang ini.

Harapnya kepimpinan atasan perlu segera membuat keputusan supaya kegelisahan rakyat terhadap mereka tidak terpalit pula kepada Barisan Nasional hingga menyebabkan rakyat membuat undi protes atau tak keluar mengundi akibat tidak mahu diperbodohkan oleh pemimpin penipu dan tak berguna yang hanya syok sendiri merosakkan negara.

Kepada parti lawan dari PAS, PKR, atau DAP, jauh panggang dari api nak mengundi kamu semua, dasar parti sampah yang sangat tak boleh diharap, hanya tahu menjadi pelingkup, tapi tak tahu nak membangunkan negara.

Oleh itu, kepimpinan atasan negara perlu menjelaskan mengenai apa yang berlaku mengenai 1MDB serta membetulkan semula perjalanan GST supaya rakyat mempunyai keyakinan terhadap kerajaan sekarang.

Diharap kepada pemimpin atasan, jangan syok sendiri dan menipu diri sendiri kononnya mendapat sokongan ramai walaupun tahu diri mereka sudah ditolak oleh rakyat, jangan kerana pemimpin dua tiga orang yang buat onar, maka Barisan Nasional menjadi mangsanya pula.

Bukannya apa, kita meluat jika kita sokong calon Barisan Nasional, maka pemimpin bermasalah yang tak guna dan tak boleh diharap tadi akan mendabik dada riang kata dia disokong oleh rakyat walaupun rakyat sangat meluat dengannya tetapi hanya mahu sokong Barisan Nasional sahaja.