Khamis, 30 April 2015

HOT! Ayahanda Tun Mahathir Percaya BN Mampu Menang di Kedua PRK! #PRKRompin #PRKPermatangPauh



KUALA LUMPUR 29 April – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad percaya Barisan Nasional (BN) berpeluang merampas kerusi Parlimen Permatang Pauh daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau juga yakin dengan keupayaan BN untuk terus mempertahankan kerusi Parlimen Rompin pada pilihan raya kecil 5 Mei ini.

“Kita ada peluang untuk menang di Permatang Pauh sebab parti lawan berpecah-belah.

“Di Rompin pun, kita ada peluang untuk menang sebab Pas nampak lemah,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan syarahan bertajuk ‘Belia dan Usaha Membina Negara di Institut Jerman-Malaysia (GMI), Kajang dekat sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Macam mana boleh menang,sedangkan BN masih di pimpin oleh PM Najib?.Ini perangkap Mahathir,dia kata boleh menang ,kalau kalah nanti dia akan salahkan Najib sebagai puncanya.Kena berhati-hati dgn ular.Sekiranya menang nanti,dia pulak akan ambil credit, tengok aku dah kata menang atau dia akan bermegah bila rakyat pun haaa itulah bukan ke TM dah kata menang.org tua tu bijak.Walhal dialah kaki kacau.