Rabu, 29 April 2015

Kilang Tauhu Kering, Jijik dan Kotor di TUTUP!



Tak serik-serik nampaknya pengilang pembuatan makanan ni. Dulu kita digemparkan dengan kilang bihun. Kali ni fucuk tauhu pulak.

Beberapa keping gambar keadaan sebuah kilang membuat fucuk tauhu tersebar di media sosial. Keadaan kilang itu yang amat daif dan kotor itu mengundang reaksi jijik orang ramai terutama peminat masakan berasaskan bahan itu.





Menurut sumber, kilang itu terletak di Kampung Melayu Subang, Shah Alam, telah menerima notis perintah tutup oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia sejak 8 sehingga 22 April 2015. Maksudnya, kilang itu mungkin telah beroperasi semula ketika ini sekiranya pemilik kilang berjaya mengatasi masalah kebersihan kilang pembuatan makanan itu.

Walaubagaimanapun, kesan penyebaran gambar itu secara langsung mendedahkan bahawa rakyat Malaysia terdedah dengan makanan yang tidak bersih dan tidak mustahil masih ada kilang seperti itu masih beroperasi tanpa dikesan oleh pihak berkuatkuasa.












2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

esok esok kilang terbakar...tutup bisnes buka bines yg sama tempat...modus operadi kaum ...sama saja..

Tanpa Nama berkata...

Bro..kg melayu subang 99%bumiputera melayu yg tinggal kat situ termasuk aku..mana ade kilang tauhu kering....kilang ni terletak dalam kg baru subang dan pengusahanya bukan melayu dan penduduk area situ majoriti bukan melayu..