Khamis, 23 April 2015

Masyarakat #Felda Bakal Balas Budi BN di #PrkRompin


Sebenarnya Pilihanraya Parlimen Rompin ni tak banyak masalah kepada UMNO/BN. Kerana kalau kita melihat track record yang lalu, masakan mungkin Pas dan PR mampu mencuri hati rakyat Rompin, terutamanya orang Felda, dengan segala budi yang telah ditanam oleh Allahyarham Tan Sri JJ.

Malah jika mengikut kata Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, pihaknya tidak melihat sebarang masalah dan berpuas hati dengan apa yang dilakukan kerajaan dalam membangunkan Felda dikawasan berkenaan.

“Kami sentiasa mengenang ja­­sa Perdana Menteri terhadap masyarakat Felda sejak beliau mula mengetuainya pada 2004.

“Sokongan ini ikhlas dan ber­terusan kerana kami yakin Felda akan terus membangun di bawah beliau,” katanya kepada pemberita.

Yang turut hadir Datuk Dr. Shamsul Anwar Sulaiman yang mewakili generasi baharu Felda.

Selepas perjumpaan itu, turut ber­langsung majlis penyerahan me­morandum tanda sokongan ma­­­syarakat Felda terhadap ke­­pemimpinan Najib yang disampaikan oleh Shamsul Anwar kepada Mohd. Isa.

Selain ketua peneroka di 11 wi­layah tanah rancangan, so­kongan itu juga dizahirkan oleh Maj­lis Belia Felda Malaysia (MBFM), Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda dan Gabungan Pemikir Profesional Felda (Gaprof).

Ada benarnya kata-kata Tan Sri Isa. Apa yang BN tak lakukan semasa dibawah Allahyarham Tan Sri JJ. Hampir lengkap semua infra di Rompin.

Malahan pemilihan Datuk Hassan adalah tepat kerana beliau ada kelebihannya sendiri, Walaupun beliau sedikit berumur, akan tetapi jika dikira kredibiliti dan kemampuan, beliau sangat baik. Datuk Hassan juga yang dikenali ramai sering turun padang dan memberi bantuan, yang dulunya sebagai penganti Ahli Parlimen, kini beliau berpeluang beraksi sendiri.

Bahkan beliau berpengalaman dengan selok belok di Rompin termasuklah pernah menjadi ADUN di Bukit Ibam dan Tioman serta Timbalan Menteri Besar Pahang.



Mari kita tengok apa yang BN buat kat Rompin.


  • Meningkatkan taraf sosio ekonomi kaum Orang Asli di Parlimen Rompin.
  • Membangunkan Bandar Muadzam Shah sebagai bandar satelit dan hub pendidikan dan komersial di tenggara Pahang hingga beliau digelar Bapa Pembangunan Muadzam Shah.
  • Membuka kampus UNITEN di Muadzam Shah
  • Membuka Sekolah Teknik, MRSM, Politeknik, Sekolah Agama Integrasi di Muadzam Shah Berasrama untuk anak-anak Felda dan Rompin
  • Pembinaan Tokong Cina untuk masyarakat Cina di Rompin bernilai RM260,000.00.
  • Memberi sumbangan yang besar kepada pembangunan Pulau Nias di Sumatera, Indonesia termasuk zakat bagi pembangunan sekolah-sekolah agama di sana.
  • Membangunkan program Angkasawan Pertama Malaysia semasa menjadi Menteri MOSTI.
  • Membangunkan rumah mampu milik untuk rakyat Malaysia melalui Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) semaa menjadi CEO PR1MA
  • Membangunkan sektor pelancongan di Rompin termasuk menaik taraf jeti Tanjung Gemuk untuk ke Tioman
  • Membina jalan raya merentasi bukit bukau di Tekek ke kampung Juara di Pulau Tioman yang memudahkan perhubungan penduduk
  • Membina sekolah menengah di Pulau Tioman sekaligus dapat meningkat taraf pendidikan belia dan mengurangkan keciciran pelajar luar bandar.
  • Bersama-sama dengan agensi FELDA membangunkan prasarana di perkampungan FELDA dan kampung-kampung tradisi Melayu dan orang asli berhampiran FELDA termasuklah perumahan generasi kedua FELDA dan perumahan pegawai di FELDA Keratong.




Dalam banyak pembangunan yang dilakukan. Felda menjadi tajuk penting dalam pembangunan di Parlimen Rompin.

Malah perumahan baru untuk Generasi Kedua Felda di Rompin pun sedang disiapkan. Jadi masakan masyarakat Felda disana tak bangun membantu jentera BN untuk menang di PRK Rompin pada kali ini.

Saya percaya, orang Felda pandai mengenang jasa, walaupun ada beberapa isu panas, tapi ia tak mampu untuk orang Felda mencurangi BN yang telah lama berbakti pada mereka.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sham fgv brp skg?

Jawab 5 min dari sekarang